I Love George Town Run 2017

8/14/2017 04:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah semalam iaitu 13 Ogos 2017, Eyda telah pun berjaya menamatkan larian yang ke 10 bagi tahun ini.

Larian yang ke 10 yang Eyda maksudkan ini ialah larian I Love George Town 2017. Larian ini merupakan kali kedua ianya dianjurkan, iaitu kali pertama telah diadakan pada tahun 2016.

Selfie, acara wajib sebelum memulakan larian

Selfie skit

Larian kali ini disertai oleh 3,051 orang peserta yang mendaftar termasuk peserta dari Thailand, Singapura, Indonesia, Korea, Amerika dan Jepun.

Antara peserta yang hadir

Ramai juga peserta yang terlibat, tidak ketinggalan peserta yang menggunakan nombor bib SPONSOR pun turut sama hadir.

Banner promosi yang diadakan oleh pihak 1st Avenue selaku penganjur utama


Larian kali ini bagi Eyda, rasa agak santai dan tenang berbanding larian sebelum ini. Larian ini membawa pesertanya melalui jalan yang mempunyai bangunan warisan di sekitar bandar George Town, Pulau Pinang.



Kiranya para peserta larian dapat berlari sambil menikmati keindahan bangunan warisan yang ada di sepanjang laluan larian I Love George Town 2017 ini.

Ketika acara larian ini, ada satu lagi acara berbasikal di kawasan berhampiran. Acara berbasikal ini melibatkan lebih kurang 6,000 peserta. Ramai kan. Tak sempat nak snap gambar yang cantik. 

Selisih dengan peserta acara berbasikal

Alhamdulillah kali ini Eyda dapat momentum larian Eyda. Kali ini dapat memperbaiki larian Eyda. Satu catatan masa yang terbaik untuk diri Eyda. Tak sabar nak teruskan larian seterusnya.


Cuma tempat mengambil medal dan goodies bag bagi Eyda kurang sistematik. Para peserta yang sampai di garisan penamat di pintu masuk 1st Avenue perlu berjalan turun ke Lower Ground dan beratur dengan dua barisan. 

Pentas yang menempatkan acara cabutan bertuah dan tingkat yang sama tempat mengambil medal dan goodies bag

Medal I Love George Town Run 2017

Ada tulis jalan yang menjadi laluan larian I Love George Town Run 2017

Apapun 1st Avenue selaku penganjur larian ini telah membuat persiapan dan promosi yang terbaik dalam penganjurannya. Cuma ianya perlu ditambah baik sedikit sebanyak bagi memantapkan penganjurannya di masa akan datang.


You Might Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. memang best Normi Nieza.. skali join, rasa nak join jer.. selalu Eyda semak jadual larian yang ada..

      Delete
  2. dh boleh gantung medal kat dinding rumah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gantung dah aihh, sampai senget penyangkut tu.. hehehe.. tunggu hujung tahun kita tunjuk hasil tuaian medal selepas setahun..

      Delete
  3. Rajin betul Eyda berlari..kalau akak..x mampu rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. sampai dah jadi addict nak berlari, pantang nampak page larian.. mesti tangan sibuk nak tengok apa yang menarik..

      boleh jer kalau nak, tapi buat yang 3-5km tu.. yang fun run, yang tu memang santai-santai jer..

      Delete
  4. Bestnya boleh join running. Dah lama juga tak masuk ni dengan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best noriza.. saya kalau larian tu sekitar 5km dan anak cuti, saya daftar untuk anak-anak skali..

      Delete
  5. bestnya kalau dapat join berlari hahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom3 kita lari..sesekali join seronok tau Ekin..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti