info

Resepi Jus Susu Kurma Nabeez

5/31/2017 12:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih dapat menjalani ibadah puasa lagi pada hari ini. Sahur apa pagi tadi? Moga ianya mampu memberikan tenaga buat kita untuk berpuasa sepanjang hari.



AIR NABEEZ

Pernah dengar Air Nabeez? Mungkin ada yang pernah dengar dan amalkan, tidak ketinggalan yang tak pernah dengar tapi tahu fungsinya.

Okaylah, hari ini Eyda nak kongsikan apa itu air nabeez. Selain itu, Eyda akan kongsikan kenapa ia sesuai untuk anda amalkan.

Air Nabeez Kurma dan Air Nabeez Kismis


Air Nabeez merupakan air rendaman semalaman kurma atau kismis dan merupakan salah satu amalan pemakanan Rasulullah S.A.W. Ianya sunah untuk diamalkan.

Air Nabeez ini mengandungi alkali yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh serta membantu proses pembuangan asid berlebihan dalam perut dan mampu memperbaiki sistem pencernaan tubuh.

Kandungan serat yang ada di dalam air nabeez ini dapat melancarkan proses pencernaan, menajamkan akal fikiran agar sentiasa fokus pada sesuatu dan menguatkan ingatan agar tidak mudah lupa.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kurma

Air Nabeez Kurma


1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya. Buah kurma ini mudah untuk dimakan kerana ianya menjadi lembut.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kismis

 
Air Nabeez Kismis


1  Ambil segenggam buah kismis
Air suam segelas untuk rendam buah kismis (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kismis ini ketika sahur keesokkan harinya.



JUS SUSU KURMA DENGAN AIR NABEEZ

Jus Susu Kurma Dengan Air Nabeez ini merupakan gabungan air Nabeez dan Jus Susu Kurma. Fungsinya sama dengan air nabeez tapi ianya memberi lebih tenaga pada pengamalnya. Sesuai diamalkan ketika berpuasa untuk memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.



Cara Membuat Susu Kurma Nabeez

1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum separuh gelas air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya.
5  Kisarkan atau blender lebihan air nabeez tadi. Anda boleh tambahkan susu untuk menjadikannya segelas sebelum kisar atau anda juga boleh tambah susu selepas kisar air nabeez tadi.
Anda boleh menggunakan sebarang jenis susu segar, susu UHT atau susu kambing. Tidak digalakkan menggunakan susu tepung atau susu pekat manis.


Tips!

Anda disarankan minum air jus susu kurma dengan air nabeez ini selepas sahur. Anda juga boleh menambah serbuk kulit kayu manis atau kacang almond cincang untuk menambahkan kesedapan jus susu kurma dengan air nabeez.



Rujukan :
http://www.tribunnews.com/ramadan/2015/07/07/air-nabeez-infused-water-kurma-kegemaran-rasulullah
http://www.aktualita.co/keutamaan-manfaat-dan-cara-membuat-nabeez-air-rendaman-kurma-kesukaan-rasulullah-saw/4164/
https://inkesehatan.blogspot.my/2015/07/manfaat-air-nabeez-minuman-kesehatan.html
Facebook

Gambar :
Sumber dari Mr. Google



buffet Ramadhan

101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan di Vistana Penang

5/30/2017 12:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah bulan Ramadhan kembali lagi. Memandangkan permulaan bulan Ramadhan kali ini serentak dengan cuti sekolah pertengahan tahun, apa kata korang berbuka di Vistana Penang Bukit Jambul.

Pihak Vistana Penang kali ini mengembalikan menu yang pernah popular iaitu 'Tok Wan 101 Recipes' dan buffet Ramadhan ini berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017.

 
Tema yang mengetengahkan menu tradisi Melayu diinspirasikan daripada Tok Wan. Tok Wan membawa maksud nenek bagi sesetengah negeri di Malaysia. Tok Wan 101 menjanjikan pelbagai jenis kerabu seperti kerabu mangga, kerabu sotong dan kerabu kaki ayam.


Di bahagian menu sihat ada disajikan ulam-ulaman atau salad herba seperti ulam raja, jantung pisang, pelbagai jenis kekacang dan petai dan digandingkan dengan pelbagai jenis sambal termasuk sambal belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan sambal nenas yang patinya membangkitkan selera anda. Tok Wan juga menginspirasikan sup daging berbanding yang lain.



Menu utama Tok Wan menyajikan ayam goreng berempah, ikan cencaru belah belakang, daging rendang tok, siput belitung masak lemak cili padi, gulai daging, rendang itik dan pucuk ubi masak lemak.

Nasi Hujan Panas dan Nasi Putih

Rendang Tok


Siput Belitung Masak Lemak Cili Padi




Ayam Goreng

Sambal Udang

Cencaru Belah Belakang


Keli Goreng


Kurma Kambing

Siput Belitung






Kerang Rebus

Menu Penang yang pastinya menjadi kegemaran anda sepanjang masa juga turut disajikan seperti asam laksa, murtabak, rojak dan pasembur.

Asam Laksa

Kuah Asam Laksa

Murtabak

Rojak

Menu Bakar Bakar dimasak di booth dan dihidangkan segar seperti satay dan kambing panggang digandingkan bersama sos istimewa.

Satay

Kambing Panggang

Sos Istimewa dan Kuah Satay

Pelbagai menu lain juga turut dihidangkan di sini seperti beriyani kambing, nasi ayam, ketupat, lemang, serunding dan pelbagai jenis bubur. Tidak ketinggalan minuman panas juga ada disediakan di sini.

Beriyani Kambing

Nasi Ayam
Ketupat dan Serunding

Lemang dan Serunding

Pelbagai jenis bubur

Minuman Panas
  
Bagi pencuci mulut pula, di sini ada pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu seperti kuih cara manis, onde-onde, seri muka, ketayap dan kuih loyang. Tidak ketinggalan pelbagai jenis puding dan kek turut disajikan untuk santapan anda.

Puding Laici


Puding Sirap

Puding Mangga

Sago

Kurma

Puding














Sebelum mengakhiri menu berbuka anda, apa kata anda akhirinya dengan sesuatu yang sejuk seperti aiskrim Malaysia dan juga ais kacang.


Buffet Ramadhan kali ini berlangsung di tingkat bawah Ballroom yang lengkap dengan kemudahan tempat letak kereta dan sesuai untuk yang ingin berbuka dengan kumpulan yang besar.


HARGA BUFFET RAMADHAN – TOK WAN 101 RECIPES

RM 70 nett Dewasa
RM 30 nett Kanak-kanak (4-12 tahun)

Berlangsung dari 29 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi +604 646 8000


LOKASI VISTANA PENANG BUKIT JAMBUL


VISTANA PENANG BUKIT JAMBUL
213, Jalan Bukit Gambir,
11950 Bukit Jambul,
Pulau Pinang


Blog yang Diikuti