7 Tanggapan Salah Mengenai Larian Oleh Pelari Baru

1/24/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsi satu perkongsian daripada seorang doktor mengenai larian.

kredit Google

Eyda tahu masih ramai yang beranggapan mereka tidak boleh dan tidak mampu berlari. Eyda juga pernah beranggapan sebegini sehinggalah dua tahun lepas telah mengubah tanggapan ini kepada Eyda yang kini.

Sebenarnya semua orang mampu berlari seperti mana Eyda sekarang. Ada cara untuk anda berlari dan kekal aktif dengan aktiviti larian.

Jom kita baca dan hayati dengan apa yang disampaikan oleh Dr Fadly Khairie. Jangan tak tahu Eyda juga memang mempraktikkan cara sebegini untuk kekal berlari sehingga kini.


MITOS TENTANG LARIAN / JOGGING UNTUK MEREKA YANG  BARU NAK BERMULA

Sukan larian semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Event pun semakin banyak tidak seperti dulu. Tapi saya perasan masih ada beberapa salah faham tentang sukan ini sendiri.

1 Berlari ni kena laju. Saya tak boleh lari laju.
Kita kena beza antara berlari atau berjogging dengan lari pecut. Yang kita nampak lari macam pelesit tu lari pecut, kalau mula berlari tak perlu laju macam usain bolt, laju macam mo farah pun tak payah, cuba mulakan dengan berjalan kemudian cepatkan sedikit langkah. Ha! dah lari lah tu

2 Saya tak mampu lari tanpa henti. Saya lari sekejap lepas tu berhenti.
Ok lah tu, percaya tak orang yang lari full marathon (42km) atau ultramarathon (50-100km) but sekejap berlari sekejap berjalan. Tak pernah jadi berdosa kalau anda selang lari dengan jalan. Siap ada nama lagi teknik ni. Kita panggil teknik Jeff Galloway. Jangan tak percaya ada orang pernah menang event marathon guna teknik ni.

3 Saya lari sikit je dah tercunggap-cunggap.
Itu tandanya anda lari terlalu laju. Lari dalam keadaan anda boleh bersembang dengan kawan sebelah. Kalau anda rasa tercunggap-cunggap perlahankan kelajuan.

4 Macam mana lah saya nak masuk 5km? 500m pun saya tak mampu nak lari.
Untuk permulaan lupakan jarak ini semua. Kalau nampak orang lain tunjuk dia lari jauh-jauh pedulikan semua itu. Mulakan dengan jumlah masa. Minggu ini saya dapat lari sebanyak 30 minit, 2 minggu lagi saya dapat lari 45 minit. Jarak itu akan datang sendiri bila stamina anda meningkat

5 Saya tak mampu nak beli jam lari gps mahal-mahal macam semua orang.
Untuk orang yang baru berlari jam gps adalah satu kemewahan berbanding keperluan. Jam beli dekat pasar malam pun dah cukup untuk dah berapa lama anda dah lari. Lepas itu pastikan anda lari tak tercunggap-cunggap. Cukuplah tu

6 Saya tengok semua beli kasut canggih-canggih. Saya beli kasut murah waktu diskaun ok ke?
Ok sangat. Kasut yang sesuai bukanlah kasut yang mahal tetapi kasut yang sesuai dengan kaki anda. Kasut yang mahal tapi masih menyebabkan kecederaan pun tak berguna juga. Lagi satu dah ada kasut, stokin, seluar dan baju lari mahal bukan bermakna anda terlepas dalam melecet dan lelasan di lipatan, kalau ini selalu berlaku sapukan vaseline di bahagian tersebut sebelum berlari.

7 Saya gemuk/ tua. Saya tak mampu lari. Orang kurus/muda bolehlah lari. Diorang kuat stamina.
Saya banyak kali berlari dan tiba-tiba ada orang yang badan lagi besar atau ada uncle/auntie yang lagi tua potong saya. Yakin dengan diri sendiri. Stamina itu boleh dilatih. Tapi kalau orang tua yang ada kencing manis/darah tinggi kena periksa dulu dengan doktor, kena pastikan jantung tiada masalah sebelum berlari.

Ini dulu saya sertakan. Untuk kebanyakan masyarakat, kita mula berlari asalnya adalah untuk kesihatan jadi tak perlu kita disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Larian yang sihat adalah larian dalam kadar yang sederhana tanpa risiko kecederaan. Nanti bila dah lama berlari anda nak cari keseronokan lain pula seperti pace/endurance. Itu cerita lain pula.

Nikmatilah larian anda seadanya. Pastikan anda sentiasa sihat dan elakkan kecederaan.

Marathoner anda
Doktor Kesihatan Awam


Jom kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan cuba menukar tanggapan sendiri berkaitan larian dan mempraktikkan tips yang telah disampaikan oleh seorang doktor yang turut sama terlibat dalam aktiviti larian termasuklah larian marathon.



You Might Also Like

10 comments

  1. good sharing...cikyan pon slalu ada tanggapan mcm tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya pun sama pernah ada tanggapan sebegitu.. apapun ianya satu perkongsian yang bagus kan.

      Delete
  2. Replies
    1. ya tips yang bagus untuk sesiapa yang ingin melakukan aktiviti berlari..

      Delete
  3. Replies
    1. tips yang memang bagus untuk yang ingin memulakan aktiviti berlari.. you are welcome Fatyn Eisa..

      Delete
  4. makna nya lepas baca entri ni tiada alasan lagi utk tidak berlari..sis JM plan esok nak pegi joging..kira berlali jgk la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tiada lagi alasan untuk sis JM berlari atau joging.. buat aktiviti yang agak ringan dahulu bagi badan selesa dengan aktiviti baru yang sis JM nak mulakan nih..

      Joging pun dah bagus tu sis JM..

      Delete
  5. sama la kak eyda
    dulu mcm mls nak join
    5km tu sgt jaoh dok bayangkan mase sekolah join marathon tu
    tp bile da join
    ade je yang berjalan sepanjang 5km..
    xde la beria berlari
    kita nk suke2 je kadang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Ayu.. akak pun klu join 5km atau fun run tu tak adalah sampai pulun lari ke joging sesangat.. biasa selang seli dengan berjalan.. asalkan sampai.. tapi ada juga register 10km nih, saja nak mencabar diri..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti