OBS Run 2017
1/10/2018 04:39:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ehh tak habis lagi cerita larian tahun lepas ya, memang tak penuh pun larian tahun lepas yang Eyda ceritakan kat sini.
Apapun Eyda hanya habiskan cerita larian terakhir di tahun 2017. Eyda akan sambung cerita larian di tahun 2018 nanti.
Medal terakhir di tahun 2017 |
Di awal tahun 2018, dah banyak larian yang Eyda daftarkan. Niat dihati nak kumpul larian di awal tahun dulu, pertengahan tahun mungkin akan kurangkan larian untuk tumpukan perhatian pada anak-anak.
Harap tangan tak laju untuk mendaftar sudah laa. Itulah serupa addict pula bila dah terjebak dalam aktivti sihat sebegini. Pantang tengok ada larian dan ada yang ajak, mula lah berbelah bagi nak sertai atau tak. Hehehe.
OBS RUN 2017
Larian terakhir di tahun 2017 Eyda labuhkan tirainya dengan larian OBS Run 2017. Larian yang ditemani salji, tetiba rasa ala-ala berada di luar negara gitu. Hehehe.
Larian penutup tahun 2017 ini Eyda buat secara santai bersama anak-anak Eyda. Dapat juga luangkan masa buat aktiviti sihat bersama anak-anak.
Larian ini dimulakan sekitar jam 7 pagi. Larian ini dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Di pentas utama sebelum upacara pelepasan para peserta |
Apapun semasa sampainya Eyda di sini, Eyda ajak anak-anak bergambar dulu. Yelah nanti bila dah lari susah pula nak ajak bergambar.
Muka nampak sangat macam baru bangun tidur |
Kena pakai untuk medal |
Selepas dah dengar ucapan aluan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, peserta dilepaskan dengan siraman salji buatan. Meriah rasa, macam berada di luar negara pula kan.
Semburan salji buatan |
Peserta larian |
Apapun memang larian santai bersama anak-anak kali ni. Lari bersama anak tak boleh terlalu laju sangat, kena juga ikut rentak larian mereka.
Selfie bersama Kimie |
Bila dah nama larian santai, apa lagi berposing dan ambil gambar banyak-banyak jawabnya. Jom laa layan gambar peserta larian yang lain.
Gigih snap gambar tulisan OBS Run tu |
Panjang langkah abang sebelah nih |
Bising juga di sini dengan iringan lagu |
Keadaan agak bising juga di sini dengan iringan lagu, jadinya kalau nak bersembang terpaksa kuatkan suara masing-masing.
Sambil melayan lagu, para peserta boleh bermain salji buatan yang disembur. Suka betul Kimie bermain.
Seronoknya dia boleh main salji buatan |
Gigih nak selfie dengan medal terakhir di tahun 2017 |
Bila dah jumpa Izzat apa lagi, berposing kali terakhir sebelum pulang dan singgah ke sekolah anak-anak pula selesaikan urusan pembayaran yuran dan pembelian buku kerja dan buku tulis.
Akhirnya dapat juga bergambar bersama |
Sempat juga Eyda rakamkan video ringkas detik semburan salji buatan pada hari tersebut. Jadi laa dapat juga main salji yang tak sejuk.
Okaylah, tamatlah cerita larian Eyda di tahun 2017. Cerita larian pertama di tahun 2018 akan Eyda sambung di entry akan datang,.
4 comments
Terbaiklah...aktiviti sihat..riadah santai tapi mengeratkan ukhuwah..
ReplyDeleteya betul tu Perdu Cinta.. seronok juga dapat sertai larian ini bersama anak-anak.
Deletetahun 2017 dah berapa kali Eyda join larian..rasa mcm dah byk kali kan...bagus join aktiviti mcm ni..
ReplyDeletebanyak sangat sis JM.. boleh baca dalam entry sebelumnya.. tahun ni mungkin kurang skit dari tahun ni.. nak tumpu kat Izzat yang nak exam PPSR/UPSR dan Kimie UPKK tahun nih..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..