Pengalaman Berlari di SMART Tunnel Run 2017
8/02/2017 04:47:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah pada 30 Julai 2017 yang lalu, telah pun berlangsungnya acara larian SMART Tunnel Run 2017.
SMART Tunnel atau nama panjangnya Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) telah pun menganjurkan acara larian SMART Tunnel Run 2017 iaitu sempena meraikan ulangtahun 10 tahun pembukaannya dan juga ulangtahun ke 85 Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS Malaysia).
Larian ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas Mac 2007 iaitu 10 tahun yang lepas. Nampaknya larian ini diadakan 10 tahun sekali. Mampukah Eyda untuk sertai acara ini 10 tahun akan datang? Semuanya bergantung pada masa dan keadaan diri ketika itu.
Larian SMART Tunnel Run 2017 ini menggunakan tema Running Through The World First Dual-Purpose Tunnel. Larian yang memberi pengalaman berlari di bawah bandar Kuala Lumpur. Larian lain dari yang lain dan unik buat para peserta yang menyertainya.
Selain itu, medal SMART Tunnel Run 2017 juga memang unik kerana ia merangkumkan model Tunnel Boring Machine (TBM) yang boleh diputarkan di sebelah belakang medal.
kredit penonton |
Untuk acara larian ini telah dipecahkan ke 9 kategori. Lima kategori untuk orang awam dan empat kategori lagi untuk staf JPS sendiri.
Lima acara untuk orang awam ialah Lelaki Terbuka, Lelaki Senior Veteran, Lelaki Junior Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran. Manakal empat acara untuk staf JPS pula ialah Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran.
Flag Off peserta acara larian Smart Tunnel Run 2017 ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Hadir bersama beliau ialah YB Datuk Dr. Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut sama menyampaikan hadiah kepada para pemenang larian.
Menteri dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar |
Acara larian bagi kategori Lelaki Terbuka dan Lelaki Terbuka JPS dimulakan jam 6.30 pagi manakala acara larian bagi kategori Lelaki Senior Veteran, Lelaki Junior Veteran, Wanita Terbuka, Wanita Veteran, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran pula dimulakan jam 6.40 pagi.
Larian kali ini Eyda dapat mulakan sepertimana larian lain yang Eyda pernah sertai. Tapi dipertengahan jalan, Eyda dapat rasakan kurang selesa dengan diri Eyda. Jadinya larian kali ini, Eyda lebih banyak jalan laju berbanding berlari.
Larian kali ini, Eyda kerap berasa sakit di bahagian dada sebelah kanan ketika berlari. Ianya akan kembali baik jika Eyda hanya berjalan secara laju sahaja. Sempat juga Eyda google punca terjadinya perkara sedemikian sebelum menyiapkan artikel ini.
Bila Eyda membaca hasil carian Eyda di laman google, ada beberapa perkara yang mengiyakan punca Eyda berasa demikian.
Antara salah satu puncanya kurang air (dehidrasi) atau kekurangan elektrolit di dalam badan. Memang Eyda akui hari sebelumnya Eyda kurang minum air kosong ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Punca seterusnya angin dalam badan, ada juga minuman dan makanan Eyda hari sebelumya menyumbang kepada perkara tersebut.
Okeylah, bila dah tahu antara puncanya rasa hati lebih tenang. Tapi larian 12km ini memang membuatkan kaki Eyda sakit melebihi dari sehari. Memang pun Eyda akui kurang latihan dan kurang warming up sebelum dan warming down selepas larian.
Apapun larian kali ini merupakan pencapaian terbaik buat diri Eyda iaitu jarak larian paling jauh dalam rekod peribadi Eyda. Selain itu, memenuhi target masa bawah 2 jam dapat Eyda capai walaupun Eyda banyak berjalan laju dari berlari.
Alhamdulillah dapat sampai di garisan penamat di bawah masa 2 jam dengan purata masa 10 minit bagi setiap kilometer |
Alhamdulillah berjaya mengumpul medal ke 9 untuk tahun ini. |
Nampaknya Eyda kena mantapkan lagi stamina Eyda untuk larian akan datang. Harap perkara seumpamanya tidak lagi berulang.
Apapun JPS Pulau Pinang merupakan juara keseluruhan bagi kategori JPS. Tahniah kepada semua peserta JPS Pulau Pinang yang telah menyumbang kemenangan ini.
Pengarah JPS Pulau Pinang menerima hadiah juara keseluruhan kategori JPS |
kredit penonton |
Eyda juga ingin mengucapkan tahniah buat dua sahabat pejabat Eyda yang berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai.
Tahniah kepada rakan pejabat Eyda. Gambar kredit dari FB JPS Malaysia |
Apapun larian yang menarik untuk disertai. Kali ini Eyda dapat berlari bersama ramai rakan pejabat dan jabatan yang sama juga bersama peserta yang lain.
16 comments
Seronok dpt pengalaman lari pagi2 apatah lagi berpeluang lalu smart tunnel lagi.. mmg pengalaman menarik dan bernilai ni. Thanks sharing Eyda :)
ReplyDeleteya majoriti larian dimulakan seawal pagi..alhamdulillah kali pertama lalu smart tunnel dengan cara berlari di dalamnya.. memang satu pengalaman yang menarik. u r welcome bro Khir Khalid
DeleteUniknya medal tu! Tahniah Eyda berjaya tamatkan larian 12km. Hebat tu. Saya belum pernah lagi menyertai mana-mana larian. Hati teringin juga cuma risau pancit di tengah jalan :D
ReplyDeletememang unik sangat medal tu..terima kasih Ernie, saya berjaya juga habiskan larian 12km tu.. satu pencapaian baru yang saya sendiri tak percaya..
DeleteErnie boleh mulakan dengan mencuba Fun Run 5km..larian tu ramai yang berjalan, boleh saja biasakan diri untuk aktif berlari. pancit tu cuma pada imaginasi kita, sebenarnya semua orang mampu berlari.
tahniah buat rakan sepejabat eyda..dan tahniah buat eyda juga.semangat kuat ni.
ReplyDeleteterima kasih Mar Mansor, eyda pun tak sangka dapat menamatkan larian ini dengan baik walaupun macam-macam rasa ketika berlari tu..
DeleteBest jugak kan tp dah lama tak beraktiviti camni takut pancit pulak nanti
ReplyDeletebest azirah, cuba lah join fun run 5km tu.. in shaa Allah boleh, kalau rasa macam nak pancit, cuba berjalan relaxkan diri skit..
DeleteWah bestnya dpt join berlari. Sy dulu bolehlah berlari jauh jauh..sejak ade semput x boleh nak lari jauh jauh sangat
ReplyDeletebest sangat mimi azirah.. cuba join yang fun run 5km, in shaa Allah boleh atasi semput tu sedikit demi sedikit..
DeleteSeronoknya kak eydaaaa, nih kalau uyul nih mahu semputt hahhaha.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
seronok sangat tau Uyul..cuba lah join yang fun run 5km, kalau boleh jangan pikir bab semput tu..
Deletesebenarnya semua orang mampu berlari, cuma pemikiran kita cepat sangat fikir yang negatif..kecuali laa orang tu ada sakit jantung dan seangkatan dengannya yang tidak boleh aktif bersukan..
Tahniah Eyda...apapun..please keep fit..jaga kesihatan...
ReplyDeleteterima kasih kak SA.. baik kak SA, akan cuba jaga kesihatan sebaik yang boleh..
Deletetahniah kak eyda banyak dah medal di kumpul tu
ReplyDeleteterima kasih Ekin..ermm dah banyak medal kat umah tu Ekin..sampai bersusun kat dinding bilik.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..