minuman

Moodmojee Menampilkan Minuman Unik dan Sedap

12/06/2018 08:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pihak Anchor Food Professional telah pun melancarkan kempennya yang terbaru iaitu Moodmoojee.


Kempen Moodmojee ini menampilkan 6 minuman bercirikan kesukaan rakyat Malaysia yang baru dengan menggunakan produk tenusunya.

Di dalam kempen Moodmojee ini, pihak Anchor telah bekerjasama dengan 15 outlet makanan dan minuman di seluruh Malaysia. Minuman yang berasaskan kopi, teh dan kopi ini mampu memberi "Mood Booster" kepada peminumnya.

Kempen ini bukanlah yang pertama ditampilkan oleh pihak Anchor kerana sebelum ini pihak Anchor pernah menjalankan kempen seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor TravelCakes.



Pengurus Jualan National Chua Chern Shian yakin bahawa penggemar kopi, teh dan coklat pasti akan menyukai minuman baru ini.

Menurut beliau, minuman tenusu sangat popular di negara Barat. Oleh itu, kali ini mereka ingin menggabungkan pelbagai bahan bagi menghasilkan minuman yang mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Enam minuman yang dimaksudkan ialah Lemon Mint Meringue, White Chocoffee, Kaya-nika Fusion, Pom and Grey Twist,  Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise. Semua minuman ini dihasilkan dengan menggunakan produk tenusu Anchor termasuklah susu penuh krim, keju krim dan juga krim putar.

Semua pengusaha juga diberikan kursus dalam menghasilkan semua minuman ini bagi memastikan rasa yang sama di semua outlet.

Untuk pengetahuan, semua produk yang digunakan di dalam penghasilan minuman ini telah pun berada di dalam pasaran Malaysia sejak tahun 70-an lagi. Kini pihak Anchor ingin mempelbagaikan cara yang lebih kreatif untuk menarik lebih ramai menikmatinya.

Moodmojee di Overstepped Sungai Petani

Baru-baru ini, pihak Anchor Food Professional telah mengadakan kempen Moodmojee di Overstepped Cafe, Taman Sejati dan Overstepped Cafe Perdana Height di Sungai Petani.

Tahukah anda, produk Anchor yang seringkali digunakan di dalam makanan ini, telah digunakan dalam minuman.

Ia kedengaran pelik bukan tetapi ianya telah menghasilkan minuman yang unik dan sedap.

Antara minuman yang dimaksudkan ada di dalam kempen ini. Eyda juga sempat merasai sendiri 3 jenis minuman iaitu Lemon Mint Meringue, White Chocoffee dan Kaya-nika Fusion.


Minuman Lemon Mint Meringue mirip rasa lemon yang berkrim kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, meringue (telur putih) dan ditambah dengan biskut lemon di atasnya.


Minuman White Chocoffee sesuai bagi yang meminati kopi dan coklat kerana minuman ini menggabungkan keduanya kopi putih dan coklat disamping Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream dan juga bersama mentega kacang.


Minuman Kaya-nika Fusion pula mirip rasa cendol kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, lapisan kaya,  gula melaka, pulut dan kacang merah.

Kempen ini telah bermula November 2018 hingga Januari 2019.

Jadinya penduduk sekitar Sungai Petani bolehlah merasai sendiri minuman yang telah diperkenalkan ini.

Outlet yang turut sama dalam minuman Moodmojee 

Hoon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor

Gafe Cafe - Semenyih, Selangor

Love Tea F & B - Kulai, Johor

Living Room - Johor Bahru

Cofeology Cafe & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka

Overstepped - Sungai Petani, Kedah

La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah

Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang

HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Pulau Pinang

La Taste - Butterworth, Pulau Pinang

Family Confectionary - Kampar, Perak

Baker's Hut - Seri Manning, Perak

Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah

Chub's Grill - Kota Kinabalu, Sabah

Cafe, Chiu - Kota Kinabalu, Sabah

Lucky Bean - Kota Kinabalu, Sabah


larian

5km Possible Fun Run PDRM Kuala Muda 2018

11/19/2018 12:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti biasa larian untuk kesihatan masih lagi Eyda buat. Tapi kali ni larian secara fun run saja.

Pada mulanya Eyda menolak untuk daftar larian nih memandangkan esoknya Eyda ada larian di Kuala Kangsar. Tapi memandangkan kawan-kawan Eyda ajak, Eyda pun setuju untuk daftar demi kawan-kawan.

Nasib laa larian fun run jer, jadinya boleh buat secara santai sedikit. Kalau competitive tak boleh laa terlalu santai sangat. Tak pasal jadi antara yang terakhir pula, hahaha.

Okay sudah-sudah laa membebel kan. Nak cerita di hari kejadian. Pagi tu jalan agak basah sebab malam sebelum tu hujan.
 
Apapun masa event cuaca agak baik. Eyda sampai sana sekitar jam 6.45 pagi. Eyda sampai lebih kurang dengan Farah. Acara pagi tu bermula dengan zumba.


Zumba

Tapi Eyda dengan Farah buat hal sendiri kat belakang. Sempat laa wefie dan warming up cara kami sendiri. Tak mampu nak ikut step zumba yang agak laju, nanti tak pasal-pasal sakit badan sendiri.


Acara larian dimulakan sekitar jam 7.30 pagi. Cuaca pun mulai cerah, ramai juga yang sertai larian ni termasuklah budak sekolah. Kalau ikutkan pendaftaran dibuka kepada 1,000 orang sahaja.

Memulakan acara larian
Bila berlari, mula laa nak rakam beberapa gambar. Disebabkan aplikasi Runkeeper sedikit masalah, maka sesi bergambar pun ala kadar saja.

Antara peserta larian
Eyda berlari dalam kelajuan biasa saja, asalkan dapat tamatkan larian dengan baik dah memadai. Takut jugak cedera sebabnya esok ada larian lagi. Bagus letak sijil dalam plastik, sekurang-kurangnya tak rosak sebab terkena air dan sebagainya.

Medal dan sijil penyertaan
Sesi bergambar dengan medal tu biasa laa. Tanda berjaya menghabiskan larian tersebut. Antara perkara yang seronok dalam berlari, dapat mengeluarkan peluh, menyihatkan badan, dapat melakukan aktiviti ni bersama kawan-kawan, dapat kawan baru dan tidak ketinggalan dapat kumpul medal yang cantik.

Gembira dengan medal terbaru
Terima kasih Farah dan Nida kerana mengajak Eyda sertai korang kali nih. Sesesungguhnya seronok bila dapat buat aktiviti ni bersama korang.


Tabik Eyda kat Farah dan Nida nih, sebab walaupun kurang sihat diaorang sertai juga larian kali ini. Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.


kedai makan

Western Homemade Sedap di JS 17 Cuisine, Penang

11/16/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bila berkunjung ke Pulau Pinang, pastinya lokasi tempat makan menjadi pertanyaan.

Bukan apa, Pulau Pinang kan merupakan antara tempat yang menjadi syurga makanan. Pelbagai makanan yang sedap ada di Pulau Pinang.

Baru-baru ini Eyda berkesempatan singgah makan di Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang.

Lokasi yang menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman dengan kawasan tempat makan yang terbuka.

Di sana, Eyda makan di kedai makanan western di JS 17 Cuisine. Iaitu kedai yang menyediakan  homemade burger dan western food.


Mesti ada yang tertanya kan apa istimewanya menu western yang disajikan di JS 17 Cuisine. Sebenarnya keistimewaan yang ada pada menu western JS 17 Cuisine itu sendiri ialah semua bahan yang digunakan dalam penyediaan semua menu daripada bahan mentah sehinggalah ke sosnya dibuat sendiri oleh pemiliknya.

Jadinya tak mustahil menu yang disajikan disini lain daripada yang lain kerana cara pembuatannya itu sendiri.

Banyak menu yang disajikan di sini sedap dan pastinya memenuhi tekak peminat menu western. Tak percaya? Tengoklah apa yang disajikan di sini.

Jika anda antara pengemar cheese, anda boleh memilih antara menu di bawah nih. Semuanya sedap kerana ia penuh dengan limpahan campuran 3 jenis cheese menjadikan cheezy mozarellanya begitu sedap dengan warnanya yang menarik.


Chicken Chop Mozarella Cheese

Chicken Mozarella Cheese Burger
Soft Crab Special Burger Mozarella

Meatball Cheezy

Cheezy Chicken Wing

Jika anda tidak meminati cheese dan lebih suka menu yang pedas. Anda jangan risau, anda boleh memilih menu yang dipenuhi dengan sos black pepper.

Bukan saja sos ini sedikit pedas malah ianya penuh dengan biji lada yang boleh anda kunyah bagi menambahkan lagi rasa pedas. Untuk pengetahuan anda, sos black papper ini juga dibuat sendiri oleh pemiliknya.

Chicken Chop Blackpepper

Fish and Chip Blackpepper

Lamb Chop Blackpepper

Jumbo Sausage Blackpepper

Kalau anda nak tahu, anak Eyda sukakan menu Chicken Chop Mozarella Cheese kerana limpahan sos cheese dia yang sedap sampaikan dia makan dengan cicah sos tu sehingga licin.

Tidak ketinggalan Lamb Chop Blackpepper juga menjadi pilihan anak Eyda kerana kerana dia sukakan menu yang sedikit pedas.

Selain daripada pilihan menu di atas, ada lagi menu lain yang korang boleh pilih. Pastinya rambang mata untuk memilih menu yang diingini.




Untuk pengetahuan anda juga, jika anda sukakan tempat terbuka dan memilih menu lain sebagai memenuhi tekak anda. Kompleks Makanan Padang Brown tempat yang sesuai buat anda.

Jika anda lebih suka tempat yang agak tertutup dan sedikit privasi, anda boleh ke HQ JS 17 Cuisine yang bertempat di Komplkes Letak Kereta Bertingkat, Bangunan MBPP.

Ohh sebelum Eyda terlupa, pihak JS 17 Cuisine juga menawarkan perkhidmatan penghantaran di Pulau Pinang. Untuk pembelian melebihi RM50 anda layak mendapat khidmat penghantaran secara percuma. Walaubagaimana pun perkhidmatan ini tidak termasuk kawasan Balik Pulau dan Seberang Perai.


Alamat JS 17 Cuisine

Cawangan



JS 17 Cuisine
No 45, Kompleks Makanan Padang Brown
Jalan Dato Keramat
Pulau Pinang

Waktu Perniagaan
4.00 petang hingga 11.00 malam
Setiap hari (Isnin - Ahad)
 

HQ:



JS 17 Cuisine
Lot 17, Kompleks Letak Kereta Bertingkat
Bangunan MBPP 
10300 Georgetown
Pulau Pinang
(Landmark dalam bangunan Kompleks Letak Kereta Bertingkat Berdepan Standard Charted Bank)
 
Waktu Perniagaan 
11.00 pagi hingga 11.00 malam
Cuti hari Ahad

Servis penghantaran

Sila hubungi
017-5377747 untuk tempahan

Info

izzat

Penganugerahan Rambu Pengakap Negeri Kedah

10/29/2018 01:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsikan mengenai pencapaian anak Eyda iaitu Izzat dalam kokurikulum.

Penerima Anugerah Rambu Daerah Kulim / Bandar Baharu




Alhamdulillah pada 17 Oktober 2018 baru-baru ini, Izzat antara 900 orang ahli pengakap Kedah telah pun menerima anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak dalam Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al-Farabi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Izzat bersama rakan sekolah yang manjadi Penerima Rambu Kanak-Kanak

Tak sangka Eyda yang Izzat mampu mencapai kecemerlangan tertinggi dalam pengakap berdasarkan info yang Eyda ambil nih.


Pesuruhjaya Program Negeri, Badrul  Hisham Abdullah berkata, majlis berkenaan diadakan untuk memberi penghargaan atas pencapaian ahli pengakap yang memenuhi syarat kelayakan pemakaian rambu dan sijil di negeri ini.

Katanya, pihaknya ingin memberi  pengiktirafan kepada Pengakap Kanak- Kanak yang lulus lencana Emas, Pengakap Muda lulus lencana Jaya dan Pengakap Remaja lulus lencana Tertinggi.

"Anugerah Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri serta  Sijil Rambu Pengakap adalah anugerah kecemerlangan tertinggi dicapai seseorang ahli pengakap.

"Mereka akan diberi penghargaan itu setelah berjaya menyempurnakan semua  lencana kemajuan dan kepandaian serta memenuhi syarat berdasarkan Skim Latihan Pengakap Malaysia," katanya.

Menurutnya, anugerah berkenaan diharapkan membantu memberi perangsang  dan semangat kepada penerima dan rakan-rakan pengakap lain untuk terus maju dalam perkara dilakukan mereka.

Terdahulu, Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Aziz Selaiman.

Kredit gpsbestari

Tahniah Izzat dan kawan-kawan. Kamu dah tunjukkan bahawa kamu juga mampu berjaya dan aktif.

filem

Tayangan Perdana Filem Hunter Killer

10/25/2018 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 23 Oktober 2018 yang lalu, Eyda mendapat jemputan untuk menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer yang berlangsung di GSC, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Filem Hunter Killer ini merupakan filem penuh dengan pelbagai aksi dan babak yang mendebarkan. Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Gerard Butler, Gary Oldman, Common dan  Linda Cardellini.

 
Filem Hunter Killer ini berkisarkan mengenai Joe Glass yang ditugaskan sebagai kapten kapal selam Hunter Killer untuk menyiasat dan menjalankan misi mencari sebuah kapal selam Tampa Bay milik Amerika Syarikat yang telah hilang daripada radar ketika berada di Lautan Barents, di perairan Rusia.

Hasil pemantauan dan siasatan yang dijalankan, Joe Glass dan kru kapal selamnya mendapati kapal selam USS Tampa Bay tersebut telah diserang dengan torpedo oleh pihak Rusia. 

Malah dalam kejadian itu juga, Joe Glass mendapati ada sesuatu yang pelik berlaku kerana kapal selam Konek milik Rusia turut diserang seperti disabotaj.

Oleh itu, Joe Glass mengarahkan kru kapal selam untuk menyelamat kru kapal selam Rusia yang masih hidup untuk membantu mereka menyiasat mengenai kejadian tersebut.

Selain itu, pihak Amerika juga turut menghantar satu pasukan elit Amerika Syarikat Navy SEAL untuk menjadi pemerhati dan menyiasat di sekitar Pangkalan Angkatan Laut Rusia di Polyarny iaitu kawasan Teluk Kola, Rusia Utara.

Dalam tinjauan tersebut, mereka mendapati Presiden Rusia, Zakarin telah dijadikan tahanan oleh Menteri Pertahanan Rusia, Laksamana Dmitri Durov dan telah membunuh pengawal peribadi Presiden Rusia itu sendiri dalam usaha rampasan kuasa tanpa pengetahuan kerajaan Rusia.

Melalui maklumat ini, pihak Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menjalankan misi menyelamat Presiden Zakarin seterusnya mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Oleh yang demikian, Joe Glass bersama kru kapal selamnya bersama pasukan elit Navy SEAL diarahkan untuk berganding bahu dalam usaha menyelamat Presiden Rusia yang berada di Pangkalan Angkatan Laut Rusia, Polyarny.

Pelbagai ranjau yang perlu dilalui sepanjang perjalanan kapal selam Hunter Killer dan pasukan elit Navy SEAL dalam usaha menyelamat Presiden Zakarin. 

Dapatkah Joe Glass bersama kru kapal selam dan pasukan elit Navy SEAL menyelamatkan Presiden Rusia di Pangkalan Angkatan Laut Rusia, Polyarny?

Mampukah kapal selam Hunter Killer yang dinaiki Joe Glass bersama kru kapal selam melalui pelbagai alat senjata, periuk api dan pengesan sonar yang hebat? 

Adakah usaha Joe Glass dan pasukannya ini mendapat kerjasama yang baik daripada tentera laut Rusia dan kapten kapal selam Rusia, Kapten Adropov untuk membantu mereka dalam usaha menyelamatkan Presiden Rusia itu sendiri? 

Jom sama-sama kita saksikan filem yang penuh aksi dan babak yang mendebarkan selama 2 jam 2 minit ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 25 Oktober 2018.



Terima kasih Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd. dan Ringotail kerana sudi menjemput Eyda untuk turut sama menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer ini.
 
kredit IG @ninvhmd
 
Bagi yang meminati filem aksi sebegini, anda mesti tonton filem ini. Kalau anda nak tahu, Eyda bagi 5/5 bintang untuk filem yang mantap ini. Tidak rugi anda menontonnya. Selamat menonton


fun run

USM - Mekarsari Pink October Fun Run 2018

10/19/2018 04:39:00 PM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah aktiviti sihat Eyda masih diteruskan walaupun adakalanya aktif dan kadangkala sedikit kurang. Apapun aktiviti ini masih diteruskan mengikut keadaan semasa.

Baru-baru ini Eyda ada sertai satu larian fun run sempena bulan kesedaran Kanser Payudara. Larian ini diadakan sebagai kesedaran dan sebagai penyuntik semangat buat pesakit kanser payudara malahan juga buat bekas pesakit payudara.

Larian ini diadakan di IPPT USM (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju) Universiti Sains Malaysia di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang dengan penaja bersama Mekarsari.


Acara larian ini dimulakan dengan aktiviti zumba seterusnya bermulalah acara larian fun run sejauh 5km.



Tapi Eyda dan kawan-kawan tak join pun zumba sebab takut sakit badan pula nanti.


Tidak ketinggalan bodyguard atau peneman jugak kami bawa bersama untuk memeriahkan suasana.



Aktiviti wajib mestilah selfie

Larian pada kali ini, Eyda mengambil keputusan untuk berlari secara santai memandangkan kaki Eyda tak berapa okay sebenarnya. Larian kali ini turut disertai oleh peserta orang kurang upaya (OKU). Agak ramai juga sekitar 10 orang.



Ada juga gambar Eyda yang sempat dirakamkan oleh jurukamera acara. Terima kasih Running Image di atas gambar ini.



 
Alhamdulillah Eyda akhirnya menamatkan larian dengan baik walaupun selepas sampai Eyda rasa hampir nak pitam. Eyda terpaksa duduk seketika sambil biarkan badan kembali okay. Sambil-sambil tu sempat rakamkan gambar sijil bersama medal yang diterima.



Acara diteruskan lagi dengan zumba. Kali ini dibuat di bawah khemah. Tapi Eyda tak join pun, sibuk snap gambar dan rehat jer.



Puas juga mencari nama sendiri, akhirnya jumpa juga. Nasib dia susun nama ikut abjad, kalau ikut nombor daftar, susah juga nak mencari nama sendiri.



Seterusnya upacara perasmian oleh YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.



Selesai upacara perasmian, acara diteruskan dengan pemberian sumbangan kerusi roda oleh YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang kepada IPPT USM dan cabutan bertuah hadiah utama berupa sebuah motorsikal SYM.


Tidak ketinggalan pelari solo wanita iaitu Mejar (K) Suwaibah binti Mohd Nasir turut memeriahkan majlis tersebut.


Acara seterusnya Solidarity Walk oleh bekas pesakit kanser payudara dan juga peserta larian yang ingin turut sama meraikan.





Acara cabutan bertuah disambung lagi. Kali ini Eyda betul-betul tak sangka yang Eyda menjadi antara orang yang bertuah mendapat hadiah.

Eyda dapat membawa balik sebuah basikal. Nampaknya Eyda kena rajin-rajin berbasikal nampaknya. 


Apapun seronok kerana aktiviti kali ini Eyda buat bersama sahabat Eyda. Terima kasih Farah Fardini tolong tumpangkan basikal tu balik ke rumah.

Posing akhir sebelum bawa balik basikal

Eyda juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr Cheah di atas sumbangan hadiah basikal ini. Semoga Mr Cheah diberikan kesihatan yang baik dan bebas sepenuhnya daripada kanser.




Gambar kredit Running Image


Blog yang Diikuti