52 Weeks Money Challenge

52 Weeks Money Challenge

12/28/2017 09:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Adakah azam, impian dan kehendak korang tercapai pada tahun ini?

Bagi Eyda ada yang tercapai dan ada sebaliknya. Apapun ada pencapaian yang Eyda tak sangka berjaya lakukan walaupun pernah hampir tewas dipertengahan jalan.


52 WEEKS MONEY CHALLENGE

kredit google

Ini antara pencapaian yang Eyda dapat lakukan pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun ada ketikanya ia dirasakan amat sukar direalisasikan akhirnya Eyda berjaya juga melakukannya.

Blogger Farrah MF pencetus idea untuk Eyda turut sama menyimpan cara ini selain cara duit hijau sebelumnya. Terima kasih Farrah MF ajarkan 52 Week Challenge nih.

Planner 52 Weeks Money Challenge Eyda

Inilah jadual 52 Weeks Money Challenge Eyda. Nampak tak begitu banyak contengan tanda dengan pelbagai warna pen, highlighter dan tidak ketinggalan pensil. Eyda tanda jer dengan apa yang jumpa. Asalkan jadual Eyda bertanda.


CABARAN SEPANJANG 52 WEEKS MONEY CHALLENGE

Tipulah kalau Eyda cakap tak menghadapi kesukaran sepanjang menyimpan selama 52 minggu nih. Cabaran yang paling besar yang Eyda rasakan bila mana menghampiri Hari Raya dan tidak ketinggalan bulan yang panjang tanpa gaji.

Pada ketika itu, adakalanya simpanan Eyda jadi tidak konsisten. Ada minggu yang terlangkau, ada minggu terpaksa ganti balik minggu yang dah tertinggal.

Eyda hampir menyerah kalah di pertengahan tahun dan juga suku terakhir tahun ini. Alhamdulillah, Eyda cuba perlahan-lahan tampung balik simpanan yang terlangkau dan sebagainya.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat nak jayakan 52 Weeks Money Challenge pada tahun 2017 ini akhirnya ia berjaya direalisasikan.

Sebelum ini, dalam 2 tahun lepas Eyda pernah menyimpan duit hijau. Tapi ianya memang tak konsisten dan kurang berjaya bagi pandangan Eyda.

Berjaya juga akhirnya

Cara simpanan Eyda untuk 52 Weeks Money Challenge ini tidak mengikut susunan dari RM1 di minggu pertama hingga ke RM52 di minggu ke-52.

Tapi Eyda mulakan dengan RM52 di minggu pertama diikuti dengan RM1 di minggu kedua dan seterusnya Eyda selang selikan jumlah yang paling banyak dan paling kecil.

Kaedah yang Eyda gunakan ini kurang membebankan diri, kerana secara purata jumlah yang kita simpan setiap bulan hampir sama jumlahnya.

Untuk memudahkan korang menyimpan, lebih baik ianya dibuat mengikut keselesaan masing-masing. Asalkan jumlah 52 minggu tercapai dengan jumlah sepatutnya. SELAMAT MENCUBA!


berlari

Penang Bridge International Marathon 2017

12/27/2017 11:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry sebelum ni Eyda cerita pasal hotel yang Eyda dan anak-anak tidur sebelum Eyda sertai larian Penang Bridge International Marathon 2017.

Acara yang Eyda nantikan sehinggakan sanggup daftar banyak acara larian yang lain untuk jaga stamina. Bukan tu saja, pelbagai perasaan Eyda rasa menantikan tibanya acara ini.


PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON 2017

Acara ini merupakan acara antarabangsa. Wah memang acara wajib diadakan setiap tahun di Pulau Pinang. Acara ini juga pastinya menguji tahap stamina dan juga tahap kepantasan peserta.

Tahun ini merupakan tahun pertama Eyda sertai Penang Bridge International Marathon (PBIM). Memang agak berdebar menantikan acara ini.

Eyda pada mulanya agak ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri dalam menjaga stamina dan juga kepantasan masa sendiri. Tapi akhirnya Eyda cuba menyahut cabaran diri dengan sertai acara ini.

Garisan permulaan bagi acara 10km dan juga Fun Run

Acara ini melibatkan kategori 42km lelaki, wanita dan veteran, kategori 21km lelaki, wanita dan veteran, acara 10km lelaki, wanita, pelajar lelaki dan pelajar wanita dan tidak ketinggalan Fun Run (8km).

Menantikan acara 10km wanita terbuka dilepaskan

Acara bagi 10km bagi wanita terbuka bermula pada jam 7.00 pagi, merupakan acara kedua akhir dilepaskan pada hari tersebut.

Semasa menantikan acara dimulakan, gerimis tiba-tiba turun membasahi bumi, nasib ianya tidak bertambah lebat dan hanya sementara sahaja. Mampu menarik nafas lega disaat itu.
Posing skit tepi jambatan nih
Bila dah berlari pastinya tangan laju nak merakamkan gambar di pertengahan larian, hasilnya dapatlah beberapa keping gambar. Tapi rasanya cukuplah sekeping saja di sini.

Cuaca agak sedikit gelap
Cuaca masih sedikit gelap, hati terus ingin menamatkan larian sebelum hujan turun. Jauh lagi perjalanan, masih ada separuh lagi ke hujung sana.

Dalam pertengahan larian ini, dapat juga berlari bersama kategori 42km yang masih belum menamatkan larian, bertambah ramai yang berlari bersama nampaknya.

Jom lari
Alhamdulillah Eyda dapat sampai mengikut masa yang ditetapkan dan dapat membawa pulang medal yang comel. Satu pencapaian yang tidak Eyda sangka dapat perolehi pada ketika itu.

Akhirnya medal Penang Bridge International Marathon 2017 menjadi milik Eyda

Masa 1 jam 31 minit merupakan satu catatan masa terbaik yang Eyda pernah catatkan untuk larian 10km. Sebelum ini Eyda hanya berlari sekitar 5-8km sahaja.


E CERTIFICATE DAN TIMING CHIP

Bila menyertai larian sebegini, adakalanya sijil penyertaan hanya diberi dalam bentuk digital, maknanya kita perlu muat turun sendiri sijil yang kita perolehi. Untuk acara PBIM 2017 ini, link e certificate PBIM 2017 ini boleh digunakan untuk memuat turun sijil masing-masing.


Sijil PBIM Eyda

Mungkin ada yang tidak biasa dengan larian yang ada timing chip kan, dibelakang nombor bib yang ada timing chip selalunya akan ada QR Code dan bar kod masing-masing. Jadi apabila kita berlari melalui pengimbas timing chip, catatan masa kita semasa melaluinya akan dicatatkan.

Alat pengimbas timing chip macam gambar di bawah ya, kena melalui kawasan hitam tu untuk dibaca pada alat dihujungnya.

Timing chip


Jadi kalau ada larian yang melibatkan timing chip kena lalu di atasnya ya, jangan elakkan kawasan ini, nanti anda dianggap sebagai menipu dalam larian.


hotel

Container Hotel Penang

12/18/2017 09:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak cerita mengenai hotel budget di Pulau Pinang. Hotel budget yang sesuai bagi yang bercuti secara backpackers. Ini kerana adakalanya backpackers agak sukar mencari hotel yang sesuai buat mereka.

Eyda cadangkan backpackers cuba menginap di Container Hotel Penang. Bagi Eyda hotel ini sesuai dan memenuhi keperluan backpackers.


CONTAINER HOTEL PENANG

Container Hotel Penang ini bertempat di Gat Lebuh Chulia. Ianya berada berhampiran dengan jeti feri Pulau Pinang iaitu kurang 200 meter dari hotel ini.

kredit
Jadinya tak perlu risau mengenai pengangkutan awam di kawasan ini kerana ada bas akan melalui di hadapan hotel ini menuju ke KOMTAR seterusnya ke lokasi yang lain. Di bawah ini ada jadual yang Eyda ambil dari website Container Hotel Penang.

NUMBER BUS AND LOCATION

FROM THE AIRPORT.
est. 40 min. – 1 hour bus ride

Bus no. 401E
Stop at Pengkalan Weld.
(Hotel is 15 min. walking distance)

FROM KOMTAR BUS TERMINAL.
est. 15 min. ­– 20 min.

Komtar to Lebuh Chulia
Take Rapid Penang Bus no. 101, 104, 201, 202, 203, 204, 206.

FROM SG. NIBONG BUS TERMINAL.
est. 45min. – 1 hour

Sg. Nibong to Lebuh Chulia
Take Rapid Penang Bus no. 401

FROM JETTY BUS TERMINAL.
est. 10 min. – ­15 min.

Jetty to Lebuh Chulia
Take Rapid Penang Bus no. 101, 104, 201, 202, 203, 204, 206.


Di sini anda boleh memilih bilik yang bersama bilik air atau pun bilik air berkongsi. Bilik bersama bilik air rupanya seperti bilik hotel yang lain. Manakala bilik tanpa bilik air seperti anda tinggal di asrama. Jika anda pengembara solo yang ingin menambah kenalan, bilik tanpa bilik air adalah pilihan yang sesuai buat anda.


BILIK ATAU PODS

Di sini kita boleh memilih sama ada inginkan bilik atau memilih pods. Harga bagi bilik adalah serendah RM126.80, manakala pods adalah RM35.
kredit

kredit

Eyda memilih bilik bersama bilik air kerana Eyda membawa anak-anak menemani Eyda. Lagipun Eyda tidak akan berada lama di dalam bilik kerana Eyda akan menyertai larian Penang Bridge International Marathon 2017.

Sesampainya di sini anda pastinya terpegun dengan dekorasi dan bilik yang anda tempah. Walaupun ianya nampak ringkas tapi lengkap semua keperluan yang anda ingini. Alhamdulillah bilik yang Eyda tempah juga menepati kehendak anak-anak dan Eyda.

Jika anda ternampak seperti gambar di bawah, maknanya anda dah sampai ke destinasinya. Bertemakan hitam dan putih merupakan mercu tanda Container Hotel Penang.

Pintu masuk ke lobi hotel

Memasuki ke premis ini, anda perlu menekan loceng atau menggunakan kad bilik jika anda telah mendaftar masuk ke Container Hotel Penang ini.

Kaunter daftar masuk dan keluar yang ringkas

Hotel ini hanya dua tingkat sahaja. Tingkat bawah menempatkan bilik tanpa bilik air. Jadinya jika anda memilih bilik tanpa bilik air anda akan berada di tingkat bawah.

Menaiki tangga besi yang unik dan sesampainya anda di tingkat atas anda akan nampak ruang seperti ruang tamu di rumah. Ruang ini membolehkan anda untuk berehat, membaca buku dan bermain permainan yang disediakan.

Ruang rehat

Buku yang boleh anda baca bila berada di sini

DELUXE ROOM (WHITE ROOM)

Cantiknya nombor bilik 606, di bahagian pintu anda akan nampak butang loceng, tidak mahu diganggu dan bersihkan bilik.

Kami mendapat bilik no 606

Menjejakkan kaki ke dalam bilik, anda akan nampak pemandangan seperti mana gambar bilik kami ini. Jangan risau peti sejuk, seterika bersama papan lapik seterika, pemanas air elektrik dan tidak ketinggalan pengering rambut turut sama disediakan. Compliment seperti teh, kopi dan gula serta air mineral juga disediakan.

Ruang dalam bilik

Katil bersaiz Queen disediakan di dalam bilik ini. Nasib muat untuk kami bertiga tidur di atas katil tersebut.

Katil saiz Queen dan tingkap dengan pemandangan jalan raya
Pintu bilik air diletakkan cermin besar, jadinya jangan risau bab cermin, kerana banyak cermin ada di dalam bilik ini. Selain di pintu bilik air, di sinki pun ada.

Cermin dan televisyen

Bilik air yang ringkas untuk bilik di sini. Walaupun ringkas ianya lengkap untuk anda. Cuma di dalam bilik air ini tiada sinki dan juga cermin. Jika anda ingin menggunakan keduanya harus keluar dari bilik air.

Bilik air
Menariknya kata-kata pada bekas letak sabun mandi dan juga syampu yang disediakan di sini. Sexy Body untuk sabun mandi, manakala syampu pula Good Hair Day.


Sabun mandi dan syampu

Tidak ketinggalan sabun tangan dengan kata-kata Lovely Hands.Memang menarik kata-kata yang diletakkan di sini.


Memandangkan waktu Eyda tempah merupakan hari minggu, cuti sekolah dan ada larian Penang Brisge Intenational Marathon 2017. Makanya harga bilik ini sedikit tinggi, waktu Eyda tempah harganya RM169.78. Jika harga biasa sekitar RM129 sahaja.

Container Hotel ini turut sama ada cawangan di Kuala Lumpur, dan Ipoh, Perak. Selain itu, di KLIA2 mempunyai Capsule iaitu bilik berasingan dengan bilik air.




LOKASI CONTAINER HOTEL PENANG

Jika ada yang ingin ke Container Hotel Penang, Eyda sediakan pelan untuk anda ke sana.



Container Hotel Penang
4, Gat Lebuh Chulia,
10300 Georgetown
Pulau Pinang
Telefon : +604 251 9515
Website : https://chgworld.com/penang.html

kedai makan

Jom Breakfast

12/15/2017 09:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda nak sambung balik cerita nih. Balik saja dari larian 5km Posibble Fun Run 2017, haruslah ada sesi menjamu selera.

Lokasi pilihan sarapan kami pada hari tersebut adalah di Jom Breakfast. Haa dah tertulis kat situ breakfast, maknanya memang mensajikan menu sarapan sajalah.


JOM BREAKFAST

Jom Breakfast ini bertempat di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah. Ianya beroperasi di rumah kediaman bersebelahan dengan pasaraya Parkson, Taman Sejati.


Inilah rupa bahagian depan kedai Jom Breakfast

Memasuki ke premis ini, kita akan dapat melihat beberapa barangan lama menjadi hiasan di sini, tidak ketinggalan kereta mainan pun ada.

Menjejaki ke kedai makan, pastinya menu yang akan menjadi tatapan kita untuk memesan makanan. Menunya agak ringkas tapi mampu membuatkan kita rambang mata memilih menu untuk memenuhi selera tekak kita.

Menu Breakfast Meal

Menu Super Brunch Plate

Menu Drinks

Air minuman yang dipesan pun dah sampai. Basahkan tekak dulu sementara menunggu menu yang dipesan. Yelah, dah penat kan baru selesai berlari, haruslah minum air dengan banyak.

Air kami pesan

Sempat lagi berswafoto dengan anak-anak semantara menantikan makanan yang dipesan. Lawak laa bebudak nih, tak ada gambar yang dua-dua serius. Apapun layan jelah.

Swafoto dulu sementara menunggu makanan

Macam-macam mimik muka ada

Jom tengok menu yang telah menjadi santapan kami pada hari tersebut. Jangan terkejut ya tengok menu kami bertiga dah pesan dan pilih.


Menu pilihan Eyda, Kacang Pool dan Roti Bakar. Menu ini disarankan oleh Cikpinz. Bila Eyda cuba rasa, memang sedap dan memenuhi selera.

Bagi sesiapa yang memiliki kekurangan enzim G6PD atau G6PD Deficiency dilarang untuk menikmatinya. Kesannya amat teruk bagi diri orang yang kekurangan enzim G6PD. Jadi jangan pandai-pandai mencubanya ya. Ini merupakan pantang larang bagi pengidapnya.

Kacang Pool + Roti Bakar

Menu yang turut sama disarankan ialah Roti Kukus Telur Sambal Bilis. Menu ini juga dipilih oleh Izzat. Bagi Eyda menu ini sedap, cuma sambal bilisnya agak pedas bagi tekak kami pada hari tersebut.

Roti Kukus Telur Sambal Bilis

Pilihan menu Kimie pula ialah Roti Bakar Cheese. Suka betul dengan keju budak sorang tu. Apapun nasib habis dijamahnya.

Roti Bakar Cheese

Izzat pula memilih 1/2 Boiled Egg, tapi ianya dikongsi oleh kami bertiga. Merasa seorang sedikit. Nasib elok jer rupa telur separuh masak tu.

1/2 Boiled Egg

Telur Separuh Masak yang cantik jer rupanya

Selesai makan, apa lagi basuh tangan lah jawabnya. Melihatkan sinki yang unik dan comel ini, apa lagi laju jer tangan Eyda merakamkan gambar sinki basuh tangan.

Uniknya sinki basuh tangan

Di pagar premis ini ada diletakkan waktu urusan dan juga hari ianya beroperasi. Jadi jangan tersalah masa dan hari jer. Nanti kempunan pula.

Waktu urusan dan menu yang menarik

Tidak ketinggalan menu istimewa yang menjadi pilhan juga ada diletakkan di pagar premis. Ianya boleh dijadikan sebagai panduan pemilihan menu pilihan bila berkunjung ke sini.



telefon pintar

Samsung Note 8 Antara Telefon Pintar Terbaik

12/14/2017 10:01:00 AM


Smartphone atau telefon pintar merupakan antara benda penting yang harus ada bagi setiap orang. Tanpa telefon pintar hidup kita kelihatan kekurangan sepanjang hari. Bagi yang mementingkan ciri terbaik yang ada pada sesebuah telefon, Samsung Note 8 adalah jawapannya.


Baru-baru ini ketika bercuti, saya dapat melihat sendiri kelebihan yang ada pada telefon pintar Samsung Note 8 Malaysia. Telefon pintar yang bagi saya patut kita miliki kerana ia mempunyai pelbagai ciri terbaik berbanding telefon pintar yang lainnya.

Pelbagai ciri yang kita impikan ada pada telefon pintar Samsung Note 8 ini. Setelah melihat sendiri telefon ini, rupanya ianya memiliki pelbagai kelebihan yang bagi saya ianya patut dimiliki bagi sesiapa yang mementingkan nilai wang pada barangan yang dimiliki.

Antara kelebihan telefon Samsung Note 8 ini yang membuatkan saya tertawan ialah S-Pen yang dimilikinya.



Bukan itu saja, ia boleh digunakan untuk melukis emoji, memudahkan terjemahan melalui gambar yang telah dirakamkan, memudahkan kerja menulis nota dan pelbagai lagi.


SPESIFIKASI SAMSUNG NOTE 8

Samsung Galaxy Note 8 Specification

General General
  • Available Status: Released. September
  • Network Bands: 2G & 3G & 4G
  • SIM: Single SIM (Nano-SIM) or Hybrid Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
  • Dimension: 162.5  x  74.8  x  8.6 mm
  • Weight: 195 g (6.88 oz)
  • Body Type:
  • Corning Gorilla Glass 5 back panel
  • - IP68 certified - dust/water proof over 1.5 meter and 30 minutes - Stylus - Samsung Pay (Visa, MasterCard certified)
  • OS: Android 7.1.1 (Nougat)
  • CPU: Octa-core (4x2.3 GHz & 4x1.7 GHz)
  • Chipset: Exynos 8895 Octa
  • GPU: Mali-G71 MP20
  • Internal: 64/128/256 GB, 6 GB RAM
  • External Memory: microSD, up to 256 GB (dedicated slot) - single-SIM model
  • microSD, up to 256 GB (uses SIM 2 slot) - dual-SIM model
  • Battery: Non-removable Li-Ion 3300 mAh battery
  • Talk Time: Up to 22 h (3G)
  • Colors: Midnight Black, Maple Gold, Orchid Grey, Deep Sea Blue
Connectivity Connectivity
  • GPRS: Yes
  • EDGE: Yes
  • 3G/4G Speed: HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (4CA) Cat16 1024/150 Mbps
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
  • Bluetooth: 5.0, A2DP, EDR, LE
  • NFC: Yes
  • USB: 3.1, Type-C 1.0 reversible connector
Entertainment & Features Entertainment & Features
  • Sensor: Iris scanner, fingerprint (rear-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer, heart rate, SpO2
  • GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS, BDS, GALILEO
  • Messaging: SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
  • Radio: No
  • Browser: HTML5
  • Java: No
  • - Samsung Desktop Experience support
  • - Fast battery charging (Quick Charge 2.0)
  • - Qi/PMA wireless charging (market dependent)
  • - ANT+ support
  • - S-Voice natural language commands and dictation
  • - MP4/DivX/XviD/WMV/H.265 player
  • - MP3/WAV/WMA/eAAC+/FLAC player
  • - Photo/video editor
  • - Document editor
Camera Camera & Video
  • Primary: Dual 12 MP, f/1.7 & f/2.4, Dual OIS, phase detection autofocus, 2x optical zoom, dual-LED (dual tone) flash
  • Secondary: 8 MP, f/1.7, autofocus, 1/3.6" sensor size, 1.22 µm pixel size, 1440p@30fps, dual video call, Auto H
  • Video: 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@240fps, HDR, dual-video rec.
  • Feature: 1/2.55" sensor size, 1.4 µm pixel size @ 26 mm1/3.6" sensor size, 1.0 µm pixel size @ 52 mmGeo-tagging, simultaneous 4K video and 9MP image recording, touch focus, face/smile detection, Auto H
Screen Screen
  • Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
  • 6.3 inches (~83.2% screen-to-body ratio)
  • 1440 x 2960 pixels (~521 ppi pixel density)
  • Multi Touch: Yes
  • Corning Gorilla Glass 5
  • - HDR10 compliant - 3D Touch (home button only) - Always-on display - Grace UX UI
Sound Sound & Music
  • Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loud Speaker: Yes
  • 3.5mm jack: Yes
  • - 32-bit/384kHz audio - Active noise cancellation with dedicated mic
  • Radio: No


Kelebihan Samsung Galaxy Note 8

  • Seluruh permukaan telefon (casing) dilapisi dengan bahan metal aluminium alloy dengan layar paparan yang tidak terhingga (infinity display) sehingga menjadikan penampilannya kelihatan begitu mewah dan elegan.
  • Ia masih cantik dalam kelasnya dengan menggunakan 2.5 D Curved Glass yang menampakkan lengkungan di kedua sisi layar
  • Memiliki S-Pen yang mempunyai pelbagai fungsi dalam penggunaannya antaranya dapat melukis sendiri emoji yang diingini, membuat animasi atau menulis mesej pada gambar. Malah S-Pen ini juga membantu memudahkan penggunaan telefon ini.
  • Dilengkapi dengan IP68 ( tahan air dan debu ) menjadikan ia sesuai untuk dibawa ke kawasan riadah yang berasaskan air. Jadinya boleh bergambar di dalam air.  
  • Ia didatangkan dengan dwi SIM yang dapat diaktifkan secara bersama dan ianya disokong dengan jaringan 4G LTE Cat 6
  • Layar seluas 6.3’ inci menjadikan ia sesuai untuk melakukan tugasan mudah tanpa menggunakan notebook selain menonton video atau bermain permainan video.
  • Ia didukung teknologi super AMOLED dengan resolusi 2160 x 3840 pixel, yang memberikan tampilan layar yang tajam, jernih dan terperinci.
  • Dilengkapi dengan layar Corning Gorila Glass 5 jadi tidak perlu risau terjadinya calar atau garisan pada layar
  • Beroperasi menggunakan OS Android v 7.0 Nougat, yang menjadikan ianya lancar selain menawarkan banyak aplikasi baru di Playstore
  • Didukung pemprosesan Exynos 8895 Octa Core yang dapat mempercepatkan operasi telefon dan ianya distabilkan oleh GPU Mali-G71 MP20
  • Mempunyai RAM 6 GB, yang dapat melakukan pemindahan aplikasi dengan lancar
  • Ia juga disokong dengan ruang penyimpanan memori dalaman yang luas 64 / 128 / 256 GB, dan masih didukung slot microSD 256 GB
  • Menawarkan kamera utama Dual 12 MP, f/1.7 & f/2.4, OIS, phase detection autofocus, 2x optical zoom, dual-LED (dual tone) flash didukung kemampuan merakam video 4K, yang dapat mengabadikan setiap momen penting anda dimana sahaja
  • Ditemani kamera depan 8 MP + Autofous yang sesuai buat yang suka swafoto, gambar secara berkumpulan ataupun Live Vlogging
  • Dilengkapi sensor Fingerprint dan iris scanning untuk sistem perlindungan data peribadi. Ini bermakna sukar bagi orang lain membuka telefon anda ini.
  • Terjemahan melalui gambar atau teks yang dirakamkan memudahkan anda mencari maklumat tentang sesuatu dengan cepat dan pantas.
  • Baterai 3300 mAh yang sokongan Fast Charging pengecasan cepat,  jadinya tidak perlu menunggu lama untuk mengecas telefon ini.


Kalau ingin membeli semaklah harga Samsung Note 8 dulu agar boleh mendapati pakej yang paling memuaskan. 

Blog yang Diikuti