Berbuka dan Berpeluang Memenangi Hadiah di Sinaran Ramadan Buffet Dinner Ixora Hotel
5/26/2017 05:23:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua. Bulan Ramadhan akan menjengah, jadinya pelbagai buffet
Ramadhan mula menjadi perhatian bagi yang merancang berbuka di luar.
Ixora Hotel juga tidak ketinggalan
menawarkan pakej Buffet Ramadhan yang berbaloi untuk anda nikmati
bersama keluarga atau rakan.
Menu istimewa yang disajikan untuk
Buffet Ramadhan ini ialah Kerabu Ayam Bercili, Sup Ekor Berjintan
dengan Roti, Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah Madu, Ikan Patin
Masak Tempoyak Daun Kesom, Beriani Udang, Shawarma Ayam dan Kambing
Panggang Golek.
Sup Ekor Berjintan |
Nasi Hujan Panas |
Ayam Masak Merah Madu |
Beriani Udang |
Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesom |
Shawarma Ayam |
Kambing Panggang Golek |
Menu lain yang turut disajikan di Buffet Ramadhan Sinaran Ramadan Ixora Hotel
Daging Masak Hitam |
Dalca Telur |
Tauhu Goreng Kacang Panjang |
Kacang Botol Goreng Belacan Dengan Nenas |
Masak Lemak Petola Suhun & Telur |
Siput Lala Goreng Bercili |
Kupang Goreng Kunyit Dengan Ubi |
Mee Goreng Mamak |
Laksa Penang |
Bubur Lambuk Berempah |
Tidak lengkap menu berbuka jika tiada salad atau ulam-ulaman beserta pelbagai jenis sambal belacan.
Tidak dilupakan pencuci mulut turut disediakan di sini. Ada pelbagai jenis kuih muih, puding, kuih raya dan buah-buahan turut disediakan di sini. Pelbagai jenis kurma juga disajikan untuk tetamu yang berbuka disini.
Buah-buahan |
Koktail Buah-Buahan |
Agar-Agar Sirap Laici |
Puding Strawberi |
Puding Jagung |
Puding Permata Nescafe |
Kuih Muih |
Kek |
Minuman sejuk dan panas juga turut disediakan di Buffet Sinaran Ramadhan ini.
Pelbagai minuman sejuk |
Minuman panas, Nescafe Tarik dan Teh Tarik |
Menu bagi 4 jenis ini akan berubah
setiap hari. Makanya pengunjung tak akan jemu atau akan merasai
kelainan menu setiap kali menikmati buffet Ramadhan di sini sepanjang
bulan Ramadhan.
Di dalam kemeriahan anda menikmati menu
buffet berbuka, anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah
yang diadakan buat pengunjung.
Cabutan bertuah ini dibuat secara
harian. Tiga hadiah cabutan bertuah yang diberikan merupakan Voucher
Buffet Ramadhan untuk kunjungan akan datang.
Tidak ketinggalan Hadiah Utama bagi
cabutan bertuah ini menawarkan Motorsikal SYM E Bonus 110. Manakala
hadiah kedua ialah TV Sharp 40' dan hadiah ketiga ialah Sharp Air
Purifier.
Buffet Ramadhan ini juga diserikan
dengan dendangan daripada Himz Entertainment. Jadinya para pengunjung
dapat menikmati hidangan sambil mendengar lagu sepanjang Buffet
Ramadhan ini berlangsung.
1 Jun 2017 hingga 21 Jun 2017
The Straight Cafe
7.00 pm – 10.00 pm
Harga
RM82.00 nett bagi Dewasa
RM 52.00 nett bagi Kanak-Kanak (4-12
tahun)
Voucher
RM82 nett bagi Dewasa
(9 + 1 promosi) per booklet pada harga
RM738 nett
The Ixora Hotel
3096, Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya
13600 Perai
Pulau Pinang
2 comments
dalca telur pertama kali tengok.. nampak macam best jer.. makanan menyelerakan sangat ni terliur tengok ni.. lapar balik hahahahha
ReplyDeleteBanyaknye menu berbuke, langsung nengok jam pulak. Tak sabar dah nak buke puase, wkwkwkw...
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..