The Colourful Run 2.0 2017
9/11/2017 04:47:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rajin betul kan Eyda sertai larian semenjak dua menjak ni. Semangat berlari Eyda ini diteruskan lagi dengan The Colourful Run 2.0. Kiranya larian kali ini melibatkan peserta normal dan juga yang mengalami masalah pendengaran.
Larian The Colourful Run 2.0 telah pun diadakan pada 27 Ogos 2017 yang lalu. Larian ini merupakan kali kedua diadakan setelah diadakan buat pertama kali pada tahun 2016.
The Colourful Run ini diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Pekak Pulau Pinang (PDA) untuk projek mengumpul dana bagi menyokong pendidikan dan pembangunan masyarakat pekak. Acara laria ini juga diadakan bersempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa.
Sebenarnya Eyda agak teragak-agak untuk sertai larian ini. Beberapa kali Eyda tengok larian ini dalam senarai, tapi Eyda tak juga mendaftar.
Tapi akhirnya, ada rakan sepejabat Eyda yang melanjutkan pelajaran teringin nak sertai, maka akhirnya Eyda daftar juga larian ini bagi menemaninya berlari bersama.
Posing jangan tak posing |
Macam biasa, acara posing haruslah ada dalam kamera kan. Kali pertama Eyda berlari dengan sahabat Eyda nih, tanya lagi bab larian ni. Eyda nih pantang ajak jer, in shaa Allah jadi kalau tak ada clash dengan jadual larian atau aktiviti yang lain.
Inilah sahabat yang Eyda nak teman |
Sebahagian peserta larian The Colourful Run 2.0 ini. Jangan tak tahu, majoriti peserta yang berada di kiri gambar tu merupakan peserta OKU masalah pendengaran. Boleh tengok diaorang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Sebahagian peserta The Colourful Run 2.0 |
Run Happy, jadi larilah dengan gembira sepanjang perjalanan ini. Seronok sebenarnya berlari sambil tengok bangunan lama dan pemandangan indah sepanjang laluan larian.
Ni jalan ke lari dik? |
Eyda suka tengok pemandangan di Padang Kota Lama nih, tenang jer rasa suasana ketika itu, sini banyak jalan laju sambil ambil gambar.
Suka tengok view ni di pagi hari |
Gigih nak ambil gambar mercu tanda menarik pada bulatan tu. Maaf gambar kurang jelas, sebab tak betul-betul berhenti.
Posing dulu sambil nampak mercu tanda di belakang tu |
Alhamdulillah berjaya juga habiskan larian mengikut target masa yang Eyda tetapkan untuk diri sendiri. Walaupun dalam 2km terakhir Eyda dan beberapa peserta hampir dilanggar kereta yang tiba-tiba membelok masuk ke arah laluan kami berlari.
Bawah sejam, purata sekitar 8min/km |
Posing terus lepas sampai ke garisan penamat bersama dengan medal ke-11 untuk tahun ini. Ermm Eyda memang tak sangka, asalnya dari suka-suka dah jadi sebahagian hobi Eyda untuk aktif dan sihat. Masih ada beberapa larian lagi yang telah didaftarkan dalam tahun ini.
Alhamdulillah medal ke 11 |
Larian kali ini ada sijil selain dari medal. Sebenarnya ada juga larian yang tidak memberikan sebarang sijil, hanya mendapat medal sahaja. Tidak kurang juga yang memberikan e-certificate, itu okay juga boleh cetak sendiri.
Medal dan sijil The Colourful Run 2.0 |
Punya tak tahu nak posing kat mana, dalam kereta juga yang jadi kerja kami berdua. Ada juga kenangan bergambar berdua bersama dengan medal.
Posing dalam kereta pun jadi |
Sebenarnya Eyda ketika itu agak mengejar masa, dah kena tinggal untuk ikut lawatan kerja. Terpaksa berkejaran untuk pickup point seterusnya. Destinasinya, tunggu entry akan datang.
12 comments
tahniah Eyda..dah 11 medal
ReplyDeleteterima kasih El..kita bila lagi nak join bersama, selalu larian fun run ni dalam pukul 9 memang dah boleh habis.. boleh balik trus..
Deleteawk hebat
ReplyDeleteterima kasih zai.. tak hebat mana lagi ni, masih mencari stamina.. moga makin bersemangat selepas ini untuk aktif dan sihat..
DeleteFuhhh, 11 tu!
ReplyDeleteNanti bulan Nov, sy join first official run utk 2017, kali ni sempena birthday sultan perak. Doakan yeee
hanisamanina.com
Alhamdulillah bila minat menjelma, tak sangka dah kumpul 11 medal untuk tahun ini..
DeleteIn shaa Allah Hanis Amanina, kena rajin joging untuk kumpul stamina untuk berlari nanti.. Hanis join yang 10km tu ke?
dulu selalu lari petang2, tapi bila balik msia ni... hmmmm hahaha.
Deletesaya join 15km nanti
kena mula balik tu Hanis Amanina, sebab nak join 15km.. takut stamina tak cukup.. Eyda pun tak mampu lagi nak join 10km dan ke atas.. percubaan pertama larian lebih 10km pun rasa stamina masih kurang mencukupi lagi..
DeleteinsyAllah, i will! :D thank you ingatkannnnn :D :D
Deleteu r welcome Hanis Amanina.. buat tau, untuk diri sendiri juga.. takut pancit separuh jalan nanti.. kesihatan dan pemakanan pun kena jaga, bila makin dekat dengan tarikh larian..
DeleteWahhh tahniah!! Seronok tengok gambar2 larian tu.. persekitaran tenang suasana meriah.. best! :)
ReplyDeleteterima kasih bro Khir Khalid..seronok tengok pemandangan sepanjang larian tu.. sambil lari sambil layan pemandangan yang ada..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..