Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
4/06/2017 09:58:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ehh Pusat Sains Negara di utara? Ya, kalau dengar macam tak percaya, hakikatnya ia memang wujud di utara.
Eyda pun baru tahu mengenai Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini daripada sahabat Eyda yang tinggal di Alor Setar. Bila tengok gambar keluarga dia, terdetik rasa teruja nak bawa anak-anak ke sana.
Eyda ada google mengenai Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara nih, kalau ikutkan ianya telah dibuka pada bulan Mac 2010. Kini ianya
telah beroperasi selama 7 tahun. Lamanya, tapi baru sekarang Eyda sedar
akan kewujudannya. Ketinggalan kan. Tapi jangan tak tahu masih ada yang belum tahu mengenainya.
Okey la, sambung cerita Eyda. Niat di hati nak bawa anak-anak ketika sertai Alor Setar Chocolate Run 2017 yang lalu, tapi hancur sebabnya ia ditutup setiap hari Jumaat. Jadinya masa singgah ke Alor Setar masa tu hanya mampu ke Muzium Padi saja.
Alhamdulillah baru-baru ini Eyda berkesempatan membawa anak-anak ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara masa Eyda rancang bawa anak-anak ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Sahabat R.A.
Dalam perjalanan ke sana, Eyda singgah ke Laksa Zakaria Teluk Kechai untuk makan tengahari. Minggu sebelumnya ada sahabat blog layur gambar laksa dia. Haishh mengundang rasa jer nak singgah. Hehehe.
Dah selamat menjamu selera, kami terus ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara sebab ianya ditutup jam 5.00 petang, sedangkan Eyda jam ketika itu dah 2.30 petang.
Sampai jer di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, korang kena tulis nama dan bilangan ahli keluarga yang masuk di kaunter pengawal berdekatan bangunan ini. Maknanya masuk percuma ya.
Bila jejak kaki ke dalam Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, wow banyak betul barangan yang boleh kita belajar, lihat dan cuba. Kalau nak tau, 2 jam kat dalam tu rasa macam tak cukup.
Tak percaya, jom tengok antara gambar-gambar dan video yang sempat Eyda rakamkan semasa berada di situ.
Basikal Dinamo |
Tali Menari |
Kecapi Udara |
Kecapi Udara |
Heat VS Colour |
Sejarah Jam Matahari |
Wave Power |
Solar Comparison |
Berat Badan Ikut Planet |
Rumah Hijau |
Teorem Pythagoras |
Slot Parabolit |
Masuk Benang Dalam Jarum |
Hutan Ajaib |
Cermin Pendek |
Gempa Bumi |
Kelikatan |
Ketumpatan Tulang |
Basikal Kabel |
Jom tengok Kimie naik basikal kabel nih. Basikal kabel ini boleh menampung beban sehingga 100kg. Kiranya orang dewasa pun boleh naik juga ya.
Perkarangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.
LOKASI DAN WAKTU URUSAN
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)
Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah
Tel : +604-720 7700
Fax : +604-720 7701
Emel : webmaster@psn.gov.my
Koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″
Dibuka setiap hari Sabtu - Khamis
Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tutup setiap hari Jumaat.
Kalau singgah ke Alor Setar tu apa kata singgah ke sini, dapat juga jadi kreatif dan belajar sesuatu berkaitan dengan sains.
19 comments
Menarik..peluang yang luas untuk anak-anak pelajari sesuatu..
ReplyDeletebetul tu PC.. anak-anak pun teruja berada di sini.. in shaa Allah akan terjah lagi nanti.
Deletewow ! syoknyaaa
ReplyDeletebetoi syok Zaf.. tak puas dok sampai kul 5 petang.. p lambat sangat..
DeleteMenarik.. saya baru tahu ttg tempat ni. Nampak mcm2 aktiviti boleh buat dan pelajari.. seronok. Thanks sharing Eyda :)
ReplyDeletebetul tu KK.. saya pun sama baru tahu juga, seronok berada di situ. u r welcome.. moga ianya menjadi antara tempat yang menarik untuk dikunjungi terutamanya buat anak-anak..
Deleteiskh...rugi x p
ReplyDeletenanti zai bawak Aqil p..
DeleteBestnya! Seronok bawa budak2 explore tempat ni kan,..
ReplyDeletebetul tu Farrah.. diaorang yang teruja sampai tak terasa nak balik..
Deleteseronoknya dia... hihihihi
ReplyDeletemestilah seronok, macam-macam boleh main..
Deleteseram lak ayu tgk basikal kabel tu kak eyda
ReplyDeletelast ayu g pusat sains negara mase umo ayu 12 tahun 2002 lak tu..
lame sgt, tp mmg best kan g..
macam2 leh xplore..
kalau firash da besar leh bawak dia g
gayat kan Ayu.. tu laa yang si abang dah ready naik basikal tu, time nak kayuh tak jadi sebab gayat.. nanti firash besar skit mesti dia pun suka..
DeleteWahhhh menarik juga kan untuk bawa budak-budak bagi tujuan pembelajaran! hehehe.
ReplyDeleteFirst time saya singgah sini, saya follow sekali ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan, salam perkenalan :)
ya bukan saja budak-budak yang dewasa pun boleh belajar juga. thanks sudi singgah sini. done follow.
DeleteWahhh seronoknya join aktiviti gini. btw tshirt tu cantik :)
ReplyDeleteNadhie Wueen maksudkan entry I Love Penang tu ke? kalau entry ya, memang best join aktiviti macam tu, baju tu pun memang cantik.
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan juga "review" yang sangat menarik ini.Moga bermanfaat untuk semua. Selamat Datang pada yang belum menjejakkan kaki.Untuk makluman galeri PSNCWU masih percuma sehingga diberi tahu kelak.
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..