keluarga kecilku

Bergembira Bersama Kesayangan

10/26/2017 11:51:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kalau ada yang ingin bertanyakan kesihatan Eyda, masih belum sihat sepenuhnya. Batuk dan suara serak masih membelenggu diri. In shaa Allah, Eyda akan jaga diri Eyda sebaiknya.

Pernah tak korang rasa dalam hari yang sama, orang yang jarang hubungi korang, yang selalu hubungi korang bersilih ganti menghubungi korang. Macam sesuatu pula kan rasa hari tersebut.

Eyda merasa laa juga semalam, macam-macam orang yang menghubungi Eyda. Majoritinya Eyda jawab, tak ketinggalan ada yang tak sebab tak perasan. Hahaha macam Hari Rindu Sedunia pula.

Okeylah, lupakan hal tu, tukar topik keluarga kecil Eyda pula. Ermm memandangkan anak-anak masih dalam minggu peperiksaan. Makanya sesi melayan laa kerenah anak-anak kan. Yelah siapa lagi nak melayan kalau bukan ibu dia orang nih kan.

Biasalah kan Eyda nih, ada saja nak rakamkan gambar. Macam biasa laa, ajak anak-anak wefie. Padahal bateri telefon nak habis sesangat. Siap naik amaran tak boleh guna lampu flash. Tapi gigih nak wefie juga.

Sesi wefie bersama

Susah betul nak dapatkan semua muka cantik, hensem, kiut muit. Alang-alang korang nak rosakkan gambar, jom kita rosakkan gambar bersama-sama.


Bila bosan menunggu

Ehh ehh sibuk korang ya main game, tak apa, ibu selfie sorang-sorang. Kusyuk ja tengok diaorang main game, ibu tak mampu nak buat apa selain selfie. Bateri dah nazak.


Buat aktiviti masing-masing

Tengok laa, macam-macam rupa bila ajak welfie. Sampai ada part, gelak bila tengok muka memasing. Sampai pekerja kat situ pun tersengih-sengih tengok kami.


Muka ceria, masam, iklan gigi semua ada

Yeay, menu yang di minta sudah sampai. Lauk pauk semua habis, cuma nasi jer tak habis. Eyda masih belum mampu menghabiskan makanan yang dijamah. Jenuh nak menelan makanan tu. Nasib laa hero Eyda, Izzat ada. Mampu juga dia makan walaupun tak habis semuanya.


Nasi Ayam Panggang

Nasi Ayam Chicken Chop Black Papper

Hot Lemon Tea

Ice Lemon Tea

Iced Chocolate Blended

Alhamdulillah semuanya memenuhi tekak seperti sebelumnya. Entry makanan di sini Eyda pernah kongsikan di MONrods




sakit

Bila Eyda Tidak Sihat

10/23/2017 12:54:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Macam mana semua, sihat? Eyda macam mana pun kurang sihat sikit sebenarnya.

Hampir seminggu kesihatan kurang memuaskan, harap semuanya cepat sembuh sepenuhnya. Banyak aktiviti sendiri dan tugasan yang perlu dihadkan di atas faktor kesihatan Eyda ini.

sumber mr.google

Sebenarnya Eyda nih jarang sekali nak sakit dan sebagainya. Tapi bila mula sakit, memang akan memakan masa untuk sembuh sepenuhnya.

Kalau ikutkan lebih daripada 2 tahun Eyda tak berkunjung ke mana-mana klinik untuk rawatan diri sendiri, tapi bila terasa badan tak mampu lagi bertahan, Eyda terpaksa berserah saja.

Lewat malam 18 Oktober 2017, bermulalah sesi kurang sihat yang melibatkan cirit birit berlaku. Beberapa kali Eyda berulang ke bilik air.

Memang teruk Eyda cirit birit, seperti membuka pili air jer. Rasa badan kekurangan bendalir akibat cirit birit yang berlaku sehinggakan Eyda membeli air Cool Rhino untuk sejukkan badan.

Pagi hari 19 Oktober 2017, Eyda ke pejabat seperti biasa. Rasanya seperti mampu bertahan kerana ada janji temu kerja. Tapi sangkaan Eyda meleset, ianya masih berlarutan selepas Eyda bersarapan dan berlanjutan seharian Eyda di pejabat.

Tengahari tu Eyda dah mula rasa tidak berselera untuk makan bila dah mula muntah, Eyda ada beli set happy meal McDonalds. Kononnya nak makan bubur ayam bagi mengembalikan selera yang tiba-tiba hilang. Rupanya selera memang hilang terus. Eyda makan saja apa yang mampu dan terus mendapatkan ubat di farmasi yang berdekatan.

Bukan main menu, tapi tak mampu habiskan

Petang tu, Eyda masih cirit birit dan muntah-muntah. Kali ini muntah teruk sehingga muntah keluar dari hidung. Ya Allah, memang makin teruk kesihatan Eyda. Badan pun macam nak demam. Eyda terpaksa minta tolong rakan pejabat untuk hantarkan Eyda ke klinik.

Vitamin hadiah dari doktor

Alhamdulillah Eyda dapat juga cuti sakit untuk sehari dan dapat juga berehat di rumah. Tapi cuti pun kena ganggu dengan anak-anak. Macam-macam permintaan ada. Haishh laa anak.

Disebabkan selera makan dah menghilang, Eyda hanya mampu menelan roti sekeping, cicah dengan air coklat separuh mug. Huarghh tu pun, puas nak telan. Terpaksa makan untuk makan ubat kan.

Seronok pula bila si Kimie buatkan air coklat dan bawakan roti yang ada lukisan bentuk love nih. Sayang juga dia dengan ibu yang tak sihat nih.

Sweetnya Kimie

Hari Sabtu barulah Eyda ada selera skit, Eyda masakkan Ikan Masak Asam. Alhamdulillah dapat juga menelan nasi walaupun sikit.

Nasi pertama selepas tidak sihat

Alhamdulillah tiada lagi muntah dan cirit birit berlaku. Tapi ianya tak berpanjangan, ianya berulang kembali bila diri terlalu teruja dan ikut sama anak-anak makan. Akibatnya, Eyda muntah kembali setelah sampai ke kereta.

Muka dah ada senyum skit

Ianya berhenti, setelah habis semua makanan yang Eyda makan bersama anak-anak. Letih kembali menguasai diri. Malamnya Eyda habiskan lauk Ikan Masak Asam, alhamdulillah kali ini Eyda tidak muntah. Lega rasa hati.

Badan kembali down bila Eyda ke pejabat hari ini. Suara Eyda dah mula serak, selera ntah ke mana. Hari ini hanya mampu menelan kuih talam dua potong dan sekeping murtabak mini beserta secawan air milo.

Eyda harap ianya kembali sembuh seperti sediakala dan tiada lagi drama cirit birit dan muntah seperti sebelumnya. Memang Eyda rasa dalam badan sedikit panas. Rasanya faktor cuaca juga mengganggu.


anak-anakku

Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2017

10/19/2017 12:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semua orang inginkan anak berjaya terutamanya di dalam bidang akademik. Tidak dinafikan kecemerlangan dalam kokurikulum juga seharusnya seiring bersama akademik.

Tapi anak Eyda belum pernah mendapat anugerah cemerlang di dalam bidang akademik. Mungkin belum rezeki bagi mereka. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mendapat kecemerlangan di dalam bidang kokurikulum.

Baru-baru ini 1 Oktober yang lalu, Eyda menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2017 di sekolah anak-anak. Majlis yang menghargai pelajar yang kecemerlangan dalam akademik dan juga kokurikulum.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2017

Persembahan dari pelajar pendidikan khas masalah pendengaran

Persembahan dari pelajar pendidikan kahs

Persembahan nyanyian pelajar

Persembahan muzik dari pelajar
 
Persembahan penutup dari pelajar


Alhamdulillah anak-anak dan semua rakan yang sama menyertai Jambori Antarabangsa 2017 di Bukit Kayu Hitam. Kedah telah mendapat Anugerah Lang Emas.

Lencana ini hanya di berikan kepada 1000 orang peserta yang terbaik dari 5000 orang peserta yang menghadiri Jambori tersebut. Seramai 16 orang dari sekolah anak berjaya mendapat lencana ini. Memang seronok diaorang bila beberapa kali majlis menghargai mereka dilakukan oleh pihak sekolah.


Nama anak di no.23 dan 24

Video majlis penyampaian sijil penghargaan yang sempat Eyda rakamkan semasa majlis berlangsung. Eyda rakamkan keseluruhan penerima sijil penghargaan Jambori Antarabangsa Pengakap.


Lepas menerima sijil masing-masing, pak sedara Eyda merangkap tok sedara anak-anak ajak diaorang bergambar dengan sepupu Eyda. Umur tak beza sangat kan, macam sepupu jer.

Yang ditengah tu sepupu Eyda yang cemerlang dalam akademik

Dapat juga ambil gambar budak berdua nih, nasib nak juga bergambar walaupun tak dapat posisi yang menarik.

Segak bergaya dengan pakaian pengakap

Bunting yang mencatatkan nama anak-anak yang cemerlang di dalam bidang kokurikulum bagi tahun 2017. Ianya diabadikan di tiang dewan sekolah.

Nama dicatatkan di tiang dewan sekolah

Bergambar bersama anak-anak sebelum balik, bangga juga Eyda sebagai ibu walaupun ianya hanya bidang kokurikulum.

Satu-satunya gambar kami bersama

Gambar beramai-ramai, itu pun tak semua yang ada di dalam gambar. Inilah gambar yang terbaik yang dapat Eyda rakam.

Gambar terbaik yang dapat dirakamkan. Semua tak memenuhi kehendak

Moga anak-anak Eyda lebih berjaya di dalam akademik dan juga kokurikulum. Semoga ianya seiiring dalam hidup mereka.


kedai makan

OldTown White Coffee, Kulim, Kedah

10/10/2017 09:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry yang lepas Eyda cerita mengenai larian UniKL MSI Auto Run 2017. Balik dari acara ini, kami singgah menjamu selera sambil mengisi perut yang mula kelaparan.


OldTown White Coffe

kredit

Lokasi pilihan anak-anak Eyda kali ini ialah Oldtown White Coffee, kelas ya anak-anak. Inilah kali pertama ke sini, begitu juga dengan anak-anak.

Menu yang menjadi sarapan pagi anak-anak pun tak kurang hebatnya. Meh kita jengah apa yang dah menjadi pilihan tekak anak-anak.

Supreme Curry Mee

Pagi-pagi dah hadap pedas ya. Nak tahu siapa pemilik Supreme Curry Mee nih? Pemiliknya ialah Kimie, terkejut Eyda bila dia minta nak makan menu nih. Tak reti pedas ke? Tapi budak nih memang suka makanan yang pedas.




Ipoh Chicken Hor Fun

Izzat pula memilih sesuatu yang tidak pedas, Ipoh Chicken Hor Fun. Okay laa makan sesuatu yang tidak pedas di pagi hari.

Fresh Lemon Tea

Kedua-duanya memilih air Fresh Lemon Tea sebagai membasahkan tekak. Memang suka betul budak-budak nih dengan air lemon tea.


Half Boil Egg

Eyda pula memilih menu yang ringkas, telur separuh masak dan garlic bread. Sedap pula makan kedua-duanya. Sesekali layan sarapan ringkas sebegini.

Garlic Bread

Tapi bila balik tak lama selepas tu, masing-masing dah minta menu tengahari. Lastly, suruh tunggu sambil Eyda betulkan kaki yang dah mula sakit.



berlari

UniKL MSI Auto Run 2017

10/09/2017 12:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak cerita larian terakhir Eyda bersama anak-anak di penghujung bulan September yang lalu.

Tapi larian ini bukan yang terakhir untuk kami sekeluarga, cumanya akan berehat sebentar dari aktiviti sihat sebegini. Ianya akan disambung selepas sebulan.


UniKL MSI Auto Run 2017

Larian UniKL MSI Auto Run 2017 telah pun berlangsung pada 30 September 2017 yang lalu. Walaupun tidak ramai peserta yang menyertainya, tapi ianya seronok dan dekat dengan rumah Eyda.

Larian kali ini diadakan di UniKL di Kulim, Kedah. Memang dekat acara kali ini dan laluan yang ditetapkan pun Eyda dah biasa memandu kereta mengikut jalan tersebut.

Larian ini diadakan sempena MSI Youth Carnival yang diadakan pada 30 September - 1 Oktober 2017 yang lalu.

Dapat juga snap gambar budak berdua ni

Pakat posing dulu laa sementara menunggu acara dimulakan.

Posing skit

Antara peserta yang menjayakan larian UniKL MSI Auto Run 2017 ini. Ada peserta yang menyertai acara 12km dan tidak ketinggalan 5km. Selain peserta luar, ianya juga turut disertai oleh pelajar UniKL MSI itu sendiri.

Antara peserta yang menjayakan larian 12km dan 5km

Posing kali terakhir sebelum memulakan acara larian. Segar bugar jer muka memasing.

Inilah gambar terbaik yang dapat. Kimie tu suka betul rosakkan gambar

Larian kali ini, Eyda masih menemani Izzat. Tapi Eyda hanya menemaninya separuh perjalanan sahaja. Selebihnya, Eyda lari secara solo sehingga ke garisan penamat. Selepas itu barulah Eyda berpatah balik mencari anak-anak.

Jalan, laluan mendaki tu, tak mampu lari berterusan

Di atas inilah antara laluan mendaki selain dari laluan keluar dari UniKL MSI. Merasa juga sakit kaki lari kali ini.

Yeay menambah lagi medal yang ada

Posing lagi

Alhamdulillah menambah medal dan sijil penyertaan.

Medal dan sijil penyertaan

Antara program yang telah diatur sempena MSI Youth Carnival 2017 ini. Semuanya berkaitan automotif.

Program yang di atur sepanjang karnival ini diadakan

Catatan masa yang dibuat

Apapun Eyda tak menunggu sehingga tamat acara. Melayan perut anak-anak yang dah mula lapar. Lokasi seterusnya Eyda akan update di entry akan datang.

Larian berhenti seketika, ianya akan kembali lagi nanti. Bila, tunggu upadate terkini daripada Eyda.


challenge

Ramen Double Spicy Challenge

10/02/2017 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai, buat cabaran pula ya. Mampu ke makan megi pedas macam tu kan. Ramen biasa pun dah pedas, inikan pula Ramen Double Spicy. Dua kali ganda pedasnya.

Inilah megi Ramen Double Spicy yang akan beraksi bersama pesertanya. Mampukah pesertanya habiskan semangkuk atau sebungkus megi Ramen Double Spicy nih?

Ramen Double Spicy Challenge

Peserta yang menyahut cabaran megi Ramen Double Spicy Challenge malam Khamis yang lalu ialah Izzat dan juga Kimie. 

Mentang-mentang masing-masing mampu makan megi Ramen Spicy yang biasa tu, kali ini nak cabar diri makan megi Ramen Double Spicy Challenge pula.

Jom tengok aksi Izzat dan Kimie yang menyahut Cabaran Ramen Double Spicy. Macam-macam aksi ada. Habis atau tidak, jom tengok video yang telah dicepatkan menggunakan aplikasi Time-Lapse Photography dari Vivo V5s. 

Kiranya gambar video ini telah dicepatkan sebanyak 4 kali dari waktu sebenar. Nampak lawak pula bila tengok balik video yang dicepatkan tu..



Nampaknya Izzat agak tabah menghabiskan megi Ramen Double Spicy Challenge tu berbanding Kimie. Dalam video tu Izzat dapat menghabiskan 2 kali lebih cepat daripada Kimie. Kiranya cepat juga dia. 

Tu pun ada hati nak habiskan megi Kimie, berapa kali minta masa Kimie dah surrender kali pertama. Tapi Kimie tetap habiskan walaupun pelbagai talian hayat yang dia guna untuk menghabiskan Ramen Double Spicy tu.

Hah baru korang tau pedas macam mana Ramen Double Spicy tu. Nak sangat rasa kan kepedasan Ramen Double Spicy tu.


Blog yang Diikuti