101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan di Vistana Penang
5/30/2017 12:55:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua. Alhamdulillah bulan Ramadhan kembali lagi. Memandangkan permulaan bulan
Ramadhan kali ini serentak dengan cuti sekolah pertengahan tahun, apa
kata korang berbuka di Vistana Penang Bukit Jambul.
Pihak Vistana Penang kali ini
mengembalikan menu yang pernah popular iaitu 'Tok Wan 101 Recipes'
dan buffet Ramadhan ini berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 24 Jun
2017.
Tema yang mengetengahkan menu tradisi
Melayu diinspirasikan daripada Tok Wan. Tok Wan membawa maksud nenek
bagi sesetengah negeri di Malaysia. Tok Wan 101 menjanjikan pelbagai
jenis kerabu seperti kerabu mangga, kerabu sotong dan kerabu kaki
ayam.
Di bahagian menu sihat ada disajikan
ulam-ulaman atau salad herba seperti ulam raja, jantung pisang,
pelbagai jenis kekacang dan petai dan digandingkan dengan pelbagai
jenis sambal termasuk sambal belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan
sambal nenas yang patinya membangkitkan selera anda. Tok Wan juga
menginspirasikan sup daging berbanding yang lain.
Menu utama Tok Wan menyajikan ayam
goreng berempah, ikan cencaru belah belakang, daging rendang tok,
siput belitung masak lemak cili padi, gulai daging, rendang itik dan
pucuk ubi masak lemak.
Nasi Hujan Panas dan Nasi Putih |
Rendang Tok |
Siput Belitung Masak Lemak Cili Padi |
Ayam Goreng |
Sambal Udang |
Menu Penang yang pastinya menjadi kegemaran anda sepanjang
masa juga turut disajikan seperti asam laksa, murtabak, rojak dan
pasembur.
Menu Bakar Bakar dimasak di booth dan dihidangkan segar seperti satay dan kambing panggang digandingkan bersama sos istimewa.
Pelbagai menu lain juga turut dihidangkan di sini seperti beriyani kambing, nasi ayam, ketupat, lemang, serunding dan pelbagai jenis bubur. Tidak ketinggalan minuman panas juga ada disediakan di sini.
Asam Laksa |
Kuah Asam Laksa |
Murtabak |
Rojak |
Menu Bakar Bakar dimasak di booth dan dihidangkan segar seperti satay dan kambing panggang digandingkan bersama sos istimewa.
Satay |
Kambing Panggang |
Sos Istimewa dan Kuah Satay |
Pelbagai menu lain juga turut dihidangkan di sini seperti beriyani kambing, nasi ayam, ketupat, lemang, serunding dan pelbagai jenis bubur. Tidak ketinggalan minuman panas juga ada disediakan di sini.
Beriyani Kambing |
Nasi Ayam |
Ketupat dan Serunding |
Lemang dan Serunding |
Pelbagai jenis bubur |
Minuman Panas |
Bagi pencuci mulut pula, di sini ada
pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu seperti kuih cara manis,
onde-onde, seri muka, ketayap dan kuih loyang. Tidak ketinggalan
pelbagai jenis puding dan kek turut disajikan untuk santapan anda.
Puding Laici |
Puding Sirap |
Puding Mangga |
Sago |
Kurma |
Puding |
Sebelum mengakhiri menu berbuka anda,
apa kata anda akhirinya dengan sesuatu yang sejuk seperti aiskrim
Malaysia dan juga ais kacang.
Buffet Ramadhan kali ini berlangsung di
tingkat bawah Ballroom yang lengkap dengan kemudahan tempat letak
kereta dan sesuai untuk yang ingin berbuka dengan kumpulan yang
besar.
HARGA BUFFET RAMADHAN – TOK WAN 101
RECIPES
RM 70 nett Dewasa
RM 30 nett Kanak-kanak (4-12 tahun)
Berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 24
Jun 2017
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan
sila hubungi +604 646 8000
LOKASI VISTANA PENANG BUKIT JAMBUL
VISTANA PENANG BUKIT JAMBUL
213, Jalan Bukit Gambir,
11950 Bukit Jambul,
Pulau Pinang
4 comments
Menggoda jiwa dan raga....bw sblm berbuka😊
ReplyDeletememang menggoda pun normi nieza.. suka desert dia banyak..
Deletemenu Vistana hotel memang kena dengan selera Murni..selera kampung
ReplyDeleteMenu menyelerakan tu tambah2 selera kampung..
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..