Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Masih ingatkah anda dengan tragedi runtuhan Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth 29 tahun yang lalu?
Bagi yang berumur sekitar 40 tahun ke atas mungkin mengingati kejadian ini. Bagi yang muda mungkin tidak mengetahui mengenainya.
Jika anda tidak mengingati atau tidak mengetahui mengenainya peristiwa itu, apa kata Eyda cuba imbas kembali peristiwa yang berlaku itu.
RUNTUHAN TERMINAL FERI SULTAN ABDUL HALIM
Pengkalan Sultan Abdul Halim yang berada di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang runtuh. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana
panik itu telah menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.
Gambar ketika kejadian |
Runtuhan ini melibatkan laluan kiri jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim. Walaubagaimanapun, laluan kanan jambatan terminal masih boleh digunakan. Memandangkan ketika itu, Jambatan Pulau Pinang telah pun beroperasi, maka ramai pengguna telah beralih kepada Jambatan Pulau Pinang yang jauh dan lebih cekap.
PUNCA KEJADIAN
Runtuhan terminal feri Sultan Abdul Halim ini berpunca daripada dua perayaan yang disambut secara serentak pada 31 Julai 1988 tersebut.
Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Andul Halim yang melibatkan sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988.
Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir meraikannya kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.
Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut agama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi hari Ahad dan pada petangnya mereka bergerak menuju ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.
Kesesakan di Jambatan Pulau Pinang
Kebiasaan pada hujung minggu, ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati keindahan selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota. Disebabkan itu, Jambatan Pulau Pinang yang telah dibuka pada 1985 itu tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan awam.Kesesakan jeti
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.Mangsa
Seramai 32 orang mati dan pada masa yang sama mencederakan 1,674 orang. Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.Berita pengkalan feri runtuh ini telah disiarkan melalui Berita Utama TV3 jam 8.00 malam.