5 km Posibble Fun Run 2017

12/12/2017 09:40:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sibuk sangat bila dah ke hujung tahun. Sampai blog pun tak berapa sempat nak tengok.

Okay lah, kali nih Eyda nak sambung balik cerita larian Eyda. Yelah, bila dah mula terjebak nih tangan tu rajin laa tengok jadual larian yang ada. Sibuk ja nak daftar sini sana.

Seronok sebenarnya kalau dah sentiasa lari, stamina pun makin bertambah. Badan pun terasa ringan.Tapi sekali tinggal sebulan atau lebih, teruk nak cari stamina balik. Cepat jer nak semput bagai.

Nampaknya susah lah nak kurangkan aktiviti nih untuk tahun depan. Mungkin kurangkan bilangan daftar tapi tak kurangkan aktiviti tu. Hahaha macam mana tuh.


5 km Posibble Fun Run 2017

5km Posibble Fun Run 2017 telah pun diadakan pada 11 November 2017 yang lalu. Penyertaan hanya dibuka untuk 1000 orang.

Memang seronok kerana Eyda lakukannya bersama anak-anak. Memandangkan anak bercuti, jadi bolehlah bawa anak-anak sertai bersama sebab itu antara permintaan anak-anak dalam aktiviti sebegini.

Antara peserta 5km Posibble Run 2017

Ini sebagai salah satu cara untuk Eyda luangkan masa bersama anak-anak. Melakukan aktiviti larian bersama ini adalah salah satu aktiviti yang baik sebenarnya.

Muka segar bugar semua

Tak ada kerja sementara menunggu pelepasan peserta larian

Acara yang bermula jam 7.00 pagi ini dilepaskan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Cuaca pada pagi itu memang agak baik, walaupun matahari dah mula menyinari cahayanya.

Nasib laluan larian kami majoritinya agak redup kerana mempunyai pokok. Trek laluan hampir sama dengan larian SP Half Marathon 2017 yang lalu cuma ianya arah berlawanan.

Di awal larian, Eyda masih menemani anak-anak berlari, tapi memandangkan Eyda nak set masa untuk larian Penang Bridge International Marathon 2017 jadinya Eyda berlari dahulu.

Tenang jer rasa

Sepanjang laluan larian agak redup kerana penuh dengan pokok di kiri dan kanan jalan. Larian ini banyak melalui kawasan perumahan.

Tengah khusyuk nak swafoto, Kimie muncul di belakang

Di pertengahan larian Eyda sehingga ke garisan penamat ditemani oleh Kimie, memandangkan dia dapat mengikut rentak larian Eyda pada hari tersebut.

Dah nampak papan tanda lagi 1km ke garisan penamat

Sampai saja di garisan penamat dan mendapatkan medal, Eyda berpatah balik mencari Izzat kerana dia terlepas ke belakang. Akhirnya Eyda hanya perlu berpatah balik lebih kurang 500 meter dan menemani Izzat berlari hingga ke garisan penamat.

Alhamdulillah kami bertiga berjaya sampai ke garisan penamat

Alhamdulillah larian kali ini ada peningkatan, walaupun tak sepantas pelari yang lain. Inilah antara catatan peribadi terbaik yang Eyda pernah lakarkan.

Catatan masa terbaik Eyda

Acara ini diteruskan dengan cabutan bertuah yang disampaikan oleh Yand Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah. Hadiah berupa barangan elektrik dan telefon pintar.

Berposing dulu sebelum acara cabutan bertuah dimulakan

Cari tempat yang agak redup dan strategik. Apapun kami langsung tak bertuah. Memang tak ada rezeki nak bawa balik hadiah cabutan bertuah.



Selesai semua acara, apa lagi acara mengisi perut yang mula lapar. Setelah puas berfikir lokasi untuk mengisi perut akhirnya Eyda meminta talian hayat cadangan lokasi dari sahabat terdekat.

Di mana lokasinya, tunggu entry selepas ini.




You Might Also Like

2 comments

  1. Seronok sertai larian dgn anak2 ni.. mood dgn feeling pun berbeza dari sertai dgn rakan atau rakan sekerja. Cuma kena sabar jelah klu mereka pancit hehee.. Apa pun tahniah kerana berjaya mengekalkan stamina hingga ke akhir. Pengalaman yg menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul seronok kalau sertai larian dengan anak-anak.. ia lebih kepada larian santai.. kalau sertai dengan rakan ianya lebih kepada memperbaiki pace sendiri. ya bab anak-anak pancit, memang kena sabar lebih..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti