Emak Dalam Kenangan
6/09/2017 01:01:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua. Dah seminggu Eyda tak menulis di sini kan. Alhamdulillah kita
masih lagi dapat bernafas pada hari ini.
Hari ini memasuki separuh
bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam tahun ini. Cepat jer masa
berlalu. Maaf entri Eyda kali ini sedikit panjang kerana ianya catatan perjalanan terakhir mak Eyda.
HARI-HARI TERAKHIR EMAK
Bila membacakan tajuk, mesti semua dah
boleh mengagak apa hasil penulisan Eyda pada hari ini. Semuanya ingin
Eyda simpan di sini sebagai memori Eyda di masa akan datang.
Semua orang ada ibu, emak, mummy, mami,
mama dan pelbagai lagi panggilan yang merujuk kepada seorang ibu yang
melahirkan dan membesarkan kita.
Eyda memanggil ibu Eyda dengan
panggilan emak atau mak. Seorang mak yang pastinya akan Eyda rindui
terutamanya masakannya. Sepanjang Eyda hidup, jarang sangat membeli
makanan atau lauk pauk dari luar. Semuanya emak masak dengan penuh
kasih sayang.
Bila mak mula jatuh sakit selepas Raya
Aidiladha pada tahun lepas, semua mula berubah. Mak makin lama makin
tak mampu untuk memasak. Masanya banyak dihabiskan di katil
perbaringan.
Setelah kesihatan mak sedikit baik
beberapa bulan kemudian. Kami rasakan harapan mak untuk pulih semula
adalah tinggi. Tiba-tiba kesihatan mak kembali turun naik tidak
menentu.
30 Mei 2017
Hari ini mak
dijadualkan buat pemeriksaan dengan Doktor M. Amir Shah di Gleneagles
Penang. Laporan bacaan sel kanser mak naik dari 30 lebih ke 83.
Makanya mak perlu
menjalani kimoterapi kali ke-15 pada hari tersebut. Kimoterapi mak
yang pertama adalah pada 12 Oktober 2016 yang lalu.
Pulang dari
hospital, mak masih boleh berjalan seperti biasa walaupun perlahan.
Malamnya mak meletakkan kain tuala yang dibasahkan di dahi.
Kesan ubat
kimoterapi yang panas, membuatkan mak terpaksa letakkan kain tuala
kecil yang dibasahkan itu.
Malam itu, mak
mengadu kurang sihat pada ayah. Sedih Eyda dengar. Tapi Eyda tak
mengganggu perbualan antara mak dengan ayah pada malam tersebut.
31 Mei 2017
Sekitar jam 3.00
pagi, mak mengadu penat atau lebih tepat lagi sesak nafas. Ayah terus
membawa mak ke unit kecemasan hospital berhampiran rumah.
Ayah balik sekitar
jam 4.00 pagi barulah Eyda tahu mengenai mak. Selepas ayah bersahur
dan solat Subuh, ayah kembali ke hospital untuk melihat keadaan mak.
Sekitar jam 7.00
pagi mak dimasukkan ke wad 10 katil nombor 7. Katil dan wad yang sama
mak masuk bulan sebelumnya.
Kakak Eyda juga
dimaklumkan mengenai mak yang berada di hospital. Kakak kata ayah
sebak masa bagitau mengenai keadaan mak pada kakak. Eyda pula hanya
dapat melawat mak pada waktu petang selepas pulang dari pejabat,
masak menu untuk berbuka barulah ke hospital melawat mak.
Untuk pengetahuan,
wad ini tidak dibenarkan untuk sesiapa menemani pesakit. Jadinya kita
hanya dapat melawat ketika waktu melawat sahaja.
1 Jun 2017
Kakak sekeluarga
pulang untuk melawat mak. Kalau ikutkan, kakak rancang nak balik
minggu depan cuti hari minggu bersambung dengan Nuzul Al-Quran.
Tapi memandangkan
mak kurang sihat, kakak balik untuk ziarah mak seminggu lebih awal.
Kakak sekeluarga sampai di hospital petang waktu melawat.
2 Jun 2017
Kakak melawat mak
masa waktu melawat tengahari dan juga petang. Kakak sempat mengelap
badan mak pada waktu melawat tengahari hari tersebut. Eyda hanya
melawat mak pada petangnya selepas pulang dari pejabat.
3 Jun 2017
Titik akhir kesihatan mak mula merosot
teruk pada hari ini. Ayah yang melawat mak pada pagi hari tersebut
telefon meminta sesiapa untuk ziarah mak. Memandangkan kakak sedang
membasuh baju, makanya Eyda yang pergi melawat mak di hospital.
Sampainya di hospital, Eyda tengok ayah
sedang mengurut dan memicit kaki mak. Eyda tengok air mata ayah
mengalir. Bila Eyda pegang kaki mak, ya Allah sejuknya kaki mak dari
bawah lutut ke bawah. Eyda turut sama menitiskan air mata sambil
mengurut dan memicit kaki mak.
Eyda memang tak bawa sebarang minyak
panas. Eyda minta kakak untuk bawa nanti. Kakak bawa minyak panas
masa waktu melawat tengahari kerana pengawal tak benarkan kakak masuk
awal.
Abang juga melawat mak pada waktu
tengahari tersebut. Mak agak gembira pada ketika itu. Walaupun mak
masih tak mampu menggerakkan badan terlalu banyak kerana masih berasa
penat bila bergerak.
Kakak sekeluarga balik pada petangnya
kerana pada keesokkan harinya perlu menghantar anak sulungnya masuk
semula ke UiTM. Ini kerana sesi pertama akan bermula pada hari Isnin.
Malamnya, selepas berbuka dan solat
Maghrib Eyda terus bergegas ke hospital untuk menjaga mak. Ini kerana
doktor memberi keiizinan untuk menemani mak pada malam tersebut.
Selepas adik dan ayah pulang, jururawat
dan doktor mula mengerumuni mak. Doktor mendekati Eyda dan
menerangkan mengenai keadaan mak pada masa itu.
Luluh hati Eyda bila doktor
mengklafikasikan mak berada dalam keadaan kritikal. Eyda masih mampu
lagi menahan air mata ketika itu.
Doktor ingin berjumpa dengan ayah untuk
menerangkan dan memberitahu mengenai keadaan mak ketika itu.
Eyda hubungi ayah untuk maklumkan
mengenai hasrat doktor. Ayah datang mendengar penerangan doktor dan
bertegas tak membenarkan doktor melakukan CPR atau menggunakan mesin
elektrik untuk menyedarkan mak sekiranya mak pengsan pada malam
tersebut.
Eyda mula menghantar mesej WhatApp pada
kakak menyatakan keadaan mak ketika itu. Kakak terus menyatakan akan
kembali secepat mungkin.
Alhamdulillah urusan kakak
dipermudahkan bila adik ipar yang ke Ipoh ingin bertolak pulang pada
malam tersebut. Makanya kakak menumpang adik ipar saja pada malam
tersebut.
Bacaan surah Yassin mula meniti bibir
Eyda pada malam tersebut sambil mata Eyda ligat memantau bacaan nadi
mak yang tak stabil. Bacaan tekanan darah mak juga adakalanya stabil,
adakalanya rendah. Tidak ketinggalan ada bacaan tekanan darah tidak
dapat dibaca langsung.
4 Jun 2017
Awal pagi itu Eyda menutup kipas
angin yang menghala mak sebab mak mengadu sejuk sambil tangannya
diletakkan di dalam kain.
Sekitar jam 3.40 pagi, mata Eyda dah
tak mampu buka lagi. Hinggakan beberapa kali Eyda terlelap ketika
membaca surah Yassin. Akhirnya Eyda terlelap di katil sebelah mak
dengan izin jururawat.
Ketika Eyda sedar sekitar jam 4.00
pagi, Eyda dikejutkan oleh jururawat. Tangan mak berdarah gara-gara
jarum yang ada pada tangan mak tercabut. Ya Allah, lalainya Eyda
sehingga terlelap dan tak perasan keadaan tu.
Selepas jururawat menukar baju dan
sarung bantal yang kena darah. Eyda juga lapkan tangan mak yang kena
kesan darah. Ketika ini Eyda nampak bacaan nadi mak kembali stabil.
Eyda minta izin mak untuk pulang untuk sahur.
Siangnya kakak pula mengambil tempat
untuk menjaga mak. Ketika itu, doktor bertanya pelbagai maklumat
sejarah kesihatan mak. Eyda pun kurang tahu kesemua maklumat.
Eyda maklumkan ayah mengenainya, dan
ayah bergegas ke hospital. Selang beberapa jam kemudian, kakak
nyatakan yang doktor ingin berjumpa semua ahli keluarga terdekat.
Memandangkan abang Eyda hanya dapat hadir petang,
makanya hanya ayah, kakak, Eyda dan adik sahaja yang berjumpa doktor
ketika itu.
Doktor menerangkan keadaan mak yang
makin merosot. Bacaan keputusan darah makin hari makin merosot.
Pelbagai rumusan dari kesihatan mak dapat doktor simpulkan.
Kami memang tak memberi izin untuk
melakukan CPR atau menggunakan elektrik untuk selamatkan mak kerana
risiko untuk patah tulang rusuk, hanya 50% mak kembali sembuh dan
lain-lain lagi.
Doktor juga memberi izin untuk ahli
keluarga melawat mak pada hari tersebut bila-bila masa. Semua ahli
keluarga diberitahu akan perkara ini. Ramai yang datang melawat
termasuklah kawan-kawan mak selalu pergi mengaji.
Eyda meminta izin untuk balik, kerana
tidur Eyda dah terganggu. Eyda pun rasa kurang tenaga untuk berjaga
lagi.
Sampainya di rumah selepas solat Zohor
Eyda tidur sehingga hampir jam 6.00 petang. Terjaga dari tidur, Eyda
terus solat Asar dan ke bazar Ramadhan untuk membeli sedikit juadah
untuk berbuka.
Selepas berbuka dan solat Maghrib, Eyda
ke hospital untuk menjaga mak. Abang pun nak balik ke rumah selepas
Eyda sampai. Malam ini Eyda akan menjaga mak bersama kakak.
Doktor dah memberi izin 2 orang boleh
menjaga mak malam tersebut. Alhamdulillah, dapat kami sama-sama
bergilir membaca surah Yassin dan berada di sebelah mak.
Doktor Faizal yang bertugas malam itu,
memaklumkan keadaan mak terlalu nazak. Doktor memberi pilihan kepada
kami untuk membawa mak pulang atau berada di hospital.
Ini kerana bacaan tekanan darah mak
sukar untuk dibaca dan akhir bacaan menggunakan alat bacaan tekanan
darah jenis lama dan bacaan tekanan daah mak hanya 20/10. Ya Allah
terlalu rendahnya.
Kami terus telefon ayah dan mak sedara
untuk meminta pendapat. Semuanya meminta untuk dibawa pulang sahaja.
Tetapi mak tidak mahu pulang dan tetap
ingin berada di hospital sahaja. Ayah tidak mahu mengecilkan hati
mak. Maka dengan berat hati izinkan mak berada di hospital sahaja.
5 Jun 2017
Sempat juga kami makan kudapan yang
kakak beli bersama-sama. Eyda dah bekalkan Nescafe perisa Kopi O.
Itulah senjata Eyda untuk berjaga malam tersebut. Tak mampu lagi
untuk Eyda terlelap macam malam sebelumnya.
Suhu badan mak sedikit naik, 38 darjah. Jururawat memberi panadol yang
dihancurkan untuk disuapkan ke mulut mak. Alhamdulillah mak masih makan
ubat ni walaupun tidak habis.
Sekitar jam 3.00 pagi, kakak dah mula
mengantuk walaupun dia dah mengambil wuduk sebelumnya. Siap terlelap
beberapa kali semasa membaca surah Yassin. Alhamdulillah Eyda masih
boleh bertahan penangan air Kopi O yang Eyda minum tu.
Eyda pula berada di sisi mak, memegang tangan mak sambil zikir dan diselang seli dengan mengucap tanpa henti. Dengan harapan mak mengikutinya walaupun mak tidur.
Sekitar jam 3.30 pagi, seorang bayi
yang baru lahir bilik sebelah tiba-tiba menangis dengan kuat. Kakak
tersedar sekejap, tiba-tiba tertidur semula. Kali ini teriakan bayi
itu bertambah kuat, bacaan nadi mak dari 144 terus turun dengan
lajunya.
Eyda sempat memanggil kakak. Kakak
terbangun terus bergegas memanggil jururawat. Ternyata mak pergi
dulu. Eyda perasankan mata mak tiba-tiba celik dan nafas mak
tiba-tiba berhenti.
Eyda terus telefon ayah dan adik untuk
datang ke hospital dengan segera. Doktor sahkan mak meninggal jam
3.50 pagi.
Ayah pulang untuk membuat persiapan di
rumah. Eyda dan kakak ayah tugaskan untuk menguruskan jenazah mak
pulang.
Alhamdulillah urusan untuk membawa pulang jenazah mak dipermudahkan. Jenazah mak dapat dibawa pulang ketika azan Subuh berkumandang.
Alhamdulillah urusan untuk membawa pulang jenazah mak dipermudahkan. Jenazah mak dapat dibawa pulang ketika azan Subuh berkumandang.
Status yang Eyda muat naik ke akaun Facebook sehari selepas mak meninggal |
Alhamdulillah semua urusan
dipermudahkan dari mula hingga akhir. Terima kasih buat semua yang
membantu dan terlibat secara langsung atau tidak langsung.
9 comments
Salam takziah sekali lagi kak eyda..be strong ok..sentiasa kirim doa buat arwah mak kak..semoga arwah akan tenang kat sana.. 😢
ReplyDeleteAl-fatihah buat emak kak eyda.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDeleteSemoga arwah mak Kak Eyda ditempatkan dikalngan hambaNya yang beriman.. takziah untuk Kak Eyda sekeluarga diatas permergian bonda tersayang
ReplyDeleteSalam belasungkawa buat Eyda dan family. Diharap kalian semua tabah mendepani kehilangan ini. Al-Fatihah buat arwah mak. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
ReplyDeleteAl-Fatihah... Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
ReplyDeleteal Fatihah
ReplyDeleteAl-fatihah
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman amin
Salam takziah Eyda.. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.
ReplyDeleteTakziah dari saya. Saya faham keadan edya sekaran. Hara tabah dugan tu.
ReplyDeleteSelamat hari raya dari saya.
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..