Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bila ada anak yang sedang membesar, antara perkara yang akan dilalui adalah cabut gigi.
Ini merupakan kali ke 4 Kimie singgah ke Klinik Pergigian milik kerajaan. Kunjungan sebelum ini hanya cabut gigi seri dan juga gigi taring. Kali ini Eyda bawa Kimie untuk cabut gigi geraham kecil keduanya di bahagian bawah sebelah kanan.
Struktur gigi |
Memandangkan hari Isnin lepas Eyda cuti untuk melayan anak-anak, jadinya dapatlah Eyda membawa Kimie cabut gigi geraham pertamanya itu.
Nasib ketika kami sampai hanya ada seorang yang sedang menunggu di luar. Kiranya giliran Kimie tak lama. Sementara menunggu nama Kimie dipanggil, sempat la ajak Kimie bergambar.
Jom berposing dulu |
Sekejap saja jururawat berdua nih mencabut gigi geraham Kimie. Lepas tanya Kimie nih ada alergik bagai ke apa? Terus letak ubat kebas. Tak lama lepas tu terus cabut gigi geraham Kimie.
Dah kena cabut gigi |
Nampak sangat Kimie sedang menahan sakit. Selepas jururawat tu cabut gigi geraham ada air mata bergenang di matanya. Rasanya ubat kebas tu belum sempat rasa. Selalunya Kimie nih kuat, tak akan menangis atau seangkatan dengannya.
Selesai |
Gambar selepas nih, Eyda curi-curi ambil saja. Bila Eyda sembang dengan Kimie dia kata jururawat tu letak sikit ja ubat kebas, dia kata tak rasa kebas. Terasa jururawat tu goyangkan gigi dia beberapa kali. Tu yang dia menitiskan air mata.
Kesiannya kat anak ibu nih. Dalam perjalanan balik, singgah ke kedai Eco, dapatlah upah barang RM2.12 ya. Alhamdulillah balik tu, dia mampu untuk jamah nasi bersama dengan sup daging. Tiada lagi mulut sebut sakit dan seangkatan dengannya.