Ketupat Ohh Ketupat

9/07/2017 01:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dah seminggu kita merayakan Hari Raya Aidiladha. Macam mana dengan raya korang pada tahun ini?

Bagi Eyda sekeluarga, ianya sedikit suram kerana pertama kali beraya Hari Raya Aidiladha tanpa emak. Kiranya genap setahun emak Eyda mula kurang sihat.

Walaubagaimanapun, raya Aidiladha kali ini kakak Eyda pulang beraya di sini dulu memandangkan tahun ini kakak ambil bahagian korban yang kami kumpul bersama ibu dan bapa saudara bagi mendapatkan seekor lembu. Raya pula kena di penghujung cuti sekolah, jadinya kakak sekeluarga balik beraya di sini.

Sehari sebelum kakak pulang ke kampung, dia dah bagitau Eyda yang dia dah tempah ketupat, kiranya raya kali ini tak perlu fikir pasal ketupat.

Tapi nak jadi cerita pagi hari Kemerdekaan dalam perjalanan balik ke kampung, kakak Eyda bagitahu yang dia tertinggal ketupat yang dah ditempah di dalam peti ais rumahnya.

Apa lagi agak kecoh sedikit bab ketupat, akhirnya kami bersepakat nak buat saja ketupat memandangkan ada pulut di rumah.

Nasiblah raya Aidiladha tahun lepas, kakak Eyda sempat belajar sepenuhnya membalut ketupat daun palas dengan mak. Alhamdulillah kakak Eyda dapat buat sendiri.

Kiranya di pagi hari Kemerdekaan tu Eyda bertungkus lumus mencari bahan untuk memasak untuk raya dan juga untuk ketupat. Nasib daun palas ayah ada tanam, kiranya tak perlulah beli.

Ketupat yang kami berjaya balut

Alhamdulillah usaha kami berdua membalut ketupat berjaya, walaupun ada juga yang kurang kemas balutannya. Ini merupakan kali pertama Eyda berjaya membalut ketupat. Gara-gara tahun lepas tak mau belajar bersungguh-sungguh. Hahaha.

Ketupat pertama yang Eyda balut

Rasanya raya tahun depan boleh ambil tempahan tak? Hahaha berangan je lebih kan. Apapun dah tahu cara membalut ketupat dengan betul bolehlah tahun depan belajar buat ketupat sendiri. Harap tahun depan rajin macam tahun ini.




You Might Also Like

6 comments

  1. mkn sdap..nak blut tu yg malas..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada vitamin rajin tu Normi Nieza baru boleh balut ketupat tu.. hehehe..

      Delete
  2. kecoh bab ketupat..tapi akhirnya buat sendiri ye..terbaik..
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa mar, tak pasal-pasal kecoh bab ketupat.. nasib akhirnya menjadi juga ketupat tu..

      Delete
  3. laaa tertinggal lah pulak
    xpe mujur kome2 dah pandai buat sempatlah belajar ngan arwah mak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah hikmahnya, kalau tak sampai hari ni masing-masing tak pandai-pandai balut ketupat..hehehe..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti