Bagan Dalam Power Run 2018

2/20/2018 12:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aktiviti sihat Eyda iaitu acara larian Eyda diteruskan lagi dengan Bagan Dalam Power Run 2018 bertempat di Bagan Dalam, Butterworth.

Bagan Dalam Power Run 2018

Kali ini Eyda berlari bersama anak-anak memandangkan tarikh program tersebut merupakan cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah. Jadinya anak-anak dapat turut sama sertai bersama Eyda kali ini.

Seperti biasa bangun awal bersiap menuju ke destinasi program di Bagan Dalam, Butterworth. Alhamdulillah, Eyda dapat meletakkan kenderaan berhampiran dengan tempat program dijalankan.

Dalam masa yang sama, Kimie dapat lena lebih lama di dalam kereta. Letih sangat rupanya anak Eyda yang sorang tu.

Acara larian dimulakan bagi acara 10km dan diikuti dengan 4km fun run. Eyda dan anak-anak sertai acara 4km fun run laa, boleh lenggang lenggok skit. Hahaha.

Mulanya anak-anak berlari dahulu dari Eyda, selepas hampir 500 meter mula jumpa seorang demi seorang. Akhirnya Eyda menemani Kimie saja berlari memandangkan Izzat hilang dari pandangan mata.

Menemani Kimie sepanjang jalan, Izzat tiba-tiba hilang dari pandangan

Jalan yang dilalui pada hari tersebut juga agak baik, ditemani pokok disebahagian kecil perjalanan. Rasa tenang saja pemandangan.

Seronok jer tengok jalan nih

Larian kami pada hari tersebut mengambil masa hampir 50 minit untuk jarak hampir 5 km. Ok laa lebih berkonsepkan santai bersama anak-anak. Sebenarnya Eyda ada juga jalan secara cepat selain jogging. Tapi disebabkan kesian kat Kimie, terpaksa memperlahankan sedikit rentak jalan tu.

Catatan masa Bagan Dalam Power Run 2018

Semua orang diberikan medal dan sijil. Pokok pun jadi prop untuk snap gambar. Comel pula letak kat situ.

Sijil dan Medal
Bukan itu saja, air mineral dan juga air Warrior disediakan untuk para peserta. Larian Gelugor Power Run 2018 yang lalu Eyda dapat merasa perisa strawberi, kali ini Eyda dapat merasa perisa Lemon. Bagi Eyda strawberi sedap lagi.

Air Warrior Strawberi dan Lemon

Kami juga disajikan dengan nasi. Lupa pula nak snap gambar nasi, bolehlah lapik perut sebelum makan tengahari.

Comel plak medal Bagan Dalam Power Run 2018 ni kan. Kali kedua memakai seluar dari ididactivewear. Bagi yang ingin mencari seluar sukan muslimah yang longgar bolehlah tengok di dalam laman web tersebut.

Comel medal

Dapat jugak bergambar dengan anak-anak. Kadang tu susah betul nak ajak bergambar bersama. Sebelum nak balik, kita bergambar sekeping dulu.



Okaylah, nanti kita sambung larian kedua bersama anak-anak. Larian tu pakej bercuti sama. Kat mana, tunggu entri akan datang.


You Might Also Like

8 comments

  1. tahun ni ayu blm smpat lg join mane2 funrun.. kekangan mase

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, nanti2 ada laa tuh.. bila dah mula terjebak, rasa nak join jer mana-mana event kan Ayu..

      Delete
  2. Wah!! Aktiviti yg sihat utk dilakukan bersama anak2.. bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya aktiviti sihat yang bagus buat bersama anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah anak-anak pun suka sertai aktiviti sebegini.

      Delete
  3. Replies
    1. thanks Shahida.. tengah berusaha nih tingkatkan stamina diri..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti