Tragedi 2 Ogos 2017
8/28/2017 09:47:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semua orang pastinya ada detik sedih di dalam hidup. Adakalanya ianya bertimpa-timpa melanda di dalam diri kita.
Apapun kita jangan cepat menyalahkan takdir, sesungguhnya apa yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tidak kurang juga sebagai ingatan buat kita sebagai insan yang adakalanya sedikit lalai kepadaNya.
KEMALANGAN 2 OGOS 2017
Tarikh keramat 2 Ogos 2017 jam 7.10 malam. Satu detik yang tidak dapat Eyda lupakan. Pada hari tersebut merupakan hari Rabu dan juga merupakan hari bekerja. Memandangkan hari tersebut Eyda tidak mengambil anak, makanya Eyda pulang sedikit lewat.
Setibanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran SMKA Al Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang Eyda berhenti kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Eyda seperti biasa dengan tenang menantikan lampu isyarat bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, kereta Eyda bergerak secara perlahan-lahan mengikut kereta Toyota Hilux milik PBA Pulau Pinang yang berada di sebelah kanan Eyda untuk meneruskan perjalanan.
Ketika kereta Eyda sedikit ke hadapan, Eyda perasan kereta Proton Persona dengan lajunya meluncur laju menuju ke arah kereta Eyda.
Dengan tangkas Eyda menekan brek sambil membelok stereng ke arah kiri bagi mengelak kereta Proton Persona tersebut.
Walaubagaimanapun kemalangan tetap berlaku tetapi dengan impak yang agak kurang, kesan daripada tindakan pantas Eyda.
Jika Eyda tidak bertindak sebegitu, pastinya enjin kereta Eyda akan rosak lebih teruk dan kereta Eyda akan menghentam pintu kereta Proton Persona tersebut. Mungkin akan mengenai isteri pemandu kereta Proton Persona tersebut.
Ketika kejadian baru berlaku, Eyda sempat mendapatkan telefon dan merakamkan gambar ini untuk simpanan Eyda. Tanpa Eyda sedari bahawa gambar ini menunjukkan lampu isyarat tersebut belum bertukar merah pada ketika itu.
Lampu isyarat ketika Eyda sempat rakamkan sebelum keluar dari kereta |
Pintu pemandu dan penumpang sebelah kiri tidak dapat dibuka sepenuhnya, hanya dapat buka separuh sahaja. Nasib badan Eyda agak kecik, maka Eyda dapat meloloskan diri keluar dari kereta.
Keadaan kereta ketika kemalangan |
Keadaan kereta dari sudut lain |
Ketika itu, pemandu kereta Proton Persona tersebut meminta maaf dan menyatakan bahawa dia bersalah kerana mengejar lampu isyarat.
Antara kerosakan yang dialami |
Memandangkan kereta Eyda tidak dapat dihidupkan kerana enjin kereta mati secara tiba-tiba ketika Eyda hendak keluar dari kereta, maka Eyda terpaksa menggunakan khidmat kereta tarik untuk dibawa ke balai polis dan bengkel.
Urusan melaporkan kemalangan tersebut memakan masa yang lama. Eyda selamat sampai di rumah sekitar jam 10.30 malam bersama ayah Eyda.
Keesokkan harinya Eyda terpaksa meminjam kereta ayah sehingga urusan membaiki kerosakan kereta Eyda siap.
Selang hari ke 5 Eyda kemalangan, tiba-tiba ada kenderaan melanggar lari berhampiran rumah Eyda dan mengenai bahagian belakang kereta ayah dan mengenai lampu belakang sebelah kanan dan bumper sebelah kanan sedikit terjejas.
Setelah seminggu iaitu pada 9 Ogos 2017, kereta Eyda masih tersadai di bengkel tanpa sebarang pembaikan. Urusan melibatkan pihak polis pun tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana pemandu kereta Proton Persona membuat laporan polis yang dia tidak bersalah.
Kiranya laporan polis memang agak lambat kami terima. Kemudian ayah Eyda membuat keputusan cuba untuk membawa pulang kereta tersebut ke rumah untuk dibaiki di bengkel berhampiran rumah.
Nasib kereta Eyda itu, dapat dihidupkan dengan bantuan pekerja bengkel. Itu pun setelah beberapa wayar disambungkan.
Barulah Eyda tahu bahawa enjin kereta Eyda rupanya tak terjejas cuma bahagian badan enjin kereta sahaja yang terjejas agak teruk.
Selepas beberapa hari kereta Eyda dibaiki, Alhamdulillah pada 14 Ogos 2017 kereta Eyda dapat dibawa pulang ke rumah. Alhamdulillah tak sampai 2 minggu kereta Eyda dapat digunakan kembali.
Keadaan kereta setelah dibaiki dengan kos sendiri |
Memang terlalu banyak tragedi kemalangan berlaku dalam waktu terdekat ini. Salah satunya kereta mak sedara Eyda kemalangan dua hari sebelum Eyda kemalangan juga berlaku di persimpangan lampu isyarat.
Selain itu, kakak di pejabat Eyda juga kemalangan hari Sabtu yang lalu. Moga kami tabah dan tidak terlalu fobia apabila memandu di jalan raya.
INFO
Jika berlaku sebarang kemalangan, cuba kumpulkan segala maklumat secukupnya seperti maklumat pemandu kenderaan yang terlibat dengan anda seperti nombor kenderaan, jenis kenderaan, nombor telefon dan maklumat pengenalan diri.
Selain itu, kita juga boleh merakamkan gambar keadaan kenderaan, gambar cukai jalan kenderaan yang turut sama terlibat.
Laporkan segera kemalangan yang berlaku ke pejabat polis trafik yang berhampiran. Sebaiknya laporan kemalangan perlulah dilakukan dalam masa 24 jam setelah kemalangan berlaku.
12 comments
alhamdulillah..eyda xapa2,..:)
ReplyDeletealhamdulillah, tapi fobia tu masih terasa terutamanya berada di persimpangan tu..
Deleteishhhh la...
ReplyDeletepas2 tak dpt claim apa2 ka kt persona tu..
tu laa pasalnya, terasa jugak laa bila jadi macam nih.. bertimpa-timpa..
DeleteAstagfirullah.. apa pun syukurlah tiada yg lebih memburukkan berlaku. Mujur Eyda sedar kedatangan kereta tu dan sempat ambil tindakan pantas. Tp tulah, ralat juga bila pemandu tu buat laporan tak bersalah.. tak eloklah klu dah salah buat mcm tu hmmm...
ReplyDeleteitulah, alhamdulillah tak ada yang serius jadi kat Eyda..memang ralat sangat Khir Khalid bila jadi macam ni..tak apa laa, biar laa orang nak buat kat kita macam tu..
DeleteAlhamdulillah... Tak de ape2 yang serius jadi kat eyda... Macam2 boleh jadi kan... Dalam pada kita berhati2 terkena jugak...
ReplyDeletealhamdulillah, nasib diri tak ada apa-apa.. ya macam-macam boleh jadi..kita berhati-hati pun kadang boleh jadi juga..
DeleteEyda, maaf baru sekarang dapat berkunjung dan baca mengenai kemalangan ni. Alhamdulillah eyda tak apa-apa dan kereta dah selesai dibaiki. Take care of yourself :)
ReplyDeletetak apa Farrah, faham.. alhamdulillah Eyda tak apa-apa dan dah selesai semuanya walaupun terpaksa keluarkan kos sendiri..thanks Farrah..
DeleteAlhamdulillah. Mujur Eyda xde pape. Cuma terkilan sbb pemandu tu sanggup meniou sebab nak lepas dari kena tindakan. Selalunya macam tuh..Dah buat salah tp bila buat laporan twist cerita. Ermmm
ReplyDeleteAlhamdulillah Mimi.. tu laa memang terkilan sangat bila tahu jadi macam tu..ya setuju pemandu tu nak elak tindakan dikenakan ke atas dia..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..