Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Izzeyda 2017
7/06/2017 09:48:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hampir 2 minggu kita beraya di tahun ini. Macam mana sambutan hari raya korang?
Bagi Eyda, kami beraya secara sederhana sahaja. Lebih seronokkan hati anak-anak. Diri sendiri cukup ala kadar saja.
HARI RAYA PERTAMA
Raya Eyda dan anak-anak begitu ringkas saja pada tahun ini. Hari kami dimulakan dengan solat hari raya Aidilfitri, kemudian bergambar bersama anak-anak untuk simpanan.
Sesi Bergambar di Hari Raya Pertama |
Bergambar sopan di Hari Raya Pertama |
Freestyle daripada Keluarga Izzeyda |
Bagi anak-anak pula, aktiviti keluar beraya sehingga penat merupakan antara aktiviti yang mewarnai Hari Raya pertama bagi mereka.
Di hari raya pertama juga Eyda beraya bersama sahabat zaman kanak-kanak Eyda sambil mengimbau zaman kanak-kanak kami. Kami membesar bersama-sama dan akan berjumpa semua bersama terutamanya di hari raya.
Sahabat Zaman Kanak-kanak dengan sebahagian anak |
Sahabat Zaman Kanak-Kanak |
HARI RAYA KEDUA
Di hari raya kedua, Eyda berkesempatan berkunjung ke rumah mak sedara yang terdekat dan tidak ketinggalan kawan kelas masa form 4 dan 5. Lama betul tak jumpa, last sekali jumpa pun masa ambil result SPM.
Bayangkan dah 18 tahun tak jumpa, bila jumpa banyak cerita diri masing-masing dapat dikongsikan bersama.
RAYA KETIGA
Raya ke tiga kami sekeluarga ke rumah pak sedara yang akad nikah pada hari tersebut setelah 6 bulan kehilangan mak sedara hujung tahun yang lalu. Mak sedara tu merupakan adik bongsu ayah. Kini hanya tinggal ayah seorang setelah mak ngah dan maksu telah pun pergi dahulu.
Acara membatalkan air sembahyang |
Tahniah buat Paksu dan 'Maksu' baru |
Malamnya ke rumah terbuka member kelas. Memang setiap tahun pasti ada acara rumah terbuka, baru tahun lepas Eyda dapat join. Tahun nih pula, baru dapat berjumpa dengan ramai member sekolah. Rindu dengan kisah zaman belajar dulu. Dok kat luar rumah nih pun lebih 30 minit bersembang, tak reti balik kata orang utara.
Geng sekolah Form 1-3. Gambar kredit dari Facebook. |
HARI RAYA KELIMA
Hari raya kelima kami baru berkesempatan buat majlis tahlil buat arwah mak. Rindu kat arwah. Gambar tak sempat nak snap, sebab agak sibuk dengan majlis.
Sedara. Gambar kredit dari Facebook |
Inilah gambar yang Eyda pinjam dari Facebook. Sedara merangkumi member sekolah. Lama betul tak jumpa, kali ni baru dapat bertemu.
Raya yang agak ringkas, tapi amat bermakna bagi Eyda pada tahun ini. Walaupun Eyda kehilangan insan yang paling Eyda sayang, tapi Eyda dapat juga dapat berjumpa dengan sahabat yang dah lama tidak bertemu.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang beraya di rumah. Maaf kiranya ada kekurangan daripada pihak Eyda.
10 comments
kami pon xda gambar...awal2 raya ja ada. hr2 lain smua kelaut
ReplyDeleteSelamat hari raya eyda
kan agak kurang bergambar. ehh ada lagi gambar yang tertinggal, nanti boleh selit masuk.
DeleteTAK TERLAMBAT UTK YANIE UCAPKAN HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN..
ReplyDeleteyanieyusuf.com
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin juga buat Yanie..
DeleteSelamat hari raya Izzeyda..kita sama status eh..maaf tanya kat sini plak...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri kak SA.. ya, kita sama status..
DeleteSelamat hari raya akak...
ReplyDeleteTerima kasih Nini..
Deletemeriah sungguh la hari Raya adilfitri..
ReplyDeleteterbaik untuk tahun ini kan..2017
Ya, raya yang paling meriah tahun ini Mr. Hanafi
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..