Kemeriahan KidZania GO! di Quill City Mall, Kuala Lumpur
3/21/2018 03:03:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah sempat juga Eyda bercuti pendek ke Kuala Lumpur bersama anak-anak.
Lokasi yang menjadi pilihan kami kali ini ialah Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ada apa di sana? Di sana sekarang sedang berlangsungnya KidZania GO! sehingga 25 Mac 2018.
Kena beratur untuk masuk |
Anak-anak akan diberikan gelang sebelum dibenarkan masuk.. Bilangan untuk satu kumpulan adalah seramai 10 orang.
Gelang sebegini diberikan |
Aktiviti pertama di sini |
Semua akan mendengar penerangan mengenai langkah keselamatan di jalan raya dan mendapat pass di ruangan Volvo - Stop, Look, Wave ini.
Tekun mendengar penerangan |
Di studio magik ini anak-anak di ajar magik yang mudah. Anak-anak begitu teruja mempraktikkan magik yang dipelajari tadi.
Cepat betul kutip barangan kitar semula |
Jadi pasangan pertama siap tugasan |
Ramai kanak-kanak tadika turut sama |
Promosi Tiket KidZania Kuala Lumpur
Bagi yang ingin mendapatkan tiket KidZania Kuala Lumpur secara kombo atau harga lebih murah, apa kata anda singgah di Quill City Mall Kuala Lumpur.
Kaunter yang menawarkan harga lebih murah |
Jika anda inginkan harga super jimat, pastikan anda membeli barangan di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur dengan harga rm38 dalam satu resit. Anak anda perlu lakukan ke semua 8 aktiviti untuk melayakkan anda dapat harga menarik ini.
Jimat sehingga 35% dari harga asal |
Promosi ini hanya sah laku dari 20 Mac 2018 hingga 30 Ogos 2018 sahaja.
Promosi 20 Mac - 30 Ogos 2018 |
Manakala harga di bawah ini merupakan promosi sempena Ramadhan yang sah laku dari 15 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018.
Promosi Pakej Ramadhan dari 15 Mei -30 Jun 2018 |
Jom luangkan sedikit masa untuk dapatkan harga yang menarik ini buat anak-anak anda.
0 comments
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..