Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Di Lexis Suites Penang
5/22/2017 12:25:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua. Hari ini Eyda nak kongsikan mengenai pakej buffet Ramadhan
yang ditawarkan oleh pihak Lexis Suites Penang.
Di Lexis Suites Penang, ia
mengetengahkan tema Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung. Ia
membuatkan anda terasa seperti berbuka puasa di kampung kerana
pengunjung dapat berbuka di dalam khemah yang bertemankan
bintang berhadapan pantai berhampiran hotel.
Buffet Ramadhan Lexis Suites Penang akan
bermula pada 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari jam 6.30 petang
setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Buffet Ramadhan ini menawarkan lebih
dari 100 menu berbuka yang menampilkan menu tempatan, antarabangsa
termasuk Arabic.
Nasi Putih |
Baked Mussel Gratin |
Otak-Otak |
Hati Ayam Masak Lada |
Ketam Masak Sambal |
Telur Ikan Masak Lemak Pedas |
Sotong Masak Kunyit |
Ayam Percik |
Ekor Lembu Assam Pedas |
Crispy Noodles with Seafood Gravy |
Braised Trio Mushroom with Vegetables |
Di Buffet Ramadhan ini untuk
mengetengahkan chef yang berpengalaman untuk menyediakan menu
istimewa iaitu Char Koay Teow Kambing, Sup Gear Box, Shawarma Ayam,
Kuzi Kambing, Ekor Lembu Assam Pedas dan Ikan Panggang. Semua menu
ini disediakan dengan menggunakan bahan rempah ratus yang dihasilkan
oleh chef sendiri.
Char Koey Teow Kambing |
Roti Jala |
Ekor Lembu Assam Pedas |
Sebagai pembuka selera, pihak Lexis
Suites Penang menyediakan Ulam-ulaman dengan 3 jenis sambal yang
berbeza, Kerabu Sotong, Kerabu Udang, Kerabu Pucuk Paku, Rojak, Buah
Kurma Madu, Jeruk Buah dan menu tradisi Lemang dan Ketupat.
Sambal |
Ulam-Ulaman |
Ikan Masin dan Telur Masin |
Salad |
Kerabu |
Kerabu |
Pasembur |
Rojak |
Lemang, Ketupat dan Serunding |
Selain dari menu istimewa, di sini ada
bahagian BBQ iaitu Ikan Bakar Kampung, bahagian sup pula ada menu
Soto Yam, Sup Ketam Berempah dan menu Indonesia iaitu Satay Ayam,
Daging dan Rendang.
Untuk menu pencuci mulut pula,
pengunjung boleh menikmati kuih tempatan seperti Kuih Talam, Kuih
Lapis, Kuih Kaya, Kuih Sago, Kuih Nona Manis, Kuih Kosui, Kuih
Ketayap. Selain itu, Ais Kacang dan pelbagai Ais Krim juga disajikan.
Pelbagai jenis kuih muih |
Ais Kacang |
Ais Krim |
Selain itu, semua pelanggan yang hadir
berpeluang untuk cabutan bertuah harian dan memenangi Voucher Buffet
Ramadhan. Bagi pemenang cabutan bertuah mingguan pula akan memenangi
penginapan 2 hari 1 malam di salah satu hotel di bawah Lexis Hotel
Group's.
Di sini juga disediakan surau bagi
pengunjung yang akan menunaikan solat semasa menjamu selera menikmati
buffet Ramadhan yang disajikan.
Malahan setiap pelanggan yang berkunjung juga dijemput untuk berkongsi pengalaman menikmati buffet Ramadhan Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung di media sosial dengan menggunakan hashtag #RamadanLSP2017
Bagi yang berminat dengan buffet Ramadhan ini, anda boleh daptkan tiket dengan harga :-
HARGA BUFFET RAMADHAN
RM68 nett bagi Dewasa
RM40 nett bagi Kanak-Kanak dan Warga Emas
Early birds
RM58 nett untuk 1000 tetamu yang terawal.
Harga diskaun sebanyak 15% ditawarkan buat tetamu yang menginap di hotel sepanjang bulan Ramadhan.
Dalam usaha pihak Lexis Suites Penang untuk menyumbang kepada komuniti. Bagi setiap tiket yang dijual, RM2 akan didermakan kepada rumah anak yatim yang terpilih.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap
pelanggan dapat menikmati harga penginapan istimewa bilik hotel dari
harga RM340 untuk semalam.
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :-
Lexis Suites Penang
28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
Tel :- +604-6282888
Email :- fbc@lexissuitespenang.com
Website :- www.lexissuitespenang.com
4 comments
pertama kali keow teow kambing hihihihi.. menu2 best tengok semua ala kampung so siapa sangat minat dengan lauk pauk ala kampung harus pergi sini
ReplyDeleteDid you try Char Koey Teow Kambing? If yes, how did it taste? First time dengar Char Koey Teow pakai kambing...
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
teringat sup gear box dia terangkat der
ReplyDeletewow! menu menarik char kuey teow kambing.. macam mana rasanya? first time dengar ni..
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..