52 Weeks Money Challenge
12/28/2017 09:05:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Adakah azam, impian dan kehendak korang tercapai pada tahun ini?
Bagi Eyda ada yang tercapai dan ada sebaliknya. Apapun ada pencapaian yang Eyda tak sangka berjaya lakukan walaupun pernah hampir tewas dipertengahan jalan.
52 WEEKS MONEY CHALLENGE
kredit google |
Ini antara pencapaian yang Eyda dapat lakukan pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun ada ketikanya ia dirasakan amat sukar direalisasikan akhirnya Eyda berjaya juga melakukannya.
Blogger Farrah MF pencetus idea untuk Eyda turut sama menyimpan cara ini selain cara duit hijau sebelumnya. Terima kasih Farrah MF ajarkan 52 Week Challenge nih.
Planner 52 Weeks Money Challenge Eyda |
Inilah jadual 52 Weeks Money Challenge Eyda. Nampak tak begitu banyak contengan tanda dengan pelbagai warna pen, highlighter dan tidak ketinggalan pensil. Eyda tanda jer dengan apa yang jumpa. Asalkan jadual Eyda bertanda.
CABARAN SEPANJANG 52 WEEKS MONEY CHALLENGE
Tipulah kalau Eyda cakap tak menghadapi kesukaran sepanjang menyimpan selama 52 minggu nih. Cabaran yang paling besar yang Eyda rasakan bila mana menghampiri Hari Raya dan tidak ketinggalan bulan yang panjang tanpa gaji.
Pada ketika itu, adakalanya simpanan Eyda jadi tidak konsisten. Ada minggu yang terlangkau, ada minggu terpaksa ganti balik minggu yang dah tertinggal.
Eyda hampir menyerah kalah di pertengahan tahun dan juga suku terakhir tahun ini. Alhamdulillah, Eyda cuba perlahan-lahan tampung balik simpanan yang terlangkau dan sebagainya.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat nak jayakan 52 Weeks Money Challenge pada tahun 2017 ini akhirnya ia berjaya direalisasikan.
Sebelum ini, dalam 2 tahun lepas Eyda pernah menyimpan duit hijau. Tapi ianya memang tak konsisten dan kurang berjaya bagi pandangan Eyda.
Berjaya juga akhirnya |
Cara simpanan Eyda untuk 52 Weeks Money Challenge ini tidak mengikut susunan dari RM1 di minggu pertama hingga ke RM52 di minggu ke-52.
Tapi Eyda mulakan dengan RM52 di minggu pertama diikuti dengan RM1 di minggu kedua dan seterusnya Eyda selang selikan jumlah yang paling banyak dan paling kecil.
Kaedah yang Eyda gunakan ini kurang membebankan diri, kerana secara purata jumlah yang kita simpan setiap bulan hampir sama jumlahnya.
Untuk memudahkan korang menyimpan, lebih baik ianya dibuat mengikut keselesaan masing-masing. Asalkan jumlah 52 minggu tercapai dengan jumlah sepatutnya. SELAMAT MENCUBA!
14 comments
Satu cadangan yang sangat menarik dan bagus.. Tapi Sha memang fail kalau menyimpan cara nie.. hehehe.. Sha lebih konsisten dengan cara main kutu.. kikiki..
ReplyDeleteohh macam tu pula ya.. macam Eyda cara nih nampak berkesan walaupun adakalanya hampir gagal..
Deletejue guna masa hujung nov beli barang2 sekolah anak. huhuhu
ReplyDeleteok tu jue, sekurang-kurangnya dah ada perancangan untuk duit nih..
Deletee'in pun buat macam nie tahun nie.. jom kite sambung untuk 2018 pulak! hihi
ReplyDeleteya ka e'in.. jom kita sambung lagi tahun depan..
DeleteWah alhamdulillah. Nampak hasil tu kan. Thanks sharing, nak cuba jugakla untuk tahun 2018 ni hehee
ReplyDeleteAlhamdulillah, nampak hasilnya.. jom cuba untuk tahun 2018..
DeleteTahniah, Eyda! Puas hati kan dapat lengkapkan money challenge tu. Saya pun buat macam Eyda, selang seli sebab kalau tak menjelang hujung tahun sesak nafas nak asingkan duit hehehe
ReplyDeleteTahun 2018 ni kita teruskan lagi ye :)
terima kasih Farrah kerana mencetuskan idea menyimpan nih.. ya memang puas hati sangat sebab berjaya juga lengkapkan.. memang kena selang seli untuk ringankan beban untuk menyimpan.. jom teruskan untuk tahun 2018 nih..
DeleteTahniah Eyda!!! Siqah baru nak cuba money challenge tahun ni. Doakan Siqah berjaya macam Eyda dan Farrah :)
ReplyDeleteterima kasih Siqah, in shaa Allah Siqah boleh simpan asalkan kena istiqomah sehingga hujung tahun..
DeleteTahniah..!!
ReplyDeleteTerima kasih Papaglamz.. tahniah juga kerana dapat menyimpan dengan cara ini.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..