Sampul Raya PLUSMiles
6/22/2017 10:43:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini hari ke 27 kita berpuasa, in shaa Allah lagi 3 hari kita akan merayakan Hari Raya Aildilfitri.
Dikesempatan ini, Eyda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua kenalan Eyda tidak kira di alam maya atau diluar sana.
Hari ni nak cerita kisah semalam, memandangkan setiap bulan memang rutin biasa untuk Eyda tambah nilai kad Touch n Go Eyda.
Jadinya semasa dalam perjalanan nak ke tempat mesyuarat semalam, Eyda tambah nilai kad Touch n Go Eyda di kaunter tambah nilai di plaza tol saja memandangkan semalam merupakan hari terakhir untuk tambah nilai di plaza tol.
Tak sangka pula, Eyda akan menerima sampul raya daripada pihak PLUSMiles. Comel jer rekaannya. Banyak juga sampul raya yang Eyda ada sekarang. Nanti kena mulakan operasi memasukkan duit raya.
sampul raya daripada PLUSMiles |
Mulai hari ini, 22 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017, semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol Lebuh Raya PLUS akan ditutup untuk urusan tambah nilai.
Jadinya, bagi yang akan membuat perjalanan balik kampung atau urusan lain, sila pastikan nilai yang mencukupi bagi Touch n Go anda bagi mengelakkan perjalanan anda terganggu.
Tambah nilai kad Touch n Go boleh dilakukan di mesin ATM Bank, stesen-stesen minyak, kedai serbaneka dan lain-lain kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai bagi kad Touch n Go.
9 comments
comelnyaa. tak pernah lagi dapat. selalu topup kat petrol station je.
ReplyDeletecomel kan.. ni pun 1st time dapat, tak sangka nak dapat..
Deletecomelnya sampul! :O
ReplyDeletecomel kan Shafyqah
DeleteCantik sampulnya..
ReplyDeletetu laa cantik betul sampul dia kan Shahida
Deletewah...dpt sampul lawa
ReplyDeleteHijau lagi tu
ReplyDeleteSampul comel =) Kena ingat topup touch n go sebelum masuk highway.
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..