Ride In Pink, Walk In Pink 2017
11/03/2017 04:27:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kalau ikutkan bulan Oktober merupakan bulan rehat bagi Eyda. Tapi tangan nih gatal juga mendaftar walaupun hanya aktiviti berjalan.
Alhamdulillah pada 29 Oktober 2017 yang lalu Eyda telah pun menyertai aktiviti berjalan sempena 'Pink October' iaitu bulan meraikan pesakit kanser. Aktiviti yang Eyda maksudkan ini ialah acara Ride In Pink, Walk In Pink 2017 anjuran Loh Guan Lye Specialists Centre dan juga Gurney Paragon Mall.
Cantiknya |
Semua serba warna merah jambu |
Yeay dapat belon seorang satu |
Aktiviti berjalan dan berbasikal ini dimulakan di Loh Guan Lye Specialists Centre sekitar jam 7.00 pagi, peserta yang berbasikal dan berjalan akan bergerak ke Gurney Paragon Mall untuk acara seterusnya.
Aturcara program |
Di Gurney Paragon Mall, semua peserta menerima light breakfast. Di sini perasmian majlis, acara Zumba, cabutan bertuah dan persembahan tarian daripada peserta yang telah bebas kanser turut diadakan.
Acara pertama di Gurney Paragon Mall, posing dulu ya |
Cantik jer tengok pemandangan nih |
Selepas acara penyampaian hadiah cabutan bertuah tengok tarian |
Acara menari oleh bekas pesakit kanser |
Setelah semua acara di Gurney Paragon Mall tamat, semua peserta yang berbasikal dan berjalan mula bergerak pulang ke Loh Guan Lye Specialists Centre untuk menerima medal dan juga light breakfast.
Kawan baru Eyda, Aini namanya |
Medal Ride In Pink, Walk In Pink 2017 |
Medal Ride In Pink, Walk In Pink 2017 |
Bagi pendapat Eyda acara seumpama ini menarik untuk disertai oleh semua lapisan peringkat umur kerana ianya dijalankan secara santai. Walaubagaimanapun, pihak penganjur perlu memperbaiki beberapa perkara sepanjang acara ini berlangsung.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah mengenai keselamatan peserta yang menyertai acara ini. Peserta dibiarkan berjalan sendiri dan melintas jalan secara sendiri tanpa pengawasan pihak penganjur. Perkara ini boleh mengancam keselamatan peserta terutamanya warga emas dan juga kanak-kanak.
Dalam perjalanan dari Gurney Paragon Mall ke Loh Guan Lye Specialists Centre, ada beberapa orang yang menjaga di beberapa persimpangan jalan. Tapi pada pandangan Eyda ianya perlu dikemaskan lagi.
Ini merupakan kali pertama acara berjalan atau berlari yang Eyda sertai yang mengambil ringan isu keselamatan. Moga ianya dapat diperbaiki di masa akan datang kerana acara ini memang baik untuk disertai.
6 comments
wah menarik....
ReplyDeletememang menarik nih Nadia Nurul
Deletetahniah
ReplyDeleteterima kasih Ekin
DeleteBln okt bulan rehat? Nape?
ReplyDeletetak ada apa, sesaja nak rehat sekejap.. lagipun bulan Oktober ada join trip pejabat ke Taman Negara, Pahang.. ada juga hiking Bukit Teresek..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..