Langkah Bijak Menambah Tumbuh-Tumbuhan Hijau di Rumah
12/07/2017 10:01:00 AM
Cara
Untuk Menghidupkan Kediaman Dengan Tumbuh-Tumbuhan Hijau
Adakah
mata anda sering keletihan semasa bekerja di pejabat kediaman anda?
Ia mungkin kerana anda terlampau menggunakan mata anda. Selain
peraturan 20-20-20 (mengambil 20 saat untuk melihat sesuatu yang
jaraknya 20 kaki atau 6 meter dari kedudukan anda dan mengulanginya
setiap 20 minit), ia juga penting untuk menambah tumbuh-tumbuhan
hijau di kediaman anda.
Warna
hijau dengan segera menyegarkan penglihatan dan memberikan ketenangan
kepada minda anda. Ada banyak cara bagi menambah tumbuh-tumbuhan
hijau kepada kediaman anda, walaupun anda mempunyai ruang yang
terhad.
1.
Hidupkan meja anda.
Sumber: 365hangers.com |
Jika
anda masih mempunyai ruang di atas meja, letakkan tumbuhan di dalam
pasu atau balang dan letakkan ia di atas sudut meja. Bagi dapur dan
ruang tamu pula, letakkannya di tengah-tengah meja untuk menghidupkan
ruang. Anda boleh menggunakan pokok hiasan rumah yang mampu
mengurangkan habuk bahan najis bawaan udara seperti English Ivy. Satu
kajian menunjukkan yang ia menapis formadelhid yang dijumpai di dalam
beberapa produk cucian.
2.
Pasu Gantung
Sumber: vancouversun.com |
Biasanya
meja anda penuh dengan barang-barang dan jelas anda tidak memiliki
tangan dingin. Oleh itu, pilihlah kaktus! Penyelenggaraannya mudah.
Malah, anda juga boleh menjimatkan ruang dengan menggantungnya di
atas siling atau dinding, sebagaimana kaktus-kaktus comel di dalam
pasu seiras yang digantung dengan tali berwarna-warni.
3.
Bekas Menarik
Sumber: pinterest.com |
Tingkatkan
oksigen di rumah anda dengan terarium yang memikat hati! Terarium
seperti sebuah akuarium. Tetapi, ia untuk tumbuh-tumbuhan dan bukan
ikan. Ia datang dalam pelbagai bentuk, dari bulat sehinggalah kepada
berlian. Ia dibuat untuk kelihatan seperti taman mini atau hutan
dalam dunia kecilnya sendiri. Anda hanya perlu meletakkannya di atas
meja atau gantungkan ia dari atas siling.
4.
Hiasan Dinding
Sumber: decoist.com |
Meletakkan
tumbuh-tumbuhan di dalam rumah bukan sahaja meningkatkan oksigen, ia
juga merupakan hiasan dalaman. Jadi, pilih pasu-pasu dinding yang
unik dan letakkan pokok di dalamnya. Suai padankan ia dengan perabot
yang lain. Ia pasti akan menjadikan ruang tamu anda tampak lebih
cantik.
5.
Cantikkan Dinding Pembahagi Ruang
Sumber: sevenedges.com |
Banyakkan
jumlah tumbuh-tumbuhan. Kreatifkan diri dan letakkan ia pada
pembahagi ruang yang kosong. Ia sesuai bagi pejabat kediaman, dapur,
dan juga untuk ruang tamu anda.
6.
Tumbuh-tumbuhan Tiruan
Sumber: etsy.com Sumber: urbanoutfitters.com |
Jika
anda tidak suka idea memelihara tumbuh-tumbuhan di dalam rumah atau
anda tiada masa dan takut anda akan mengabaikan ia, cuba
pertimbangkan tumbuh-tumbuhan tiruan pula.
Ia
tidak semestinya pokok tiruan di dalam pasu. Boleh jadi ia kertas
dinding atau langsir bilik mandi yang bercorak daun. Kreatifkan diri
dan dapatkan sedos tumbuh-tumbuhan segar. Jika anda mempunyai
kesukaran memasang kertas dinding, lawati RecomN.com dan dapatkan
bantuan daripada pakar.
Ada
banyak lagi cara untuk mendekorasi rumah anda dengan tumbuh-tumbuhan.
Hubungi pereka
dalaman untuk membantu anda menghias kediaman anda.
Tapi, pastikan mereka boleh dipercayai. Lawati Recommend.my
dengan segera dan hantarkan pilihan anda untuk mendapatkan sebut
harga daripada pereka dalaman yang disyorkan di Malaysia.
2 comments
Tumbuh-tumbuhan mmg menyejukkan mata dan jiwa, malah memberi inspirasi juga.. menarik :)
ReplyDeleteya mampu menenangkan jiwa yang kurang tenang..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..