berlari

SP Half Marathon 2017

9/29/2017 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aktviti sihat Eyda disambung kembali dengan aktiviti berlari. Aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak.

Untuk kali ini, aktiviti berlari Eyda ini terpaksa bergerak agak perlahan bagi mengikut anak-anak yang turut sama sertai aktiviti berlari. Kiranya agak santai aktiviti kali ini.


SP HALF MARATHON 2017

SP Half Marathon 2017 ini merupakan tahun ke 4 penganjurannya. Kali pertama acara ini dianjurkan pada tahun 2014. Acara ini kini menjadi acara tahunan dan ianya diadakan pertengahan bulan September setiap tahun.

SP Half Marathon ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Half Marathon (21 km), 12 km dan Fun Run 5 km. Bagi kategori Half Marathon ianya terbuka kepada peserta daripada negara luar. Manakala kategori Fun Run pula banyak disertai oleh pelajar sekolah.

SP Half Marathon 2017 ini sepatutnya dijadualkan diadakan pada 16 September 2017. Ianya terpaksa ditangguhkan ke 23 September 2017 berikutan kemangkatan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 September 2017.

Berikutan kemangkatan Sultan Kedah, sebarang acara keraian, keramaian terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan selama seminggu. Oleh yang demikian, semua acara terpaksa dilakukan selepas 17 September 2017.

Disebabkan itu, pihak penganjur SP Half Marathon 2017 menukar acara ini ke 23 September 2017. Walaupun ianya ditangguhkan, sambutan yang diterima daripad para peserta juga amat baik.

Tidak dinafikan ada yang tidak dapat menyertai acara ini kerana pertindihan tarikh dengan acara lain yang telah didaftarkan pada tarikh yang sama.

SP Half Marathon 2017 ini juga menampilkan peserta daripada luar negara. Kiranya acara ini tidak hanya tertumpu pada peserta dari dalam negara sahaja.

Seperti biasa pemandangan sekitar acara berlangsung akan Eyda rakamkan untuk simpanan dan kenangan buat Eyda.

Dapat memegang medal antara salah satu terapi buat diri Eyda, disamping untuk aktif dan sihat. Inilah salah satu cara untuk Eyda mengisi masa dihujung minggu yang mampu memberi kepuasan untuk diri sendiri.

Dapat juga posing di sini

Bila acara larian berlangsung di hari anak bercuti, Eyda akan dedahkan anak-anak dengan aktiviti sihat ini. Lagi pun anak-anak pun memang teruja nak turut sama sertai larian atau jalan seperti ini.

Sebelum acara bermula, posing dulu sementara muka masih segar bugar

Cantik pula gambar jam di Dataran Sungai Petani nih, dilimpahi cahaya lampu jalan.

Dataran Zero, Sungai Petani

Berdebar nak mulakan acara larian walaupun hanya banyak berjalan di sepanjang laluan sepanjang 5 km sambil menemani Izzat dan memberi semangat untuk dia habiskan acara.

Tempat permulaan dan akhir acara larian SP Half Marathon

Selfie lagi, banyak sungguh masa sementara nak menunggu acara Fun Run 5km bermula. Yang baju warna ungu tu mewakili pelajar sekolah berumur di bawah 17 tahun ya.

Selfie lagi

Inilah satu-satunya gambar bersama anak bujang Eyda, Izzat yang sempat dirakamkan semasa acara berlangsung. Memang nampak santai sangat kan.

Selfie dengan si abang Izzat

Izzat muka dah tak manis, asyik ajak nak balik jer. Nasib laa sempat juga berposing beberapa keping gambar di sini.

Selfie satu keluarga

Jenuh nak tunggu orang tak ada di belakang tu, inilah antara gambar yang agak lengang dari orang. Hehehe.

Selfie lagi, asyik ada orang jer duduk kat situ

Nak selfie juga dengan medal ke 12 pada tahun ini. Nampaknya makin bertambah koleksi medal Eyda. Nanti hujung tahun Eyda tunjuk semua koleksi medal yang telah berjaya dikumpulkan.

Alhamdulillah berambah lagi medal
Nasib baik sijil ni diletakkan di dalam plastik. Masa kami terima goodies bag, bahagian bawah beg sedikit basah, mungkin sebab terkena tempias hujan di awal pagi sebelum acara dimulakan.

Medal dan sijil penyertaan

Catatan masa yang hampir menyamai catatan masa berjalan Penang Starwalk 2017 yang lalu. Nampak sangat banyak berjalan dari berlari.

Catatan masa yang hampir menyamai catatan masa Penang Starwalk 2017

Untuk acara akan datang, Eyda nak lari seperti biasa. Kepuasan berlari itu pasti terasa bila dapat berlari mengikut target masa yang telah ditetapkan buat diri sendiri.



kedai makan

Laksa Tumis Seafood Iejazol

9/28/2017 09:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Laksa pastinya ada peminatnya yang tersendiri, laksa utara antara salah satu menu yang menjadi kegemaran penggemarnya.

Bagi penduduk sekitar Kulim dan Lunas, Kedah apa kata korang singgah ke Laksa Tumis Seafood, Iejazol. Kuah laksanya ditumis ini memberi kelainan selain ditambah dengan bahan tambahan di dalam hidangannya. 

Anda boleh memilih hidangan yang ingin ditambah dalam laksa pilihan anda itu. Anda boleh memilih hidangan laksa ini ditambah sama ada dengan sambal udang, sambal sotong atau sambal seafood.

Harga Laksa Tumis di sini sekitar RM3.50 - RM6.00 bergantung pada bahan yang ditambah di dalam Laksa Tumis itu sendiri.

Laksa Tumis Seafood

Laksa Tumis Sotong

Selain laksa tumis, korang boleh juga memilih menu yang lain. Antaranya set nasi bawal goreng, set nasi keli goreng, dan set nasi ayam goreng. Ayam ni korang boleh pilih sama ada ayam biasa atau ayam kampung.

Set Nasi Bawal Goreng

Set Nasi Ayam Goreng

Set Nasi Keli Goreng

Bukan itu saja, korang juga boleh memilih makanan yang agak ringan seperti roti canai. Pelbagai jenis roti canai boleh anda pilih di sini.

Roti Canai

Berseleranya Kimie makan roti canai di sini. Ini baru menu lapik perut Kimie sebelum disusuli dengan Nasi Ayam Goreng.

Sedapnya Kimie makan

Pelbagai pilihan kita boleh pilih di sini. Kiranya tak payah nak gaduh la kalau tekak masing-masing tak sama kan. Masih boleh menjamu selera ikut tekak masing-masing.

Kedai ini dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga ke 10.00 malam. Hari Jumaat tutup ya. Kalau nak singgah waktu malam jangan lewat sangat, takut ada menu yang dah habis terutamanya laksa tumis.




Laksa Tumis Seafood Iejazol
Lorong Tiram 5/5, 
Taman Tiram,
09600 Lunas, Kedah

Facebook : Laksa Tumis Seafood Iejazol



Mee Tarik Warisan Asli di Kulim, Kedah

9/27/2017 09:43:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Berita baik bagi penduduk sekitar Kulim, Kedah. Mee Tarik Warisan Asli kini telah pun dibuka di Landmark Kulim atau kini dikenali sebagai Kulim Centre.

Eyda pun kebetulan tahu adanya restoran Mee Tarik Warisan Asli ni bila mana Eyda belanja anak-anak menonton wayang sebagai upah untuk Eyda pergi lawatan kerja ke Kelantan dan Terengganu.

Mee Tarik Warisan Asli ini dibuka di tingkat bawah berhampiran tangga escalator ke tingkat atas Landmark Kulim atau Kulim Centre nih. Dahulunya kawasan tempat letak kenderaan bagi Landmark Kulim atau Kulim Centre itu sendiri.

Mee Tarik Warisan Asli, Kulim

Kebetulan masa Eyda pergi ke restoran Mee Tarik Warisan Asli ini, ianya baru dibuka beberapa hari sebelumnya. Kiranya masih baru lagi restoran ini dibuka kepada para pelanggan.

Cantik jer hiasan dalamannya

Bila nak belanja tu, ada saja laa menu yang bermain di mulut anak-anak. Akhirnya anak memilih menu Mee Soup With Braised Beef untuk Kimie, Lamen Soup With Sliced Beef untuk Izzat.

Mee Soup With Braised Beef

Mee Soup With Sliced Chicken (salah terima order sepatutnya Lamen Soup With Sliced Beef)

Untuk kunjungan kali kedua barulah Eyda makan, menu Rice With Braised Chicken menjadi pilihan hati Eyda. Untuk kunjungan kali kedua, Izzat baru dapat Lamen Soup With Sliced Beef sepertimana yang dia salah terima order masa kali pertama kami ke sini.

Rice With Braised Chicken

Jumlah harga untuk menu kami bertiga sepertimana resit kat bawah ni, bolehlah sesekali nak makan di sini. Kalau kerap, pengsan Eyda. Hehehe.

Jumlah kos makanan kami


Gambar kat bawah nih memang kunjungan kami kali kedua ke restoran Mee Tarik Warisan Asli. Menu yang dipesan pun sama dengan kunjungan kali pertama.

Berseleranya Kimie makan

Berselera tengok anak-anak makan Mee Tarik nih. Sampai tak sempat nak ambil gambar menu, nasib laa gambar masa kunjungan kali pertama tu ada.

Samalah dengan Izzat ni, berselera.

Tak sangka anak-anak suka dengan mee tarik nih. Kali pertama Eyda belanja diaorang masa bawa anak-anak ke Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu. Masa tu memasing tak berapa suka mee tarik nih.


Penang Starwalk 2017

9/26/2017 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda sertai acara berjalan, asyik lari jer kan. Apa salahnya sesekali bertukar acara sikit.
 
PENANG STARWALK 2017

Acara Penang Starwalk 2017 kali ini telah pun dihadiri lebih daripada 20,000 peserta. Para pelajar sekolah dan kakitangan syarikat swasta antara peserta yang meramaikan acara ini.

Penang Starwalk 2017 ini telah pun diadakan pada 10 September 2017 iaitu pada hari Ahad bertempat di hadapan Gurney Paragon Mall, Gurney Drive.

Acara ini telah dilepaskan oleh Datuk Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada jam 7.00 pagi.

Penang Starwalk merupakan acara tahunan yang diadakan dan dianjurkan oleh pihak The Star dan ia pernah diadakan di Penang Times Square, George Town. Untuk edisi ke-40 ini, pihak The Star telah bertukar ke lokasi baru iaitu di Gurney Paragon Mall, Gurney Drive.

Selfie di tulisan Gurney Paragon

Jarak dan laluan Penang Starwalk 2017 ini ialah sejauh 7km. Nampaknya berjalan santai laa sejauh 7km tu. Jom tengok pelan laluan yang disediakan oleh pihak The Star.

Pelan laluan acara Penang Starwalk 2017

Memang ramai betul peserta acara Penang Starwalk nih, jom tengok antara peserta yang ada berhampiran Eyda pada pagi tu.


Sebahagian peserta yang menyertai acara Penang Starwalk 2017

T-Shirt bagi acara ini ditaja oleh pelbagai pihak, boleh nampak di belakang t-shirt yang dipakai oleh para peserta yang berjalan bagi acara Penang Starwalk 2017 ini.

Banyak penaja t-shirt Penang Starwalk 2017

Tenang jer rasa berada kat kawasan perumahan berhampiran Tesco Tanjung Tokong nih. Sempat laa selfie sekeping untuk diri sendiri.

Selfie sekeping, tenang ja jalan kat kawasan perumahan selepas Tesco Tanjung Tokong

Jangan tak tahu, acara sebegini juga tidak dilepaskan ibu bapa bersama anak kecil. Mereka sanggup menolak stroller bersama mereka. Pemandangan ini juga dianggap biasa kalau sertai acara fun run.

Siap ada ibu bapa yang bawa stroller berjalan bersama
Akhir sekali sebelum sampai ke garisan penamat, selfie sekeping lagi pada mercu tanda di bulatan Gurney Drive. Cantik jer arca tu kan.

Selfie lagi, aktiviti berjalan ni banyak masa untuk selfie

Akhirnya hampir sampai juga ke garisan penamat dalam beberapa meter saja lagi di hadapan. Rasa lega sangat dah nampak garisan penamat.

Yeay hampir sampai ke garisan penamat

Sesampainya di garisan penamat, semua peserta diberikan surat khabar Star, sijil penyertaan dan nombor cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah disediakan sehingga 120 hadiah. Tapi malangnya nombor Eyda ni tak bertuah.

Surat khabar Star, sijil penyertaan dan nombor cabutan bertuah

Catatan masa dan kalori yang dicatatkan melalui aplikasi Runkeeper. Rupanya banyak juga kan kalori yang berjaya disingkirkan. Bila tengok masa tu, rupanya agak cepat juga Eyda berjalan.

Catatan masa yang dicatatkan melalui aplikasi Runkeeper

Banyak barangan yang Eyda terima ketika urusan pengambilan Race Kit pada hari sebelum acara Penang Starwalk 2017 ini diadakan. Semua ini adalah sumbangan daripada sebahagian para penaja acara ini.

Barangan yang ada bersama Race Kit yang Eyda ambil

Baju t-shirt Penang Starwalk 2017 Eyda ini ditaja oleh pihak Spritzer. Lupa pula nak snap gambar di bahagian belakang t-shirt Eyda tu. Terima kasih kepada semua penaja yang menaja acara ini.





resepi

Resepi Nasi Goreng 3 Minit oleh Kimie

9/18/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak kongsi perihal anak Eyda si Kimie tu. Baru-baru ini, Kimie ada bagitau yang dia nak masak nasi goreng untuk Eyda makan.

Jadinya, Kimie terus ke dapur dan ambil semua bahan, cuma bawang jer dia minta Eyda potongkan. Lainnya dia buat sendiri. Dapat juga Eyda merasa air tangan anak sendiri kan.

Sebenarnya, inilah nasi goreng paling mudah yang boleh disiapkan dalam masa 3 minit sahaja. Bahan pun agak mudah, ikut kepada selera masing-masing.

Kalau ikutkan, resepi ini sesuai untuk kanak-kanak yang minat untuk belajar memasak. Sebagai perangsang untuk dia masak lagi di masa akan datang.


RESEPI NASI GORENG 3 MINIT



Bahan-bahan
Nasi 
Seulas Bawang Besar (saiz kecil) / Bawang Merah
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Chili Flakes (ikut kesukaan)
Minyak 
* Tambahkan ayam, daging dan sebagainya jika suka.

Cara-caranya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
2. Masukkan bawang besar / bawang merah yang dipotong halus ke dalam minyak yang dipanaskan.
3. Setelah bawang telah naik bau, masukkan sos tiram ke dalam kuali dan kacau rata (tambahkan ayam dan daging sekiranya suka).
4. Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan chili flakes dan gaul sebati bersama nasi tadi.
6. Siap! Nasi goreng sedia untuk dinikmati.





Mudah sangat nasi goreng nih, tak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaannya. Kanak-kanak pun mampu memasak dengan pengawasan orang dewasa.



larian

The Colourful Run 2.0 2017

9/11/2017 04:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rajin betul kan Eyda sertai larian semenjak dua menjak ni. Semangat berlari Eyda ini diteruskan lagi dengan The Colourful Run 2.0. Kiranya larian kali ini melibatkan peserta normal dan juga yang mengalami masalah pendengaran.



Larian The Colourful Run 2.0 telah pun diadakan pada 27 Ogos 2017 yang lalu. Larian ini merupakan kali kedua diadakan setelah diadakan buat pertama kali pada tahun 2016.

The Colourful Run ini diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Pekak Pulau Pinang (PDA) untuk projek mengumpul dana bagi menyokong pendidikan dan pembangunan masyarakat pekak. Acara laria ini juga diadakan bersempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa.

Sebenarnya Eyda agak teragak-agak untuk sertai larian ini. Beberapa kali Eyda tengok larian ini dalam senarai, tapi Eyda tak juga mendaftar.

Tapi akhirnya, ada rakan sepejabat Eyda yang melanjutkan pelajaran teringin nak sertai, maka akhirnya Eyda daftar juga larian ini bagi menemaninya berlari bersama.

Posing jangan tak posing

Macam biasa, acara posing haruslah ada dalam kamera kan. Kali pertama Eyda berlari dengan sahabat Eyda nih, tanya lagi bab larian ni. Eyda nih pantang ajak jer, in shaa Allah jadi kalau tak ada clash dengan jadual larian atau aktiviti yang lain.

Inilah sahabat yang Eyda nak teman

Sebahagian peserta larian The Colourful Run 2.0 ini. Jangan tak tahu, majoriti peserta yang berada di kiri gambar tu merupakan peserta OKU masalah pendengaran. Boleh tengok diaorang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. 

Sebahagian peserta The Colourful Run 2.0

Run Happy, jadi larilah dengan gembira sepanjang perjalanan ini. Seronok sebenarnya berlari sambil tengok bangunan lama dan pemandangan indah sepanjang laluan larian.

Ni jalan ke lari dik?

Eyda suka tengok pemandangan di Padang Kota Lama nih, tenang jer rasa suasana ketika itu, sini banyak jalan laju sambil ambil gambar.

Suka tengok view ni di pagi hari

Gigih nak ambil gambar mercu tanda menarik pada bulatan tu. Maaf gambar kurang jelas, sebab tak betul-betul berhenti. 
Posing dulu sambil nampak mercu tanda di belakang tu

Alhamdulillah berjaya juga habiskan larian mengikut target masa yang Eyda tetapkan untuk diri sendiri. Walaupun dalam 2km terakhir Eyda dan beberapa peserta hampir dilanggar kereta yang tiba-tiba membelok masuk ke arah laluan kami berlari.

Bawah sejam, purata sekitar 8min/km

Posing terus lepas sampai ke garisan penamat bersama dengan medal ke-11 untuk tahun ini. Ermm Eyda memang tak sangka, asalnya dari suka-suka dah jadi sebahagian hobi Eyda untuk aktif dan sihat. Masih ada beberapa larian lagi yang telah didaftarkan dalam tahun ini.

Alhamdulillah medal ke 11

Larian kali ini ada sijil selain dari medal. Sebenarnya ada juga larian yang tidak memberikan sebarang sijil, hanya mendapat medal sahaja. Tidak kurang juga yang memberikan e-certificate, itu okay juga boleh cetak sendiri.

Medal dan sijil The Colourful Run 2.0

Punya tak tahu nak posing kat mana, dalam kereta juga yang jadi kerja kami berdua. Ada juga kenangan bergambar berdua bersama dengan medal.

Posing dalam kereta pun jadi

Sebenarnya Eyda ketika itu agak mengejar masa, dah kena tinggal untuk ikut lawatan kerja. Terpaksa berkejaran untuk pickup point seterusnya. Destinasinya, tunggu entry akan datang.



hari raya aidiladha

Ketupat Ohh Ketupat

9/07/2017 01:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dah seminggu kita merayakan Hari Raya Aidiladha. Macam mana dengan raya korang pada tahun ini?

Bagi Eyda sekeluarga, ianya sedikit suram kerana pertama kali beraya Hari Raya Aidiladha tanpa emak. Kiranya genap setahun emak Eyda mula kurang sihat.

Walaubagaimanapun, raya Aidiladha kali ini kakak Eyda pulang beraya di sini dulu memandangkan tahun ini kakak ambil bahagian korban yang kami kumpul bersama ibu dan bapa saudara bagi mendapatkan seekor lembu. Raya pula kena di penghujung cuti sekolah, jadinya kakak sekeluarga balik beraya di sini.

Sehari sebelum kakak pulang ke kampung, dia dah bagitau Eyda yang dia dah tempah ketupat, kiranya raya kali ini tak perlu fikir pasal ketupat.

Tapi nak jadi cerita pagi hari Kemerdekaan dalam perjalanan balik ke kampung, kakak Eyda bagitahu yang dia tertinggal ketupat yang dah ditempah di dalam peti ais rumahnya.

Apa lagi agak kecoh sedikit bab ketupat, akhirnya kami bersepakat nak buat saja ketupat memandangkan ada pulut di rumah.

Nasiblah raya Aidiladha tahun lepas, kakak Eyda sempat belajar sepenuhnya membalut ketupat daun palas dengan mak. Alhamdulillah kakak Eyda dapat buat sendiri.

Kiranya di pagi hari Kemerdekaan tu Eyda bertungkus lumus mencari bahan untuk memasak untuk raya dan juga untuk ketupat. Nasib daun palas ayah ada tanam, kiranya tak perlulah beli.

Ketupat yang kami berjaya balut

Alhamdulillah usaha kami berdua membalut ketupat berjaya, walaupun ada juga yang kurang kemas balutannya. Ini merupakan kali pertama Eyda berjaya membalut ketupat. Gara-gara tahun lepas tak mau belajar bersungguh-sungguh. Hahaha.

Ketupat pertama yang Eyda balut

Rasanya raya tahun depan boleh ambil tempahan tak? Hahaha berangan je lebih kan. Apapun dah tahu cara membalut ketupat dengan betul bolehlah tahun depan belajar buat ketupat sendiri. Harap tahun depan rajin macam tahun ini.




Blog yang Diikuti