Keputusan UPKK 2017

2/02/2018 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah seminggu Eyda tak mengemaskini blog. Kekangan masa dan tugas hakiki agak membataskan.

Ada saja, entry yang masih dalam draf, masih belum dapat siarkan lagi kerana masalah nak edit gambar. Memang agak membataskan bila melibatkan edit gambar atau video.

Okeylah, hari ini Eyda nak kongsikan sedikit kegembiraan Eyda dengan anak sulung Eyda. Walaupun tidak mendapat straight A, tapi ianya amat baik buat Eyda.

Keputusan UPKK 2017 Izzat Jazman

Alhamdulillah, Izzat dah berjaya mendapat 7A, 1B di dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2017.

Alhamdulillah satu keputusan yang baik kerana anak Eyda tidak masuk ke sekolah KAFA dari tahun 1, jadinya keputusan ini memang agak baik bagi pelajar yang belajar separuh perjalanan.

Pada mulanya memang Eyda tak tahu menahu langsung bahawa keputusan ini akan diumumkan pada 29 Januari 2018 yang lalu. Bila pulang saja ke rumah, Eyda meluangkan sedikit masa untuk melihat Instagram. Dari situ barulah Eyda tahu bahawa keputusan UPKK 2017 telah diumumkan.


CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UPKK 

Ada dua cara untuk menyemak keputusan UPKK selain hadir ke sekolah agama anak-anak.

Cara Menyemak Melalui Online

1. Layari laman web http://semakan.islam.gov.my/ dan masukkan No. MYKID / No. Pengenalan Khas.

2. Klik butang Semak dan anda akan mendapat paparan seperti di atas.


Cara Menyemak Melalui SMS

1. Taip UPKK (jarak) No.MYKID / No. Pengenalan Khas dan hantar SMS ke 15888



Mengambil inisiatif yang lain, Eyda cuba semak melalui laman web Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK nih. Alhamdulillah Eyda dapat melihat keputusan UPKK 2017 Izzat, cumanya nanti Eyda perlu ke sekolah KAFA anak untuk mengambil keputusan penuh di sekolah KAFA mereka.

Hati memang tak sabar nak tahu keputusan penuh, tapi terpaksa memujuk hati mengambilnya di hari yang lain.

Dengarnya ramai yang mendapat 8A di dalam peperiksaan UPKK 2017 kali ini. Semoga semua anak-anak ini akan berjaya di dalam peperiksaan PPSR/UPSR yang akan datang.



You Might Also Like

14 comments

  1. dah maju dah ye skrg ni. dulu2 ustaz ustazah yg bagi sijil yg ada result UPKK. Tringat pulak zaman skolah agama

    BTW, do visit my blog : https://najwazahid94.blogspot.my/2018/01/photography-time-at-minnature-malaysia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah najwa, dah maju ke hadapan.. bukan tu saja, nak semak melalui SMS pun boleh..

      Delete
  2. Assalam Eyda..sis JM datang ni..still remember me? lama x datang sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis JM.. lama tak bertegur sapa kan, rindu.. Mestilah ingat, mana boleh lupa sis JM..

      Delete
  3. hebat Izzat..Tahniah!! tak per x dpt straight A pun..7A dah kira TERBAIK..teruskan usaha mu anak...Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis JM.. itulah, bagi Eyda dapat 7A pun satu keputusan yang baik, bukan mudah nak dapat sebenarnya bagi pelajar yang hanya 2 tahun di sekolah agama..

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah buat Izzat.. satu pencapaian yg disyukuri dan semoga terus maju dan berjaya dgn sepenuh keberkatanNya... aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih bro Khir Khalid.. semoga dia lebih berusaha untuk peperiksaan PPSR nih.. moga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.. Aamiin..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti