La Herbelle Medi & Spa Penang

8/24/2017 11:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada ke di antara pembaca blog Eyda sukakan Medi dan Spa dan anda tinggal berhampiran dengan Pulau Pinang? Jika ada, apa kata anda berkunjung ke La Herbelle Medi & Spa.

La Herbelle Medi & Spa telah dibuka pada bulan Julai 2017 yang lalu. Pusat kecantikan dan kesihatan ini merupakan Medi dan Spa yang pertama di Pulau Pinang.

La Herbelle Medi & Spa menawarkan perkhidmatan menggunakan bahan semulajadi dan gabungan teknologi dalam rawatan kecantikan dan kesihatan. La Herbelle Medi & Spa menggunakan produk La Herbelle MediSpa yang 100% asli, dipatenkan, halal dan diluluskan oleh KKM.

Untuk pengetahuan semua, antara bahan yang digunakan dalam penghasilan produk wajah La Herbelle Medi & Spa ialah seperti epal, teh hijau dan lavender.

La Herbelle Medi & Spa menggunakan slogan "Your Beauty Is Our Priority". Pusat ini menyediakan perkhidmatan penuh secara tradisional atau menggunakan mesin berteknologi terkini. Kiranya pengunjung boleh memilih bentuk perkhidmatan yang diingini.


MAJLIS PEMBUKAAN RASMI LA HERBELLE MEDI & SPA PENANG

La Herbelle Medi & Spa Pulau Pinang telah pun mengadakan majlis pembukaan rasmi La Herbelle Medi & Spa pada 6 Ogos 2017 yang lalu.

Grand Opening La Herbelle Medi & Spa Penang

Pengunjung yang menghadiri majlis tersebut perlu mengenakan pakaian mengikut tema iaitu warna merah jambu lembut bersama warna hitam. Jadinya Eyda memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema di majlis perasmian tersebut.

Warna pakaian ikut tema

Majlis perasmian La Herbelle Medi & Spa ini dihadiri oleh para jemputan antaranya keluarga, kawan dan tidak ketinggalan blogger. Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr. Siva iaitu pemilik La Herbelle Medi dan Spa Pulau Pinang sendiri.

Pemilik dan pekerja La Herbelle Medi & SPa

Pada hari tersebut juga diadakan konsultansi percuma, demonstrasi pencuci muka dan badan, cabutan bertuah, barangan percuma untuk 20 pelanggan pertama, promosi keahlian dan pakej dan tidak ketinggalan voucher tunai sehingga 100 untuk diberikan kepada pengunjung.


Penerangan dan demonstrasi produk La Herbelle Medi & Spa

Produk La Herbelle

 
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI LA HERBELLE MEDI DAN SPA

La Herbelle Medi dan Spa menawarkan beberapa perkhidmatan kepada pengunjungnya iaitu :
 
Face

  • Whitening/Glowing/Sooting
  • Anti-Ageing
  • Wrinkle/Fine line removal
  • Face lift/Faceshaping/V-shape
  • Acne & Scar
  • Melasma/Pigmentation
  • Dark circle/Eye bag
  • Face hair removal

Body

  • Slimming
  • Body shaping/Body contour & lift
  • Body whitening/Glowing
  • Body hair removal
  • Body sauna(natural way)
  • Body spa(natural way)
Semua pelanggan haruslah mendapatkan konsultansi sebelum rawatan dimulakan. Ini membolehkan rawatan yang sesuai dijalankan kepada semua pelanggan.

Mesin untuk memeriksa kulit wajah

Mesin yang digunakan untuk rawatan muka dan badan

Bilik pelangsingan badan

Bilik rawatan wajah

Bilik spa

Rawatan wajah di sini dibuka untuk lelaki dan wanita. Manakala rawatan yang lain hanya untuk wanita sahaja. Jadi anda bolehlah datang bersama pasangan anda di sini.

Pengunjung sebaiknya buat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan pertembungan rawatan dengan pelanggan yang lain.


CASH BACK Marchbig.com

Di La Herbelle Medi & Spa, ia menggunakan sistem Cash Back Marchbig.com. Di sini setiap pengunjung hanya perlu mendaftarkan nombor telefon untuk kali pertama berurusan di sini.

Cash Back

Cara untuk mendaftar Cash Back

Setiap kali pembelian produk dan perkhidmatan yang dibuat pengunjung akan membolehkan pengunjung mengutip mata. Setiap mata yang dikumpul, pengunjung berpeluang untuk menukarkan ke bentuk pembelian produk atau perkhidmatan di La Herbelle Medi & Spa.

Eyda berpeluang mendaftar

Oleh itu, setiap pengunjung yang mendaparkan perkhidmatan atau membeli produk di sini tidak rugi kerana dengan setiap wang yang dibelanjakan di sini kerana ia memberi pulangan balik kepada pengunjung. 


FULL FACIAL TREATMENT DI LA HERBELLE MEDI DAN SPA

Pada 11 Ogos 2017 yang lalu, Eyda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman pertama untuk rawatan muka di La Herbelle Medi & Spa.

Mulakan dengan cuci wajah dengan span yang dipanaskan

Jom cuci muka

Rawatan yang dinantikan pembuangan white head dan black head

Stimkan wajah untuk membantu lapisan mask meresap ke dalam kulit wajah

Produk yang digunakan untuk rawatan wajah

Alhamdulillah proses yang dijalankan berjalan dengan baik dan Eyda dapat berpuas hati dengan hasil rawatan muka yang dijalankan.

Eyda akui yang wajah Eyda terutama di bahagian hidung mempunyai bintik hitam dan bintik putih. Tapi tidak dinafikan bahawa bintik hitam memang agak banyak pada wajah Eyda. Bila Eyda jalani rawatan muka ini bintik putih terutamanya bintik hitam telah pun hilang. Rasa wajah Eyda lebih bersih dan berseri.

Masa yang perlu diperuntukkan untuk rawatan wajah adalah selama sejam. Jadi rancanglah masa anda untuk melakukan rawatan wajah di sini.


ALAMAT DAN WAKTU PERKHIDMATAN

La-Herballe Medispa Penang
303-01-30, Krystal Point 1
Jalan Sultan Azlan Shah
Bayan Lepas
Pulau Pinang 

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam



You Might Also Like

6 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti