Escape Waterplay, Pulau Pinang

3/16/2018 04:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang akan bercuti di Pulau Pinang? Jika ada yang merancang bercuti di Pulau Pinang, apa kata anda masukkan Escape Waterplay ini di dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi.


ESCAPE WATERPLAY




Escape Waterplay ini telahpun dibuka kepada orang ramai pada November 2017 yang lalu. Ianya adalah di antara projek di bawah ESCAPE Adventureplay dan telah dibina di atas tanah seluas 4.4154 hektar serta merupakan taman tema air yang pertama di Pulau Pinang.

Ada pelbagai permainan air di sini iaitu sebanyak 20 permainan dan tidak ketinggalan ada juga beberapa permainan yang menguji keberanian pengunjung.

Taman tema air ESCAPE ini dibina oleh pengasasnya ESCAPE iaitu Mr. Sim Choo Peng yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini selama 27 tahun.


PERMAINAN AIR DI ESCAPE WATERPLAY

Permainan air di sini sesuai bagi pelbagai lapisan umur, ada kawasan sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan orang dewasa. Jadinya memang sesuai untuk seisi keluarga.


Family Twister

Di sini boleh dinaiki oleh pelbagai lapisan umur cuma kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anda boleh memilih sama ada ingin menaiki gelongsor air yang terbuka atau tertutup. Ianya boleh dinaiki oleh seorang atau dua orang. Jadinya anda perlu membawa naik pelampung anda sehingga ke atas.



Speed Racer




Banana Flip

Bagi yang berani untuk dihumban masuk ke kolam bolehlah mencuba Banana Flip nih.



Permainan air untuk kanak-kanak

Play House ini memang sesuai untuk kanak-kanak. Pelbagai jenis gelonggor dari yang rendah ke tinggi ada di sini. Jadinya anak-anak kecil bebas bermain dan mandi di kawasan ini.

Play House


Tot Pool ini juga sesuai untuk anak kecil bermain dan mandi.

Tot Pool

AK Academy mampu memberi cabaran kepada sesiapa yang mencubanya. Ia membuatkan anda lebih berani dan tahan lasak bermain dengan air.

AK Akademi

Wave Ball pula anda akan merasai seperti mandi di lautan. Ia mempunyai ombak buatan membuatkan anda merasa seperti berada di dalam laut yang berombak.

Wave Ball

Jadinya banyak pilihan kawasan untuk anda bermain di sini. Pastinya anda akan bergembira sepanjang berada di sini.



SYARAT DAN PERATURAN

Semua tempat taman tema air mempunyai syarat dan peraturannya yang tersendiri. Di Escape Waterplay pun ada syarat dan peraturannya yang tersendiri.



Untuk sesiapa yang ingin mandi Escape Waterplay ini anda perlu memakai baju renang. Ianya bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung.

Jika anda tidak memilikinya anda boleh menyewa baju renang wanita / wanita muslimah dengan harga RM10 sepasang.

Tempat menyewa baju berada bersebelahan pintu masuk

Setiap baju yang disewa ini memerlukan lesen memandu atau kad pengenalan anda sebagai cagaran  sehingga baju tersebut dikembalikan semula.

Baju renang muslimah yang pihak Escape sediakan untuk disewa



Kemudahan di Escape Waterplay

Jika anda berkunjung ke taman tema sebegini, pastinya barangan berharga yang menjadi masalah untuk menyimpan. Anda jangan risau kerana di sini disediakan loker untuk anda menyimpan barangan berharga anda daripada hilang.

Loker Barangan

Tidak lengkap jika ianya tidak disertakan dengan tempat mandi, menukar baju dan juga tandas. Di sini ada banyak tempat untuk anda.

Tempat menukar baju, mandi dan tandas

Bila dah mandi manda pastinya perut akan berasa lapar dan dahaga. Untuk pengetahuan, sebarang makanan dan minuman dari luar dilarang dibawa masuk ke sini.  Jangan risau, di sini ada kaunter yang menjual makanan dan minuman.

Anda hanya perlu membeli kopun dengan nilai minumum RM20 dan anda bebeas membeli makanan dan minuman. Jika tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai kupon anda itu.

Kaunter makanan dan minuman

Tidak ketinggalan kemudahan surau juga disediakan untuk pengunjung muslim menunaikan solat sepanjang berada di sini.

Surau
Selain itu, ada juga khemah bagi yang ingin privasi untuk berehat sepanjang berada di sini.

Khemah


HARGA TIKET ESCAPE WATERPLAY

Bagi yang ingin berkunjung ke Escape Waterplay, anda bolehlah melayari laman sesawang

Website : www.escape.my
Facebook : www.facebook.com/escape.my
Belian tiket : https://ticket.escape.my/Product/Individuals

Untuk pengetahuan, harga tiket belian secara walk-in dan juga online adalah berbeza. Jadi untuk penjimatan, anda boleh mendapatkannya melalui online.

Anda juga boleh hubungi :

Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106

Ianya dibuka setiap hari kecuali hari ISNIN dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti