Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim

4/13/2018 09:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada ke pembaca blog Eyda yang meminati char koey teow dan tinggal sekitar Kulim, Kedah?

Jika ya, apa kata anda singgah makan di Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim, Kedah ini. Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim ini baru saja dibuka di lokasi baru ini pada 14 Mac 2018 yang lalu.

Sg Dua Char Koey Teow

Memang agak baru pembukaan Sg Dua Char Koey Teow Cawangan Kulim ini kan. Pembukaan baru ini juga turut menampilkan tambahan menu makanan dan minuman yang baru. Bukan itu saja, konsep restoran juga diubah agar nampak sedikit kelainan kreatif dan klasik.

Meja dan kerusi
Unik dan kreatif meja dan kerusi di sini. Ianya dihasilkan dari kayu terpakai dan besi paip. Cantik kan hasilnya.


Hiasan dalaman kedai

Selain itu, bakul sampah dijadikan hiasan pada lampu. Selain diletakkan batu seperti susunan gabion di dalam sangkar pada setiap tiang di penjuru dan hujung kedai.

Lukisan di dinding dapur

Bukan itu saja, siap ada lukisan di dinding dapur kedai ini. Boleh laa klu ada yang nak selfie di sini. Eyda suka dengan hiasan kedai yang memang menarik perhatian pengunjung ke sini.


ANTARA MENU YANG DISAJIKAN

Menjejaki ke sesebuah kedai makan atau restoran, pastinya menu yang disajikan menjadi perhatian untuk memilih menu yang ingin dijamah.

Memandangkan kami makan di kedai yang menghidangkan char koey teow, pastinya menu char koey teow yang menjadi pilihan utama berbanding menu yang lain.


Char Koey Teow

Menu yang menjadi tarikan di sini pastinya Char Koey Teow Lobster. Fuhh nampak seekor lobster memenuhi pinggan char koey teow.

Bagi Eyda harga RM10.00 sepinggan memang berbaloi dengan rasa yang disajikan. Anak-anak Eyda pasti memesan hidangan ini jika berkesempatan ke sana.

Char Koey Teow Lobster

Jika anda tidak berminat dengan lobster, anda boleh memilih Char Koey Teow Biasa atau Char Koey Teow Kecil. Pilihan biasa bagi yang tidak sukakan kelainan dalam menu char koey teow. Harga sepinggan Char Koey Teow Biasa ialah RM6.00 manakala Char Koey Teow Kecil RM5.00

Char Koey Teow Biasa

Selain itu, anda juga boleh memilih Char Koey Teow Sotong. Sesuai bagi peminat sotong untuk menikmatinya. Harga sepinggan Char Koey Teow Sotong ialah RM6.00.

Char Koey Teow Sotong

Selain itu, anda juga boleh menikmati Char Koey Teow Special  dan juga Char Koey Teow Seafood yang turut disajikan di sini.

Mungkin ada ahli keluarga atau sahabat anda yang tidak meminati char koey teow, di sini mereka boleh juga memilih menu lain sebagai hidangan pilihan.


Nasi Goreng

Jika sebelum ini kami dah mencuba merasai Char Koey Teow Lobster. Kali ini kami mencuba Nasi Goreng Lobster pula. Harga sepinggan Nasi Goreng Lobster ialah RM11.00.

Bagi tekak kami sedap juga nasi goreng nih. Pakat rasa sorang sikit. Gigih kan kami sanggup ulang beberapa kali singgah ke sini untuk mencuba menu lain yang ada di sini.

Nasi Goreng Lobster

Di sini turut sama ada pilihan Nasi Goreng Udang, Nasi Goreng Sotong dan juga Nasi Goreng Seafood.


Western

Antara menu yang disajikan ialah Chicken Chop. Harga yang sepinggan Chicken Chop ialah RM10.90.

Bagi Eyda rasanya ini agak kurang membangkitkan keinginan untuk ulang makan lagi. Mungkin ketika memasak hidangan Eyda ini diaorang kurang perhatian. Apapun anda boleh cuba kerana salad yang disajikan memenuhi citarasa.

Chicken Chop

Tidak ketinggalan, menu pasta turut ada di sini. Menu pasta yang Eyda pernah cuba ialah Pasta Bolognese. Harganya ialah RM9.90 sepinggan. Ianya dipenuhi dengan isi ayam dan cili benggala.

Pasta Bolognese


Soup

Jika anda inginkan menu ringkas dan ringan. Anda boleh mencuba Mushroom Soup + Garlic Bread. Harganya ialah RM5.90. Memang sedap dan tak menyesal jika anda mencubanya.

Mushroom Soup + Garlic Bread

Cheesy Wedges ini merupakan menu untuk kanak-kanak. Menu yang turut sesuai dan sedap untuk anda nikmati sebagai kudapan anda. Harganya hanya RM5.90.

Cheesy Wedges


Minuman

Ada pelbagai jenis minuman yang disajikan di sini. Agak rambang mata untuk memilih minuman di sini.

Beberapa minuman telah pun kami cuba antaranya Bandung Soda, Milo Taboq, Jus Epal, Jus Tembikai, Ice Lemon Tea, Nescafe, Lemon Barli dan Bandung Cincau.


Bandung Soda

Milo Taboq

Jus Epal

Jus Tembikai

Ice Lemon Tea

Nescafe


Minuman yang Eyda telah cuba di sini ialah Lemon Barli. Sedap manis-manis masam rasanya. Kiranya memang sesedap rasa airnya.


Lemon Barli

Rasa air Bandung Cincau ni bagi Eyda kurang sikit. Cincau pula diaorang tak letak banyak. Kombinasi yang terhasil pun jadi agak kurang.

Bandung Cincau

Untuk makluman, restoran ini selalunya akan dipenuhi dengan pengunjung sekitar selepas waktu Maghrib. Jika tidak ingin menunggu lama, lebih baik elakkan waktu sebegitu.


LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN





Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim
Lot 193, Jalan Saujana,
Taman Industri Saujana,
09600 Lunas, Kedah


Buka hari Khamis hingga Selasa
Jam 4.00 petang - 2.00 pagi

TUTUP : RABU



You Might Also Like

7 comments

  1. Replies
    1. Boleh Ekin, kedai ni pun tak jauh mana kan..

      Delete
  2. lobster tu..nampak menarik....dah lama tak ke situ dan lama jugak tak update blog....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik pun lobster tu. anak klu ke situ mesti order char koay teow lobster. menu lain tak berapa mau..

      Delete
  3. Mlm ni baru nk p pekena char koay teow..first

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti