Penang Bridge International Marathon 2017

12/27/2017 11:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry sebelum ni Eyda cerita pasal hotel yang Eyda dan anak-anak tidur sebelum Eyda sertai larian Penang Bridge International Marathon 2017.

Acara yang Eyda nantikan sehinggakan sanggup daftar banyak acara larian yang lain untuk jaga stamina. Bukan tu saja, pelbagai perasaan Eyda rasa menantikan tibanya acara ini.


PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON 2017

Acara ini merupakan acara antarabangsa. Wah memang acara wajib diadakan setiap tahun di Pulau Pinang. Acara ini juga pastinya menguji tahap stamina dan juga tahap kepantasan peserta.

Tahun ini merupakan tahun pertama Eyda sertai Penang Bridge International Marathon (PBIM). Memang agak berdebar menantikan acara ini.

Eyda pada mulanya agak ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri dalam menjaga stamina dan juga kepantasan masa sendiri. Tapi akhirnya Eyda cuba menyahut cabaran diri dengan sertai acara ini.

Garisan permulaan bagi acara 10km dan juga Fun Run

Acara ini melibatkan kategori 42km lelaki, wanita dan veteran, kategori 21km lelaki, wanita dan veteran, acara 10km lelaki, wanita, pelajar lelaki dan pelajar wanita dan tidak ketinggalan Fun Run (8km).

Menantikan acara 10km wanita terbuka dilepaskan

Acara bagi 10km bagi wanita terbuka bermula pada jam 7.00 pagi, merupakan acara kedua akhir dilepaskan pada hari tersebut.

Semasa menantikan acara dimulakan, gerimis tiba-tiba turun membasahi bumi, nasib ianya tidak bertambah lebat dan hanya sementara sahaja. Mampu menarik nafas lega disaat itu.
Posing skit tepi jambatan nih
Bila dah berlari pastinya tangan laju nak merakamkan gambar di pertengahan larian, hasilnya dapatlah beberapa keping gambar. Tapi rasanya cukuplah sekeping saja di sini.

Cuaca agak sedikit gelap
Cuaca masih sedikit gelap, hati terus ingin menamatkan larian sebelum hujan turun. Jauh lagi perjalanan, masih ada separuh lagi ke hujung sana.

Dalam pertengahan larian ini, dapat juga berlari bersama kategori 42km yang masih belum menamatkan larian, bertambah ramai yang berlari bersama nampaknya.

Jom lari
Alhamdulillah Eyda dapat sampai mengikut masa yang ditetapkan dan dapat membawa pulang medal yang comel. Satu pencapaian yang tidak Eyda sangka dapat perolehi pada ketika itu.

Akhirnya medal Penang Bridge International Marathon 2017 menjadi milik Eyda

Masa 1 jam 31 minit merupakan satu catatan masa terbaik yang Eyda pernah catatkan untuk larian 10km. Sebelum ini Eyda hanya berlari sekitar 5-8km sahaja.


E CERTIFICATE DAN TIMING CHIP

Bila menyertai larian sebegini, adakalanya sijil penyertaan hanya diberi dalam bentuk digital, maknanya kita perlu muat turun sendiri sijil yang kita perolehi. Untuk acara PBIM 2017 ini, link e certificate PBIM 2017 ini boleh digunakan untuk memuat turun sijil masing-masing.


Sijil PBIM Eyda

Mungkin ada yang tidak biasa dengan larian yang ada timing chip kan, dibelakang nombor bib yang ada timing chip selalunya akan ada QR Code dan bar kod masing-masing. Jadi apabila kita berlari melalui pengimbas timing chip, catatan masa kita semasa melaluinya akan dicatatkan.

Alat pengimbas timing chip macam gambar di bawah ya, kena melalui kawasan hitam tu untuk dibaca pada alat dihujungnya.

Timing chip


Jadi kalau ada larian yang melibatkan timing chip kena lalu di atasnya ya, jangan elakkan kawasan ini, nanti anda dianggap sebagai menipu dalam larian.


You Might Also Like

10 comments

  1. Haritu nak join juga, tapi ada hal pulak. Bestnya!
    Btw fatin follow dekat sini. Salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka Fatin Shahrizam, tak apa tahun depan ada lagi.. salam kenal juga dari Eyda..

      Delete
  2. Hello visit here ! feel free to join my giveaway ;)



    http://princessdreamerdairy.blogspot.my/2017/12/giveaway-giveaway-by-princess-fazz-my.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Princess Fazz.. in shaa Allah Eyda join ya..

      Delete
  3. jeles tengok kak eyda rajin joint marathon.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan laa jeles Shahida, ini pun adakalanya terbabas juga.. mampu join fun run dan paling jauh pun 10km ja.. marathon tu, belum tiba masanya..

      Delete
  4. Hebatlah, Eyda! Kalau saya memang tak mampu.
    Eyda, nanti buatlah entri update berapa banyak medal Eyda berjaya kumpul tahun ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Farrah, belum hebat lagi nih.. masih banyak perlu perbaiki dan belajar dalam aktiviti sebegini.. mempunyai rakan yang mempunyai minat yang sama juga turut sama membakar semangat dalam aktiviti sebegini..

      Ya Eyda akan update entri mengenai medal nanti.. kat fb dan ig Eyda dah selitkan pasal medal ni kan..

      Delete
  5. Plan nk join la hjung tahun ni kalau still buat lg. Blh sambil2 bawak family bercuti kat penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom laa join Papaglamz. In shaa Allah pendaftaran akan dibuka bulan 3 ni. Kalau boleh tempah hotel awal, sebab Eyda pun hari tu susah nak booking hotel yang terhampir dengan lokasi shuttle bus..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti