Mee Tarik Warisan Asli di Kulim, Kedah

9/27/2017 09:43:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Berita baik bagi penduduk sekitar Kulim, Kedah. Mee Tarik Warisan Asli kini telah pun dibuka di Landmark Kulim atau kini dikenali sebagai Kulim Centre.

Eyda pun kebetulan tahu adanya restoran Mee Tarik Warisan Asli ni bila mana Eyda belanja anak-anak menonton wayang sebagai upah untuk Eyda pergi lawatan kerja ke Kelantan dan Terengganu.

Mee Tarik Warisan Asli ini dibuka di tingkat bawah berhampiran tangga escalator ke tingkat atas Landmark Kulim atau Kulim Centre nih. Dahulunya kawasan tempat letak kenderaan bagi Landmark Kulim atau Kulim Centre itu sendiri.

Mee Tarik Warisan Asli, Kulim

Kebetulan masa Eyda pergi ke restoran Mee Tarik Warisan Asli ini, ianya baru dibuka beberapa hari sebelumnya. Kiranya masih baru lagi restoran ini dibuka kepada para pelanggan.

Cantik jer hiasan dalamannya

Bila nak belanja tu, ada saja laa menu yang bermain di mulut anak-anak. Akhirnya anak memilih menu Mee Soup With Braised Beef untuk Kimie, Lamen Soup With Sliced Beef untuk Izzat.

Mee Soup With Braised Beef

Mee Soup With Sliced Chicken (salah terima order sepatutnya Lamen Soup With Sliced Beef)

Untuk kunjungan kali kedua barulah Eyda makan, menu Rice With Braised Chicken menjadi pilihan hati Eyda. Untuk kunjungan kali kedua, Izzat baru dapat Lamen Soup With Sliced Beef sepertimana yang dia salah terima order masa kali pertama kami ke sini.

Rice With Braised Chicken

Jumlah harga untuk menu kami bertiga sepertimana resit kat bawah ni, bolehlah sesekali nak makan di sini. Kalau kerap, pengsan Eyda. Hehehe.

Jumlah kos makanan kami


Gambar kat bawah nih memang kunjungan kami kali kedua ke restoran Mee Tarik Warisan Asli. Menu yang dipesan pun sama dengan kunjungan kali pertama.

Berseleranya Kimie makan

Berselera tengok anak-anak makan Mee Tarik nih. Sampai tak sempat nak ambil gambar menu, nasib laa gambar masa kunjungan kali pertama tu ada.

Samalah dengan Izzat ni, berselera.

Tak sangka anak-anak suka dengan mee tarik nih. Kali pertama Eyda belanja diaorang masa bawa anak-anak ke Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu. Masa tu memasing tak berapa suka mee tarik nih.


You Might Also Like

8 comments

  1. Yg dekat sunway xbuka lagi.. nnti nak try hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunway Carnival Mall ke Mellya? pi laa rasa yang kat Giant Kulim ni dulu..

      Delete
  2. Replies
    1. pergi Giant boleh laa singgah nanti..

      Delete
    2. Tu lama tak p giant.. Nanti kena boleh singgah..

      Delete
    3. kalau p Giant tu, boleh laa singgah.. tak kan nak singgah semata-mata nak makan mee tarik tu jer..

      Delete
  3. penah makan ari tu..ms kita jumpa kat mydin btwh kan..
    mahal nau nau mee tarik ni..lau mkn satu family mau ratus jugak uiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kat Mydin Jalan Baru, Perai. memang mahal jugak laa, makan sekali setahun boleh laa. macam El, boleh cecah angka ratus tu kalau makan satu family.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti