The Gravityz | Mencabar Diri Atasi Rasa Takut dan Gayat

4/24/2018 04:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang membaca ni seorang yang takut akan ketinggian dan gayat? Pastinya semua orang ada rasa sebegitu. Cuma tahap antara seorang dengan seorang yang lain itu agak berbeza.


The Gravityz | Atasi Rasa Takut Kepada Ketinggian dan Gayat Anda 



Ingin mencabar diri anda ke tahap yang lebih tinggi? Jika ya, The Gravityz adalah tempat yang sesuai buat anda.  

Tahukah apa itu The Gravityz? Jika korang tidak pernah dengar, The Gravityz merupakan tempat yang menempatkan aktiviti yang ekstreme di Pulau Pinang. 

The Gravityz juga merupakan antara tempat platform sukan yang tertinggi dan terbaik di ASEAN. Ia melibatkan 6 aktiviti halangan di Level 65 @ The Top, KOMTAR atau di ketinggian 239m.

Aktiviti ini sememangnya mampu mengepam adrenalin anda dan juga mencabar rasa gayat serta takut anda terhadap ketinggian.

Slogan Beyond Confidence yang digunakan The Gravityz ini mampu menggalakkan lebih ramai untuk berada di luar dari zon selesa dengan melakukan aktiviti ekstreme sebegini.

Untuk pengetahuan anda, The Gravityz telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Pulau Pinang pada 10 Februari 2018.  Memang agak baru ianya dibuka untuk orang ramai.


Tarikh perasmian The Gravityz


Walau bagaimanapun, bagi anda yang ingin mencuba dan melakukan aktiviti ini, anda perlu mengisi borang dan mengesahkan diri anda bebas dari masalah jantung, tekanan darah tinggi, hamil, hipertensi (hypertension), Acrophobia dan tidak ketinggalan berat badan yang tidak melebihi 100kg. 



Aktiviti di The Gravityz, Penang

Di The Gravityz, anda perlu melalui 6 aktiviti halangan di Level 65 @ The Top, KOMTAR.

Apapun sebelum aktiviti dimulakan, anda perlu menyimpan segala barangan anda di dalam loker yang disediakan. Ini untuk mengelakkan sebarang kerosakan atau kehilangan ketika aktiviti dijalankan.

Selepas itu, anda akan dipakaikan dengan full body safety harness dan diberikan sedikit taklimat.

Jika ingin membawa telefon bimbit untuk mengambil gambar atau kamera, ianya perlulah diletakkan di dalam sarung khas bagi telefon bimbit dan tali untuk kamera. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini ketika aktiviti dijalankan.

Kalau ada sarung telefon tu sendiri, bolehlah bawa bersama


Selepas itu anda akan diberikan sedikit taklimat keselamatan sebelum aktiviti dijalankan. Di sini anda akan bersama dengan 2 orang instruktor yang mana akan bersama anda sepanjang aktiviti untuk membantu dan menjaga keselamatan peserta.


Encik Muhammad Dinie

Sesi kami pada hari tersebut dibantu oleh Encik Muhammad Dinie dan Encik Ashri. Mereka banyak membantu memberi tunjuk ajar dan melancarkan aktiviti kami dengan baik.

Dua orang instruktor yang menemani kami

Untuk makluman, aktiviti yang djalankan di sini untuk satu sesi ialah selama 1 jam (60 minit), Iaitu 20 minit untuk persediaan, 10 minit taklimat keselamatan dan 40 minit untuk lalui 6 halangan.


Confident Path

Ini merupakan aktiviti pertama yang dijalankan. Ia bagi membina keyakinan anda terhadap ketinggian dan gayat.

Berani tak?


Baru acah berani

Di sini anda perlu berjalan keluar dari bangunan dan dimulakan dengan jalan merapati cermin bangunan dan boleh memegang tali di cermin bangunan. Kemudian diikuti mengadap ke arah luar dan melangkah ke hadapan.


High Bench

Sepatutnya di sini anda boleh membina keyakinan diri dari aktiviti sebelumnya. Di sini anda boleh duduk, berehat dengan menikmati keindahan bandar Pulau Pinang yang menakjubkan dari aras yang tinggi.

High Bench 

Berani ke tu?

Posing berdua


Seronok juga bila kami dapat melihat bangunan yang kecil dari aras yang tinggi. Selain itu dapat menikmati keindahan Bukit Bendera dan Selat Melaka.


A Great Bridge

Selepas anda boleh mengatasi ketakutan anda. Anda perlu bergerak ke hadapan dengan melalui jambatan yang memerlukan anda lebih yakin dan tumpuan. Ini kerana jambatan ini berada diluar dari dinding bangunan.

Bersama rakan blogger di atas A Great Bridge


Lega dah selesai

Di sini kami perlu berjalan ke hadapan, sampai di pertengahan jambatan kami disuruh untuk berpusing ke arah luar bangunan dan bergerak berjalan seperti ketam ke arah tepi. Masa ni mula rasa sedikit takut berbanding berjalan ke arah hadapan tadi.


X Point

Di sini anda perlu berjalan secara mengundur. Anda perlu jalan di tengah-tengah landasan yang disediakan. Untuk memudahkan anda, tengok saja tali kabel di atas anda.

Rakan blogger berjalan secara mengundur


Z Wire

Satu pengalaman yang baru dan unik bila anda perlu melakukan aktiviti flying fox di ketinggian 239m. Rasailah keseronokkan yang maksimum dengan terbang sambil mendepakan tangan anda.

Seronok sebenarnya flying fox kat sini



G Rocky

Aktiviti terakhir yang perlu anda lakukan. Semuanya berkaitan pengimbangan. Rasai hembusan angin yang dingin di paras 65 dengan berdiri hujung di platform yang disediakan.

Rakan Vlogger

Ala-ala filem Titanic, tapi penakut laa plak. Hahaha..

Yang ni best selain flying fox

AKTIVITI AKAN DIHENTIKAN SEGERA SEKIRANYA

  • Hujan turun dengan lebat
  • Kilat / petir
  • Angin atau ribut yang terlalu kuat



Pengalaman Peribadi

Kalau anda ingin tahu,  Eyda akui sebenarnya Eyda memang seorang yang penakut terhadap sesuatu perkara dan tidak ketinggalan rasa gayat terhadap ketinggian juga ada.

Bila mana tengok orang melakukan aktiviti ekstreme di tempat tinggi, mesti rasa takut dan gayat tu ada. Itu baru tengok orang lain yang melakukannya. Bila diri sendiri yang buat? Anda rasa Eyda mampu?

Seram ke tak seram?

Tipulah kalau Eyda cakap tak seram, aktiviti ini mampu membuatkan Eyda tak boleh nak lelapkan mata malam sebelumnya dan juga menyebabkan Eyda rasa serba tak kena memikirkan aktiviti yang perlu Eyda lakukan di The Gravityz.

Apapun Eyda ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat blogger iaitu blogger Neyra yang sudi memberi kami peluang untuk mencuba aktiviti ekstreme ini. Tidak ketinggalan juga kepada Encik Dinie dan Ms. Connie dari The Gravityz. 



Lokasi dan Waktu Urusan The Gravityz

The Gravityz ini terletak di Level 65 @ The Top, Menara KOMTAR dan dibuka dari 11 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Anda perlu menempah slot / tiket anda di The Gravityz terlebih dahulu. Ini kerana slot / tiket ini hanya akan dibuka hanya untuk 6 orang dalam satu slot.

Harga tiket bermula dari RM99. Harga ini berbeza mengikut kategori iaitu Standard Rate, MyKad Discount dan Penangnite Special juga tertakluk kepada musim dan permintaan tinggi.

Tempoh masa bagi setiap slot adalah 1 jam. Jadi anda perlu pastikan anda sampai sebelum masa slot anda bermula.


</div>

The Gravityz
65th Floor The Top @ KOMTAR
1, Jalan Penang
10000 George Town
Penang

Email : info@thegravityz.com




You Might Also Like

6 comments

  1. seriously kak eyda. Allahu ketaq lututnya tengok gambaq pon huhuhu. Escape saya boleh lah nak gigih lagi huhu. kalau 268m from land rasanya saya mimpi jelah scary nyaaaaaaa. Nice post. at least ada jugak orang buat post ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula² tu ketaq jugak lutut. Tapi ada part ok ja, rasa seronok plak.. Ketinggian 239m tu rasa tinggi kan. Flying fox tu rasa best.

      Delete
  2. seram sejuk..cik nor yang baca ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula² seram sejuk jugak.. Lastly rasa ok, rasa seronok pula..

      Delete
  3. wow! terbaik ni.
    tapi aida x rasa berani nak try kot.
    i am gayat and jakun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik, aktiviti paling ekstreme yang pernah kak Eyda cuba. akak pun gayat jugak, tapi cuba jer. akhirnya ada part yang seronok.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti