tempat menarik

Bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan

3/22/2018 04:19:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang ingin bercuti? Ingin mencari ketenangan jiwa atau bergembira bersama keluarga? Pilihan lokasi iaitu tempat yang berhampiran dengan pantai dan tidak memerlukan kos yang tinggi?


Eyda cadangkan apa kata anda berkunjung ke Port Dickson, salah satu destinasi yang menarik bagi yang sukakan suasana ketenangan dan berhampiran dengan pantai.

Pantai di Port Dickson
Destinasi ini juga agak sesuai bagi penduduk bandaraya yang ingin keluar dari hiruk pikuk kota dan bercuti di lokasi yang tidak jauh dari tempat tinggal untuk melepaskan tekanan kerja sambil bercuti merehatkan minda serta bergembira bersama keluarga.

Bila anda ingin bercuti ke destinasi sebegini, pastinya lokasi penginapan yang menarik menjadi perhatian utama sebelum keputusan untuk bercuti di ambil.


GLORY BEACH RESORT

Bagi Eyda, menginap di Glory Beach Resort, Port Dickson merupakan antara destinasi yang menarik kerana di sini anda bukan saja disajikan dengan pemandangan indah pantai yang cantik.

Glory Beach Resort

Di Glory Beach Resort ada disediakan apartment yang memang menarik terutamanya buat keluarga. Apartment ini bukan saja mempunyai bilik, malah mempunyai dapur dan ruang tamunya sendiri.


Ruang tamu dan ruang makan

Bilik tidur

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3

Dapur

Jadinya bagi yang suka memasak sendiri hidangan, anda boleh membawa peralatan memasak anda sendiri.

Pilihan apartment yang disediakan di sini ialah Apartment dengan 2 bilik, Apartment dengan 3 bilik dan Apartment dengan 3 bilik yang mengadap laut.

Apartment, 2 Bedrooms (max. 3 persons)

1 Double Bed and 1 Twin Bed
635-sq-foot (59-sq-meter) room with a balcony

  • Layout - 2 bedrooms, living room, and dining area
  • Internet - Free WiFi 
  • Entertainment - 32-inch LCD TV with premium channels
  • Food & Drink - Kitchenette with coffee/tea maker
  • Bathroom - 2 bathrooms, shower, free toiletries, and a hair dryer (on request) 
  • Practical - Phone; rollaway/extra beds available on request 
  • Comfort - Air conditioning and daily housekeeping
    Non-Smoking


3 Bedroom Apartment (max. 5 persons)


2 Double Bed and 1 Twin Bed
872-sq-foot (81-sq-meter) room with a balcony


  • Layout - 3 bedrooms, living room, and dining area 
  • Internet - Free WiFi 
  • Entertainment - 32-inch LCD TV with satellite channels
  • Food & Drink - Kitchenette with coffee/tea maker  
  • Bathroom - 2 bathrooms, shower, free toiletries, and a hair dryer (on request) 
  • Practical - Phone; rollaway/extra beds available on request 
  • Comfort - Air conditioning and daily housekeeping
    Non-Smoking


3 Bedroom Apartment With Sea View (max. 5 persons)


2 Double Bed and 1 Twin Bed
872-sq-foot (81-sq-meter) room with a balcony


  • Layout - 3 bedrooms, living room, and dining area
  • Internet - Free WiFi 
  • Entertainment - 32-inch LCD TV with satellite channels 
  • Food & Drink - Kitchenette with coffee/tea maker 
  • Bathroom - 2 bathrooms, shower, free toiletries, and a hair dryer (on request)
  • Practical - Phone; rollaway/extra beds available on request 
  • Comfort - Air conditioning and daily housekeeping
    Non-Smoking

Eyda dan keluarga pernah menginap di sini beberapa tahun yang lalu. Tempat ini agak menarik dan sesuai bagi yang berkeluarga menginap di sini. Tidak ketinggalan yang ingin bersendirian mencari ketenangan untuk merehatkan minda.

Di sini laluan untuk ke pantai juga mudah, ini kerana pelbagai aktiviti berkaitan pantai juga diadakan di sepanjang pantai di Port Dickson. Tidak terkecuali juga di persisir pantai Glory Beach Resort ini.

Jika anda ingin membuat Hari Keluarga di sini sambil merancang untuk mengadakan BBQ, di sini ada disediakan tempat untuk anda BBQ bersama semua ahli keluarga anda. Tapi peralatan untuk BBQ haruslah anda bawa sendiri dari rumah.

Pantainya yang cantik juga membolehkan anda melakukan sukan pantai atau air bersama keluarga yang pastinya dapat mengeratkan lagi silaturahim anda sekeluarga.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Kolam Mandi

Mesti ada yang tertanya, lokasi ini sesuai ke untuk kanak-kanak. Jawapannya memang sesuai kerana di sini turut disediakan kolam mandi yang turut disediakan gelongsor di dalam kolam tersebut.

Keseluruhan kolam mandi


Ada gelongsor di kolam mandi kanak-kanak


Taman Permainan

Selain itu, di sekitar perkarangan Glory Beach Resort ini turut ada taman permainan untuk anak-anak bermain selain berendam di dalam kolam mandi.

taman permainan


Turtle Hut

Di Glory Beach Resort kini turut ada Turtle Hut. Satu tarikan yang menarik untuk anda dan anak-anak melihat dan belajar mengenai penyu.

turtle hut

turtle hut

Di sini bukan hanya anda diberi peluang untuk memegang, memberi makan malah anda boleh melihat penyu yang baru menetas. Malahan anda juga boleh menyertai aktiviti melepaskan penyu ke laut jika anda bertuah menginap di sini ketika aktiviti tersebut dilakukan.

Memberi penyu makan

Anak penyu baru menetas

Melepaskan penyu ke laut


Kura-kura

Bukan sahaja penyu dipelihara di sini, malahan kura-kura dan arnab pun ada juga.

Arnab juga turut ada di sini

Apa yang anda tunggu lagi, jom menempah di Glory Beach Resort Deal On Traveloka ini. Harganya pasti menarik untuk anda.



Sumber gambar dari Laman Web Traveloka Glory Beach Resort


event

Kemeriahan KidZania GO! di Quill City Mall, Kuala Lumpur

3/21/2018 03:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah sempat juga Eyda bercuti pendek ke Kuala Lumpur bersama anak-anak.

Lokasi yang menjadi pilihan kami kali ini ialah Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ada apa di sana? Di sana sekarang sedang berlangsungnya KidZania GO! sehingga 25 Mac 2018.

Kena beratur untuk masuk

Anak-anak akan diberikan gelang sebelum dibenarkan masuk.. Bilangan untuk satu kumpulan adalah seramai 10 orang.

Gelang sebegini diberikan

Aktiviti pertama di sini

Semua akan mendengar penerangan mengenai langkah keselamatan di jalan raya dan mendapat pass di ruangan Volvo - Stop, Look, Wave ini.

Tekun mendengar penerangan

Di studio magik ini anak-anak di ajar magik yang mudah. Anak-anak begitu teruja mempraktikkan magik yang dipelajari tadi.


Aktiviti terakhir di sini ialah setiap pasangan perlu mencari barangan yang boleh kitar semula dan meletakkan di dalam tong sampah.

Cepat betul kutip barangan kitar semula

Jadi pasangan pertama siap tugasan

Ramai kanak-kanak tadika turut sama


Promosi Tiket KidZania Kuala Lumpur

Bagi yang ingin mendapatkan tiket KidZania Kuala Lumpur secara kombo atau harga lebih murah, apa kata anda singgah di Quill City Mall Kuala Lumpur.

Kaunter yang menawarkan harga lebih murah

Jika anda inginkan harga super jimat, pastikan anda membeli barangan di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur  dengan harga rm38 dalam satu resit. Anak anda perlu lakukan ke semua 8 aktiviti untuk melayakkan anda dapat harga menarik ini.

Jimat sehingga 35% dari harga asal

Promosi ini hanya sah laku dari 20 Mac 2018 hingga 30 Ogos 2018 sahaja.

Promosi 20 Mac - 30 Ogos 2018

Manakala harga di bawah ini merupakan promosi sempena Ramadhan yang sah laku dari 15 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018.

Promosi Pakej Ramadhan dari 15 Mei -30 Jun 2018

Jom luangkan sedikit masa untuk dapatkan harga yang menarik ini buat anak-anak anda.


tempat makan menarik

Percutian Pendek di Alor Setar, Kedah

3/16/2018 06:05:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak sambung balik percutian pendek Eyda bersama anak-anak ke Alor Setar, Kedah sebulan yang lalu.

Seperti biasa bila kita merancang percutian panjang mahupun pendek ke destinasi pilihan, perkara pertama yang akan kita buat ialah menempah tempat penginapan.

Pada mulanya Eyda hanya ingin menempah hotel budget seperti tahun lepas. Tetapi akhirnya mata Eyda tertawan pada satu lokasi yang tidak jauh dari lokasi acara Pelikat Batik Fun Run Alor Setar 2018.


LOKASI PENGINAPAN : SENTOSA REGENCY HOTEL ALOR SETAR

Lokasi yang dimaksudkan ialah Sentosa Regency Hotel Alor Setar. Hotel ini merupakan antara hotel lama yang berada berhampiran pusat bandar Alor Setar, Kedah.

kredit google

Berada sekitar 800 meter dari pusat bandar merupakan antara lokasi yang baik untuk anda pilih sebagai lokasi penginapan di Alor Setar.

Bagi Eyda hotel ini agak selesa dan Alhamdulillah menjadi rezeki kami bila Eyda dapat menempah bilik hotel ini dengan harga di bawah RM100 menggunakan laman web Booking.com

Selain itu, ia turut disertakan dengan sarapan bagi dua orang di S Bistro. Sekiranya anda menginap lebih dari dua orang, anda boleh menambah kopun sarapan dengan hanya RM8.00 ketika mendaftar masuk. Jika tidak, anda akan dikenakan caj RM20.00 ketika ingin bersarapan esoknya.

Tambahan RM8.00 untuk seorang sarapan

Malah anda juga akan diberikan naskah surat khabar setiap hari. Anda diberi pilihan sama ada inginkan surat khabar Berita Harian atau pun Star.

Anda ingin mendapatkan penjimatan lebih untuk mendaftar sebarang pilihan hotel, apa kata anda gunakan Booking.com nih. Anda akan dapat menikmati penjimatan sebanyak 10% dari harga bilik yang ditawarkan ketika anda mendaftar keluar.

Bilik Penginapan Deluxe King Room

Bagi bilik Deluxe King Room ini disediakan katil bersaiz King, televisyen, peti sejuk, tab mandi, perkakasan amenities dan tidak ketinggalan pakej sarapan untuk dua orang dan surat khabar.


Besar bilik Deluxe King Room nih

Ada tab mandi

Ruang sinki yang luas

Suka toiletries bau Lemongrass dan Green Tea tu

Di bahagian atas botol set mandian dan losyen ini ada tulisan braille. Ianya memudahkan orang yang cacat penglihatan untuk membezakan antaranya. Memang bagus bekas sebegini diadakan di hotel.

Untuk pengetahuan anda, di Sentosa Regency Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih iaitu,

  • Standard Room
  • Deluxe Room-King
  • Deluxe Room-Twin
  • Studio Suite-King
  • Studio Suite-Twin
  • Deluxe Suite
  • Setar Suite
  • Putra Suite

Alamat dan lokasi Sentosa Regency Hotel bolehlah anda dilihat seperti dibawah.

 

Sentosa Regency Hotel
250, Jalan Putra, Kampung Lubok Peringgi, 
05150 Alor Setar, Kedah
 04-730 3999
sentosaregencyhotel.com.my


LOKASI MENARIK DI ALOR SETAR

Antara tempat yang menarik perhatian anak-anak untuk bermain sekitar perkarangan Menara Alor Setar.

Anak gembira dengan motor dan skuter bateri nih

Harganya RM20 untuk 30 minit. Mesti anak seronok dapat bermain disekitar perkarangan Menara Alor Setar nih



Buih Sabun

Ini juga antara permainan yang dapat anda main bersama anak-anak jika berada di perkarangan Menara Alor Setar nih


Suka laa dua beradik nih

Cantik pula belon buih sabun nih




Selain itu, ada istana angin untuk anak-anak anda bermain di sini.







LOKASI MAKANAN YANG MENARIK DI ALOR SETAR

Laksa Zakaria Teluk Kechai

Laksa Zakaria Teluk Kechai merupakan laksa yang lain dari laksa yang lain di Kedah atau utara. Ini kerana laksa berasa ini disajikan bersama sambal nyoq atau lebih mudah faham sambal kelapa. Bagi yang menyukai sambal nyoq pastinya menyukai menu.

Laksa Teluk Kechai

Bungkus bawa pulang



Zakaria Laksa Teluk Kechai
250, Jalan Kuala Kedah, 
Kampung Klong Hoi, 
06600 Alor Setar, Kedah
Dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam


Restoran Dinalang - Ais Kacang Salji

Aiskacang Salji Dinalang ialah ais kacang yang cukup halus untuk dinikmati. Eyda dan anak-anak suka aiskacang salji ini kerana teksturnya yang memang halus. Letak saja di dalam mulut, ianya mencair begitu saja. Anda pastinya tidak terasa sehingga ke titisan yang terakhir.

Aiskacang Salji Dinalang



Restoran Dinalang Ais Kacang Salji
Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, 
Kampung Selarong Panjang, 
06650 Simpang Empat, Kedah
Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang

Ini antara tempat dan makanan yang menarik yang ada di Alor Setar. Untuk tempat yang lain, anda boleh baca entry di bawah.


Pusat Sains Negara Wilayah Utara





tempat menarik

Escape Waterplay, Pulau Pinang

3/16/2018 04:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang akan bercuti di Pulau Pinang? Jika ada yang merancang bercuti di Pulau Pinang, apa kata anda masukkan Escape Waterplay ini di dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi.


ESCAPE WATERPLAY




Escape Waterplay ini telahpun dibuka kepada orang ramai pada November 2017 yang lalu. Ianya adalah di antara projek di bawah ESCAPE Adventureplay dan telah dibina di atas tanah seluas 4.4154 hektar serta merupakan taman tema air yang pertama di Pulau Pinang.

Ada pelbagai permainan air di sini iaitu sebanyak 20 permainan dan tidak ketinggalan ada juga beberapa permainan yang menguji keberanian pengunjung.

Taman tema air ESCAPE ini dibina oleh pengasasnya ESCAPE iaitu Mr. Sim Choo Peng yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini selama 27 tahun.


PERMAINAN AIR DI ESCAPE WATERPLAY

Permainan air di sini sesuai bagi pelbagai lapisan umur, ada kawasan sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan orang dewasa. Jadinya memang sesuai untuk seisi keluarga.


Family Twister

Di sini boleh dinaiki oleh pelbagai lapisan umur cuma kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anda boleh memilih sama ada ingin menaiki gelongsor air yang terbuka atau tertutup. Ianya boleh dinaiki oleh seorang atau dua orang. Jadinya anda perlu membawa naik pelampung anda sehingga ke atas.



Speed Racer




Banana Flip

Bagi yang berani untuk dihumban masuk ke kolam bolehlah mencuba Banana Flip nih.



Permainan air untuk kanak-kanak

Play House ini memang sesuai untuk kanak-kanak. Pelbagai jenis gelonggor dari yang rendah ke tinggi ada di sini. Jadinya anak-anak kecil bebas bermain dan mandi di kawasan ini.

Play House


Tot Pool ini juga sesuai untuk anak kecil bermain dan mandi.

Tot Pool

AK Academy mampu memberi cabaran kepada sesiapa yang mencubanya. Ia membuatkan anda lebih berani dan tahan lasak bermain dengan air.

AK Akademi

Wave Ball pula anda akan merasai seperti mandi di lautan. Ia mempunyai ombak buatan membuatkan anda merasa seperti berada di dalam laut yang berombak.

Wave Ball

Jadinya banyak pilihan kawasan untuk anda bermain di sini. Pastinya anda akan bergembira sepanjang berada di sini.



SYARAT DAN PERATURAN

Semua tempat taman tema air mempunyai syarat dan peraturannya yang tersendiri. Di Escape Waterplay pun ada syarat dan peraturannya yang tersendiri.



Untuk sesiapa yang ingin mandi Escape Waterplay ini anda perlu memakai baju renang. Ianya bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung.

Jika anda tidak memilikinya anda boleh menyewa baju renang wanita / wanita muslimah dengan harga RM10 sepasang.

Tempat menyewa baju berada bersebelahan pintu masuk

Setiap baju yang disewa ini memerlukan lesen memandu atau kad pengenalan anda sebagai cagaran  sehingga baju tersebut dikembalikan semula.

Baju renang muslimah yang pihak Escape sediakan untuk disewa



Kemudahan di Escape Waterplay

Jika anda berkunjung ke taman tema sebegini, pastinya barangan berharga yang menjadi masalah untuk menyimpan. Anda jangan risau kerana di sini disediakan loker untuk anda menyimpan barangan berharga anda daripada hilang.

Loker Barangan

Tidak lengkap jika ianya tidak disertakan dengan tempat mandi, menukar baju dan juga tandas. Di sini ada banyak tempat untuk anda.

Tempat menukar baju, mandi dan tandas

Bila dah mandi manda pastinya perut akan berasa lapar dan dahaga. Untuk pengetahuan, sebarang makanan dan minuman dari luar dilarang dibawa masuk ke sini.  Jangan risau, di sini ada kaunter yang menjual makanan dan minuman.

Anda hanya perlu membeli kopun dengan nilai minumum RM20 dan anda bebeas membeli makanan dan minuman. Jika tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai kupon anda itu.

Kaunter makanan dan minuman

Tidak ketinggalan kemudahan surau juga disediakan untuk pengunjung muslim menunaikan solat sepanjang berada di sini.

Surau
Selain itu, ada juga khemah bagi yang ingin privasi untuk berehat sepanjang berada di sini.

Khemah


HARGA TIKET ESCAPE WATERPLAY

Bagi yang ingin berkunjung ke Escape Waterplay, anda bolehlah melayari laman sesawang

Website : www.escape.my
Facebook : www.facebook.com/escape.my
Belian tiket : https://ticket.escape.my/Product/Individuals

Untuk pengetahuan, harga tiket belian secara walk-in dan juga online adalah berbeza. Jadi untuk penjimatan, anda boleh mendapatkannya melalui online.

Anda juga boleh hubungi :

Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106

Ianya dibuka setiap hari kecuali hari ISNIN dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.


Blog yang Diikuti