Run For Peace 2017 @ Alor Setar

7/24/2017 01:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah Jumaat lepas, Eyda dan anak-anak menyertai larian Run For Peace 2017 di Alor Setar.



Larian ini merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Soka Gakkai Malaysia. Tahun pertama acara ini diadakan iaitu pada tahun 2013.

Larian Run For Peace 2017 ini diadakan di 19 buah tempat di seluruh negara dengan penyertaan seramai 85,000 orang. Penyertaan di Alor Setar mencatatkan hampir 5.500 orang. Ramai kan. Penyertaan yang melebihi jangkaan.

Acara pembukaan dan ucapan aluan Run For Peace 2017

Ini merupakan larian ke 8 Eyda pada tahun ini dan jarak yang paling jauh untuk kali ini. Ianya juga yang pertama selepas berehat lebih dari 2 bulan setengah. Lama kan Eyda bercuti.

Posing dulu sebelum acara dimulakan

Banyak belon besar macam kat belakang tu. Tumpang welfie dulu..

Memandangkan ianya larian selepas lama bercuti dan Eyda pula masuk bersama anak-anak, makanya Eyda jadinya ia sebagai larian santai buat Eyda. Memang Eyda tak letak sebarang target masa untuk larian kali ini.

Wristband yang perlu dipakai untuk ditukarkan dengan Goodies Bag nanti


Larian kali ini pun, Eyda lebih banyak joging dan jalan-jalan bersama Izzat. Mesti ada yang tanya, di mana pula Kimie. Jawapannya, dia dah lari dulu tinggalkan kami berdua.

Bila dah nama larian santai, makanya ada laa sesi selfie. Hanya ini gambar kami berdua ya. Sambil tu boleh laa ambil gambar apa yang ada di laluan larian.

Hanya kami berdua

Memang sepanjang larian atau jalan nih, kita akan sentiasa bersama ramai peserta larian Run For Peace 2017. Jadinya tak berasa sangat laa yang kita nih agak santai. Hehehe.


Antara peserta yang menyertai Run For Peace 2017

Memang santai pun sebabnya memasuki larian sekitar 4km, Izzat dah mengadu sakit kaki. Jadinya memang Eyda ambil keputusan untuk jalan saja sehingga ke garisan penamat. Eyda hanya bagi semangat buat Izzat untuk habiskan larian kami.

Bila tengok papan tanda nih, wah dah 6km kami joging dan jalan ya.

Lega tau bila dapat tengok papan tanda dah 6km kami berlari. Di saat itu, Eyda dapat rasakan garis penamat kian hampir. Cewah.

Catatan masa joging dan jalan Eyda bersama Izzat. Ini Eyda pinjam dari Runkeeper Izzat, sebab Eyda salah set untuk Runkeeper Eyda.

Catatan masa Eyda dan Izzat

Sebelum larian Eyda ada nampak tulisan Run For Peace 2017 dari smartphone peserta larian Run For Peace nih. Selepas larian, gigih Eyda cari. Akhirnya dapat jugak bergambar walaupun kena ambil nombor.

Dapat juga Eyda abadikan gambar di sini. Jenuh ambil nombor tau.

Bagi Eyda goodies bag yang kami dapat tu memang berbaloi laa. Memang banyak betul barangan dari para penaja untuk acara Run For Peace 2017 nih. Goodies bag Run For Peace 2017 ini merupakan paling banyak barangan yang Eyda pernah dapat sepanjang menyertai larian.

Barangan yang ada di dalam goodies bag yang diterima selepas tamat larian.

Untuk acara kali ini, Eyda hanya tempah hotel budget jer. Yelah minggu sebelumnya dah bercuti sakan kan.

Sedondon dari tudung hingga ke kasut.

Lawak pula bila Eyda dah pakai baju larian Run For Peace 2017 nih. Tengok laa dari tudung hingga ke kasut semua sedondon warnanya. Eyda suka warna torquise nih. Hehehe.

Apapun memang seronok laa event Run For Peace 2017 kali ini walaupun pada awalnya Eyda dah rasa cuak, bila mana Eyda dan anak-anak saja melayu yang lainnya cina. Selepas 30 minit baru ada melayu. Ermm tak sabar pula nak daftar untuk tahun 2019 nanti.

Medal ke 8, koleksi peribadi Eyda

Selepas ini Eyda akan sertai larian yang paling jauh dalam pendaftaran larian Eyda. Nak tahu di mana? Tunggu update terkini nanti.


You Might Also Like

9 comments

  1. Replies
    1. best tau Normi Nieza.. kalau masuk dengan anak-anak memang Eyda akan sertai acara Fun RUn jer sebab boleh santai sambil menemani anak-anak..

      Delete
  2. Replies
    1. cantik kan MEDAL Run For Peace ni Amira Faqihah.. sebab MEDAL laa Eyda tergoda nak masuk..

      Delete
  3. Medal lawa...nk satu #larikkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lawa medal tu.. hahaha tak boleh bagi, kurang 1 koleksi medal..

      Delete
  4. Replies
    1. join larian ni pun warna tema antara yang menjadi penyebabnya

      Delete
  5. Bestnya...sambil sambil tu boleh luangkan masa dengan anak...yang penting...enjoy =)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti