OldTown White Coffee, Kulim, Kedah
10/10/2017 09:52:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry yang lepas Eyda cerita mengenai larian UniKL MSI Auto Run 2017. Balik dari acara ini, kami singgah menjamu selera sambil mengisi perut yang mula kelaparan.
OldTown White Coffe
kredit |
Lokasi pilihan anak-anak Eyda kali ini ialah Oldtown White Coffee, kelas ya anak-anak. Inilah kali pertama ke sini, begitu juga dengan anak-anak.
Menu yang menjadi sarapan pagi anak-anak pun tak kurang hebatnya. Meh kita jengah apa yang dah menjadi pilihan tekak anak-anak.
Supreme Curry Mee |
Pagi-pagi dah hadap pedas ya. Nak tahu siapa pemilik Supreme Curry Mee nih? Pemiliknya ialah Kimie, terkejut Eyda bila dia minta nak makan menu nih. Tak reti pedas ke? Tapi budak nih memang suka makanan yang pedas.
Ipoh Chicken Hor Fun |
Izzat pula memilih sesuatu yang tidak pedas, Ipoh Chicken Hor Fun. Okay laa makan sesuatu yang tidak pedas di pagi hari.
Fresh Lemon Tea |
Kedua-duanya memilih air Fresh Lemon Tea sebagai membasahkan tekak. Memang suka betul budak-budak nih dengan air lemon tea.
Half Boil Egg |
Eyda pula memilih menu yang ringkas, telur separuh masak dan garlic bread. Sedap pula makan kedua-duanya. Sesekali layan sarapan ringkas sebegini.
Garlic Bread |
Tapi bila balik tak lama selepas tu, masing-masing dah minta menu tengahari. Lastly, suruh tunggu sambil Eyda betulkan kaki yang dah mula sakit.
10 comments
lalu sokmo depan kedai ni tapi tak pernah nak singgah sebab tak ada nampak melayu hahhahaha... lepas ni kena ajak abe g la
ReplyDeletesama laa lalu selalu, tapi tak pernah terasa nak singgah.. hari lari tu memang kena lalu depan nih, lastly tempat ni jadi pilihan..
Deletegarlic bread diorg mmg sedap
ReplyDeletekan memang sedap kan garlic bread diaorang, kena plak cicah dengan telur separuh masak tu.. fuhh tak terasa, tengok2 dah habis..
DeleteLama pula rasanya tak lepak oldtown.
ReplyDeletehaa kena singgah ni Azwar Syuhada..
DeleteSelera pulak tengok mee kari tu.. mmg feveret :)
ReplyDeletekan bro Khir Khalid, tengok kuah dia yang pekat melekat, memikat tu
Deleteold town ni tempat feveret aida dan anak2, eyda.
ReplyDeleteair coklat nyer.
mee kari nyer.
roti nyer....
byk dah menu aida da test tau.
puas hati!
antara tempat feveret aida sekeluarga laa ya.. tu laa nasib yang cuba tu memenuhi citarasa..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..