Buffet Ramadhan Dapoq Pak Beh di Iconic Hotel Penang
5/29/2017 12:45:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua. Alhamdulillah kita telah pun beberapa hari menjalani ibadah
puasa di bulan Ramadhan ini.
Jika inginkan kelainan untuk berbuka
sambil menikmati hidangan berbuka dengan suasana kampung, apa kata
anda singgah ke Iconic Hotel.
Dapoq Pak Beh |
Di Iconic Hotel, pastinya anda dapat
merasai suasana berbuka seperti anda berada di kampung halaman dengan
pelbagai barangan antik digunakan bagi membangkitkan lagi suasana
kampung.
Hiasan di pintu masuk |
Hiasan di ruangan dalam untuk buffet Ramadhan |
Pihak Iconic Hotel telah menyediakan lebih 160 pelbagai menu untuk semua pengunjung. Menu utama pastinya nasi menjadi sajian utama. Di sini disediakan beberapa jenis nasi untuk anda pilih mengikut selera tekak anda. Pelbagai jenis lauk pauk yang menarik pastinya menjadi kesukaan anda untuk berbuka di sini.
Nasi Putih |
Nasi Tomato |
Nasi Beriyani |
Ketam |
Daging Masak Hitam |
Sayur Campur |
Telur Dadar |
Ayam masak ros |
Sayur kobis |
Sotong |
Sambal telur |
Ikan Goreng |
Ayam Goreng Madu |
Pelbagai Ulam-Ulaman dan Sambal |
Tidak ketinggalan pelbagai gerai juga turut dibuka untuk anda menikmati pelbagai menu segar dan panas dari kuali chef.
Nasi Ayam Hainan |
Murtabak |
Cucur Goreng-Goreng Panas |
Char Koey Teow |
Satay |
Bihun Sup Utara |
Asam Laksa |
Ais Kacang |
Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut yang sedap yang disajikan di sini.
Kuih Lopeh |
Kuih Cara Manis |
Kuih LOmpang |
Kuih Keria |
Buah Melak |
Puding Jagung |
Pelbagai jenis Kek |
Cream Puff |
Kuah Durian |
Pulut |
Puding Roti |
Buah-buahan |
Banyak kudapan yang boleh anda pilih di Buffet Ramadhan Dapoq Pak Beh di Iconic Hotel ini.
Rojak |
Pelbagai jenis keropok |
Jeruk |
Selain itu, ada pelbagai jenis minuman boleh anda pilih untuk menghilangkan dahaga dan melegakan tekak anda.
Pelbagai jenis air sejuk |
BUFFET RAMADHAN DAPOQ PAK BEH, ICONIC HOTEL
HARGA
RM58 nett Dewasa
RM29 nett Kanak-kanak
Promosi Pembelian Awal
RM48 nett Dewasa
(dijual bermula 8 Mei 2017)
Sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +604 505 9988
LOKASI ICONIC HOTEL PENANG
ICONIC HOTEL PENANG
71, Jalan Icon City,
Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
9 comments
banyaknya kuih muih n desert...
ReplyDeletememang banyak, rambang mata melihatnya
DeleteEh..murah betul buffet tu....berbaloi- baloi la...
ReplyDeletememang murah dan berbaloi-baloi
DeleteSedap2 belaka
ReplyDeletesedap Murni.. banyak pilihan pula tu
Deleteye murah kat sini SA..jom lah berbuka sekali kat situ hihi
ReplyDeletemurah kan El.. boleh p lagi laa..
DeleteSedap tengok kuih seri ayu n onde onde
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..