Bergembira Bersama Kesayangan
10/26/2017 11:51:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kalau ada yang ingin bertanyakan kesihatan Eyda, masih belum sihat sepenuhnya. Batuk dan suara serak masih membelenggu diri. In shaa Allah, Eyda akan jaga diri Eyda sebaiknya.
Pernah tak korang rasa dalam hari yang sama, orang yang jarang hubungi korang, yang selalu hubungi korang bersilih ganti menghubungi korang. Macam sesuatu pula kan rasa hari tersebut.
Eyda merasa laa juga semalam, macam-macam orang yang menghubungi Eyda. Majoritinya Eyda jawab, tak ketinggalan ada yang tak sebab tak perasan. Hahaha macam Hari Rindu Sedunia pula.
Okeylah, lupakan hal tu, tukar topik keluarga kecil Eyda pula. Ermm memandangkan anak-anak masih dalam minggu peperiksaan. Makanya sesi melayan laa kerenah anak-anak kan. Yelah siapa lagi nak melayan kalau bukan ibu dia orang nih kan.
Biasalah kan Eyda nih, ada saja nak rakamkan gambar. Macam biasa laa,
ajak anak-anak wefie. Padahal bateri telefon nak habis sesangat. Siap
naik amaran tak boleh guna lampu flash. Tapi gigih nak wefie juga.
Sesi wefie bersama |
Susah betul nak dapatkan semua muka cantik, hensem, kiut muit. Alang-alang korang nak rosakkan gambar, jom kita rosakkan gambar bersama-sama.
Bila bosan menunggu |
Ehh ehh sibuk korang ya main game, tak apa, ibu selfie sorang-sorang. Kusyuk ja tengok diaorang main game, ibu tak mampu nak buat apa selain selfie. Bateri dah nazak.
Buat aktiviti masing-masing |
Tengok laa, macam-macam rupa bila ajak welfie. Sampai ada part, gelak bila tengok muka memasing. Sampai pekerja kat situ pun tersengih-sengih tengok kami.
Muka ceria, masam, iklan gigi semua ada |
Yeay, menu yang di minta sudah sampai. Lauk pauk semua habis, cuma nasi jer tak habis. Eyda masih belum mampu menghabiskan makanan yang dijamah. Jenuh nak menelan makanan tu. Nasib laa hero Eyda, Izzat ada. Mampu juga dia makan walaupun tak habis semuanya.
Nasi Ayam Panggang |
Nasi Ayam Chicken Chop Black Papper |
Hot Lemon Tea |
Ice Lemon Tea |
Iced Chocolate Blended |
Alhamdulillah semuanya memenuhi tekak seperti sebelumnya. Entry makanan di sini Eyda pernah kongsikan di MONrods
14 comments
sedap2 menu..
ReplyDeletesedap Ekin, sesekali boleh laa singgah ke sini
DeleteFamily bonding adalah perkara yang paling best di dunia kan..tak bolehdibeli ngan wang ringgit, kalau wang ringgit keluar takpe
ReplyDeletebetul tu kak SA, masa ini saja yang kita ada untuk habiskan masa bersama mereka.
Deletetergoda tengok hot blended chocolate tu. Get well soon sis :D
ReplyDeletehot pula, akak Eyda typo laa. iced chocolate blended tu memang sedap Farhanna Jafri..terima kasih mendoakan kesihatan akak..
Deletebonding time with the loves is a must beb hihihi
ReplyDeletemestilah, siapa lagi nak habiskan masa bersama dia orang kalau bukan ibu dia orang nih.. hehehe..
DeleteSedapnya nasi ayam panggang...
ReplyDeletesedap tu hazirah, cuma sambal tu pedas skit bagi tekak Eyda yang kurang sikit dengan makanan pedas..
Deletesedapnya kakkkkk...
ReplyDeleteya sedap nih Hazwan Hairy
Deletebonding time dengan keluarga paling best. hai kak.. lama tak singgah sini =)
ReplyDeletebetul tu Siti.. ya laa lama kita tak singgah menyinggah
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..