Buffet Ramadhan Mutiarasa | The Light Hotel, Penang
4/20/2018 05:21:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Syaaban telahpun menjelma, tidak lama lagi Ramadhan pula akan menyusul.
Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba kurang dari sebulan saja lagi, pelbagai promosi buffet Ramadhan telah pun bermula. Anda boleh mula membuat pilihan di atas promosi yang ditawarkan.
Tidak ketinggalan pihak The Light Hotel juga telah pun mula mempromosikan buffet Ramadhannya pada tahun ini. Ada lebih 140 pilihan menu yang ada di sini.
Buffet Mutiarasa
Dengan menggunakan tema Mutiarasa ianya memang sesuai dengan menu buffet yang lain yang turut juga disajikan menampilkan menu istimewa Utara terutamanya menu tempatan Penang yang berasaskan kari.
Pihak The Light Hotel mengetengahkan menu bercirikan Pulau Pinang iaitu Kari Kepala Ikan yang merupakan menu istimewa pada kali ini.
Kari Kepala Ikan |
Selain itu, tidak ketinggalan menu Ayam Bawang dan Gulai Udang juga memang istimewa di sini. Menu ini mampu menarik penggemar menu nasi kandar untuk menikmati juadah berbuka puasa di sini.
Ayam Bawang |
Gulai Ketam |
Tidak ketinggalan menu Kambing Golek Warisan Tok Wan semestinya antara menu yang dicari pengunjung buffet Ramadhan. Penggemar kambing pastinya tidak melepaskan peluang untuk merasai keenakan kambing golek ini.
kambing golek (kredit to www.cikpinz.com) |
Bagi yang meminati ulam-ulaman, di sini turut juga disajikan pelbagai jenis ulam-ulaman bersama pelbagai sambal.
Ulam-ulaman dan sambal |
Bukan itu saja, menu popular di negeri lain di Malaysia juga turut disajikan di sini seperti Ikan Patin Gulai Tempoyak. Penggemar tempoyak pastinya tidak ketinggalan merasai keenakan menu ini.
Gulai Ikan Tempoyak Che Yah Gebu |
Ikan Siakap Bersama Sos Soya |
Selain itu, ada menu Bubur Durian bersama Roti Benggali juga antara menu kegemaran ramai.
Pengat Durian |
Pelbagai kuih muih dan kek |
Juadah Qash'ah (kredit to www.murnialysa.com) |
kredit to www.murnialysa.com |
4 comments
sedapnya pengat durian.
ReplyDeleteJanji Kita
ya sedap
DeleteFirst time masuk blog ni, nak pengsan rasa sebab jeles comel sangat!!!! Hahaha.
ReplyDeleteApapun, sedapnya hidangan buffet berbuka kat hotel ni. Sekali sekala nak merasa hidangan berbuka puasa sedap2 bolehlah book sesiap kat situ kan.
thanks maizan sudi singgah kat sini. ya memang sedap dan recommended buffet Ramadhan dia..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..