Resepi Jus Susu Kurma Nabeez

5/31/2017 12:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih dapat menjalani ibadah puasa lagi pada hari ini. Sahur apa pagi tadi? Moga ianya mampu memberikan tenaga buat kita untuk berpuasa sepanjang hari.



AIR NABEEZ

Pernah dengar Air Nabeez? Mungkin ada yang pernah dengar dan amalkan, tidak ketinggalan yang tak pernah dengar tapi tahu fungsinya.

Okaylah, hari ini Eyda nak kongsikan apa itu air nabeez. Selain itu, Eyda akan kongsikan kenapa ia sesuai untuk anda amalkan.

Air Nabeez Kurma dan Air Nabeez Kismis


Air Nabeez merupakan air rendaman semalaman kurma atau kismis dan merupakan salah satu amalan pemakanan Rasulullah S.A.W. Ianya sunah untuk diamalkan.

Air Nabeez ini mengandungi alkali yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh serta membantu proses pembuangan asid berlebihan dalam perut dan mampu memperbaiki sistem pencernaan tubuh.

Kandungan serat yang ada di dalam air nabeez ini dapat melancarkan proses pencernaan, menajamkan akal fikiran agar sentiasa fokus pada sesuatu dan menguatkan ingatan agar tidak mudah lupa.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kurma

Air Nabeez Kurma


1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya. Buah kurma ini mudah untuk dimakan kerana ianya menjadi lembut.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kismis

 
Air Nabeez Kismis


1  Ambil segenggam buah kismis
Air suam segelas untuk rendam buah kismis (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kismis ini ketika sahur keesokkan harinya.



JUS SUSU KURMA DENGAN AIR NABEEZ

Jus Susu Kurma Dengan Air Nabeez ini merupakan gabungan air Nabeez dan Jus Susu Kurma. Fungsinya sama dengan air nabeez tapi ianya memberi lebih tenaga pada pengamalnya. Sesuai diamalkan ketika berpuasa untuk memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.



Cara Membuat Susu Kurma Nabeez

1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum separuh gelas air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya.
5  Kisarkan atau blender lebihan air nabeez tadi. Anda boleh tambahkan susu untuk menjadikannya segelas sebelum kisar atau anda juga boleh tambah susu selepas kisar air nabeez tadi.
Anda boleh menggunakan sebarang jenis susu segar, susu UHT atau susu kambing. Tidak digalakkan menggunakan susu tepung atau susu pekat manis.


Tips!

Anda disarankan minum air jus susu kurma dengan air nabeez ini selepas sahur. Anda juga boleh menambah serbuk kulit kayu manis atau kacang almond cincang untuk menambahkan kesedapan jus susu kurma dengan air nabeez.



Rujukan :
http://www.tribunnews.com/ramadan/2015/07/07/air-nabeez-infused-water-kurma-kegemaran-rasulullah
http://www.aktualita.co/keutamaan-manfaat-dan-cara-membuat-nabeez-air-rendaman-kurma-kesukaan-rasulullah-saw/4164/
https://inkesehatan.blogspot.my/2015/07/manfaat-air-nabeez-minuman-kesehatan.html
Facebook

Gambar :
Sumber dari Mr. Google



You Might Also Like

15 comments

  1. Sedap dan berkesan..
    Adik Sha pregnant dan dia amalkan minum nie.. memang membantu dia untuk berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kan shahida.. ni sepupu dan kakak sekeluarga amalkan.. diaorang kata berkesan..

      Delete
  2. Ramai betul up pasal air ni.. Sedap ke air ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi tekak Eyda ok sedap, tapi tak pasti laa tekak Lea..

      Delete
  3. Hsna xsuka sangat bila dibuat macam ni..lbh suka makan direk je kurma tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain seleranya Husna.. terpulang pada selera masing-masing.. tapi cara ni bagus untuk detox dan memberi tenaga tambahan..

      Delete
  4. Terima kasih share air nabeez ni. Tahun lepas dah save. Konon2 nak try. Tahun ni kena try jugak. Nak terus buat la ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun sebab sepupu dan kakak share.. boleh laa cuba bagi yang nak mencuba..

      Delete
  5. Sedap dan berkhasiat.suka susu + kurma

    ReplyDelete
  6. ms mengandung hari tu penahlah buat air nabeez tu
    then 1st posa ritu try lah buat jus air kurma tambah madu sikit
    sedap tp tulah nak beli susu uht tu mahal sgt hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapntak tambah madu? ermm ada tengok kat tesco harga susu dutch lady ok jugak dalam rm5.++

      Delete
  7. Belom cuba buat lagi..kalau ada org tlg buatkan sedap jg

    ReplyDelete
  8. Wow! Blog dah nampak lain... Nampak beno SS busy smpi tak sempat ke sini... Selamat berpuasa Eyda!

    ReplyDelete
  9. Ekin pernah buat memang tahan perut bila berpuasa kalau tak mimun air nabeez ni perut mesti dah tak tahan

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti