2018
1/02/2018 10:41:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah sudah memasuki hari kedua kita di tahun 2018. Rasanya masih belum terlambat untuk Eyda ucapkan Selamat Tahun Baru 2018.
kredit |
Macam mana pencapaian diri korang tahun 2017? Bagi diri Eyda ianya ada pelbagai, ada yang indah, baik dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Walau apapun banyak yang Eyda dapat banggakan untuk tahun 2017.
Alhamdulillah Eyda dapat berdikari dalam menempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2017. Semoga ianya menjadi kekuatan Eyda untuk meneruskan kekuatan ini di tahun 2018.
Antara pencapaian Eyda pada tahun ini ialah 52 Weeks Money Challenge. Wow Eyda dapat menyimpan dan berjaya melengkapkan cabaran menyimpan duit selama 52 minggu. Terima kasih Farrah MF kerana mencetuskan idea menyimpan duit ini.
Tidak ketinggalan Eyda dapat melakukan aktiviti sihat iaitu berlari, berjalan dan tidak ketinggalan hiking. Aktiviti berlari yang Eyda lakukan ini adalah antara catatan indah sepanjang tahun 2017. In shaa Allah ianya akan diteruskan lagi di tahun 2018.
Cerita mengenai bilangan medal dan larian Eyda di tahun 2017 akan Eyda coretkan nanti. Maaf kerana agak ketinggalan untuk mengemaskini cerita mengenainya. Kekangan masa dan keadaan agak mengganggu Eyda sejak akhir-akhir ini.
Moga di tahun 2018 Eyda dapat menyiapkan seberapa banyak entri walaupun mungkin akan ada cerita lama yang Eyda coretkan di sini.
Apapun terima kasih korang kerana sudi menjadi sahabat Eyda sehingga kini.
8 comments
Tak sabar nak baca entri mengenai bilangan medal. Siqah ada satu medal je tahun lepas. Haru betul. Haha.
ReplyDeleteHappy New Year Eyda! :)
In shaa Allah esok Eyda publish entri mengenai jumlah medal yang terkumpul di tahun 2017..
DeleteSelamat tahun baru kak
ReplyDeleteselamat tahun baru Ekin..
Deletesinggah membaca...selamat tahun baru 2018.. :)
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membaca Saif Haqiem
Deletekena jadikan Eyda idola ni...masuk aktiviti larian
ReplyDeleteidola ke? ishh macam tinggi sangat penghargaan tu.. ermm klu sis Jm tak boleh nak join aktiviti larian pun, cuba banyakkan berjalan dalam sehari dan cuba joging di hujung minggu..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..