Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini Eyda dapat menyambung balik cerita larian Eyda di tahun 2018.
Dalam bulan Januari sahaja, Eyda berjaya mendaftar 3 larian untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Kali ini lebih berkonsepkan larian dan bercuti.
Pelikat Batik Alor Setar Fun Run 2018 telah pun diadakan pada 27 Januari 2018 yang lalu berhampiran perkarangan Menara Alor Setar.
Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Mulanya ianya dijadualkan pada jam 7.00 pagi, kemudiannya ditukarkan ke jam 7.30 dalam aturcara. Akhirnya hampir jam 8.00 pagi baru acara pelepasan dimulakan.
Menteri Besar Kedah |
Gambar yang sempat dirakamkan bersama |
Antara 2000 peserta yang sepatutnya hanya 1000 peserta yang sertai Pelikat Batik Alor Setar Fun Run 2018. Ramai kan. Tapi medal hanya 500 yang disediakan tanpa pertambahan. Hanya hadiah cabutan bertuah sahaja yang ditambah.
Mereka ini juga antara yang tidak mahu berganjak dari hadapan garisan permulaan. Bagi Eyda sedikit ralat dengan keadaan ini yang agak tidak terkawal dari pihak penganjur.
Antara peserta yang menyertai |
Berswafoto, suka betoi noo. Saja nak penuhkan galeri telefon dan blog. Tak ada laa, nak tunjuk, silang kain batik kat bahu tuh. Hahaha..
Sebaik sahaja acara dimulakan, silalah berlari atau berjalan cepat ya. Ramai juga orang keika itu, agak sukar untuk mencelah, tapi disebabkan badan agak kecil, boleh jer.
Berhampiran Masjid Zahir |
Pada pendapat Eyda, sepatutnya medal disediakan untuk semua peserta jika ianya dibuat secara konsep Fun Run. Memandangkan acara ini merupakan acara berbayar bukannya percuma.
Sepatutnya jika ada pertambahan peserta, medal juga harus ditambah bukan hanya menambah bilangan hadiah cabutan bertuah.
Kualiti baju dan hasil cetakan juga tidak seperti yang diharapkan. Bagi Eyda ianya sedikit mengecewakan buat Eyda terhadap penganjur acara ini.
Acara ini boleh ditambah baik di masa akan datang dengan memperbaiki kualiti baju dan juga bilangan medal yang disediakan.
Catatan masa |
Kami pulang awal pada hari tersebut semasa acara cabutan bertuah dijalankan. Sempat juga kami bersarapan di hotel yang kami menginap.
Anak-anak pun tak mahu menunggu sehingga majlis tamat terutamanya Izzat. Sempat juga Eyda berehat di hotel sementara menantikan waktu tamat daftar keluar.
Sebelum balik, anak-anak minta untuk bermain di perkarangan Menara Alor Setar, hasilnya dapat juga bergambar.
Posing ya anak-anak |
Masing-masing dah tukar baju. Itu pun tak lepaskan peluang untuk berposing kan.
Gigih juga nak posing |
Okeylah, cerita jalan-jalan bercuti dan cari makan di Alor Setar akan bersambung di entry akan datang. Penat dah Eyda nak menaip kat sini.