Makluman Penutupan Jalan Sempena Smart Tunnel Run 2017

7/28/2017 10:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak maklumkan mengenai penutupan jalan sempena Larian Smart Tunnel yang akan berlangsaung pada 30 Julai 2017 iaitu pada hari Ahad ini.



PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN


Sempena penganjuran SMART TUNNEL RUN 2017 pada 30 Julai 2017 (Ahad) di Berjaya Times Square KL, pihak penganjur ingin memaklumkan penutupan jalan-jalan seperti berikut:

1. Lebuhraya SMART (E38)
   - Penutupan penuh dari 3 pagi hingga 11.30 pagi;

2. Jalan Imbi 
   - Penutupan penuh (sehala ke Pudu) sewaktu pelepasan dari pukul 6 pagi hingga 7.15 pagi,
   - Penutupan satu lorong menuju ke Berjaya Times Square KL sehingga pukul 10 pagi;

3. Jalan 1/77B 
   - Penutupan penuh antara simpang Jalan Imbi ke simpang Jalan Horley dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi; 

4. Flyover Jalan Kg.Pandan 
(Menghala ke Kg.Pandan)
   - Penutupan berperingkat dari pukul 6.15 pagi hingga 7 pagi
(Menghala ke Jalan Sultan Ismail)
   - Penutupan berperingkat dari pukul 6.15 pagi  hingga 7 pagi;

5. Jalan Davis 
(Menghala ke Kg.Pandan)
   - Menuju ke pintu masuk SMART Tunnel (Penutupan dari pukul 3 pagi hingga 11.30 pagi)
   - Tiada penutupan bagi lorong kiri ke arah Kg.Pandan
(Menghala ke Jalan Sultan Ismail)
   - Penutupan secara berperingkat dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi;

6. Jalan Barat 
(Menghala ke Kg.Pandan)
   - Tiada Penutupan bagi arah aliran ke Jalan Davis
(Menghala ke Jalan Sultan Ismail)
   - Penutupan secara berperingkat dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam serta mengikut arahan pihak berkuasa sepanjang waktu penutupan tersebut.

#smarttunnelrun2017


JADUAL PENGAGIHAN RACE KIT (BAJU, NOMBOR BIB DAN CIP MASA)

Makluman buat semua peserta yang telah mendaftar untuk Smart Tunnel Run 2017 untuk mengambil race kit masing-masing

Tarikh : 28 hingga 29 Julai 2017 
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang 
Tempat : Foyer Tingkat 1, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.
 


You Might Also Like

2 comments

  1. Bagus umum awal-awal cengginie.. Boleh cari alternatif jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, umum awal senang nak buat perancangan kalau terpaksa melalui jalan yang terlibat..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti