buffet Ramadhan

Jom Balik Kampung di Olive Tree Hotel Penang

5/31/2018 12:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Masih tercari-cari buffet Ramadhan yang menarik dan anda boleh menginap di bilik yang selesa dengan harga yang lebih murah.

Anda boleh singgah di Olive Tree Hotel Penang. Di sini anda boleh menikmati penginapan Jom Balik Kampung dengan harga yang lebih murah iaitu dari RM215+ semalam sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu 18 Mei - 14 Jun 2018.

BUFFET RAMADHAN OLIVE TREE HOTEL PENANG



Jom anda lihat sendiri kemudahan bilik yang ada di Olive Tree Hotel Penang. Pastinya menambat hati anda untuk menginap di sini.

Dengan bilik dan saiz katil yang besar, pastinya membuatkan anda dapat berehat dan tidur dengan nyenyak.

Katil saiz king

Ada TV Flat Screen saiz 40' dan meja membaca

Ada jug cattle, peti sejuk dan complimentary air mineral

Complimentary Nescafe, Teh, Creamer dan Sugar

Iron, Iron Board, Kain Pelikat dan Safety Box

Rak yang banyak

Bila bilik selesa, bilik air atau tandas pun semestinya kita inginkan berada dalam keadaan yang selesa.


Pengering Rambut



Shower

Bukan itu saja, jika anda tidak ingin ke mana-mana anda boleh nikmati siaran televisyen sehingga lebih 30 siaran. Memang anda tidak akan bosan jika terpaksa terperap di dalam bilik sahaja.

Senarai siaran yang ada

Bagi penginap beragama Islam, pastinya arah kiblat yang menjadi persoalan. Jangan risau arah kiblat ada diletakkan di siling bilik hotel anda.


Terpaksa mengecas beberapa telefon, laptop dan juga power bank dalam masa yang sama? Jangan risau di dalam bilik ini ada sekitar 5 punca suis untuk anda mengecas semuanya dalam masa yang sama.

Antara punca suiz di kiri dan kanan katil

Bukan itu saja di dinding meja membaca, jug kettle juga ada

Anda boleh memastikan diri anda lebih selamat dengan menggunakan kunci tambahan yang ada di pintu bilik anda.

Kunci tambahan

Jika anda yang suka berendam di dalam kolam, di sini turut ada kolam mandi sedalam 1.2 meter untuk anda mandi di tingkat 8. Jangan risau hanya pelanggan hotel saja yang boleh memasuki kawasan ini. Ruangan kolam ini dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam. Tuala boleh didapati di Gym.

Kolam mandi

Bukan itu saja anda boleh melakukan senaman di Gym yang turut ada di tingkat 8 ini. Anda boleh berada di sini dari jam 5.00 pagi hingga 12.00 pagi.


Gym

Jika anda terlupa membawa pengecas telefon, kabel pengecas rosak, pendrive tertinggal, tetikus laptop tiba-tiba rosak, anda jangan risau. Di ruangan lobi ada mesin yang membekalkan semua itu termasuk makanan dan minuman ringan.

Mesin

Pilih barangan yang anda perlukan dan ingini

Bukan itu saja, penginap yang tinggal di sini turut boleh menikmati shuttle secara percuma dari pihak Olive Tree Hotel Penang. Jadinya anda hanya perlu mengikut jadual shuttle bas yang disediakan oleh pihak hotel.

Jadual Shuttle


Di ruangan lobi juga anda boleh berposing untuk bergambar. Jom tengok antara ruangan untuk berposing yang ada.

Kolam ikan

Sempena Ramadhan dan Syawal

Cantik hiasan ni






Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri, 
Bandar Sunway Tunas, 
11950 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang

Tempah melalui website :- www.olivetreehotel.com.my
Atau hubungi +604-6377777

buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan 101 Resepi Tok Wan | Vistana Hotel Penang

5/28/2018 03:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah seminggu kita berpuasa, ada yang masih mencari lokasi menarik untuk berbuka?

Apa kata anda singgah ke Vistana Hotel Penang. Pelbagai menu yang menarik ada di sini. Bukan itu saja, ada beberapa menu istimewa turut ada di sini.

Nak tahu? Jom kita jengah ada yang ada di buffet Ramadhan Vistana Hotel Penang yang menggunakan tema 101 Resepi Tok Wan yang bermula dari 16 Mei hingga 13 Jun 2018.


101 RESEPI TOK WAN

Tema 101 Resepi Tok Wan diilhamkan dari pelbagai menu melayu tradisional. 'Tok Wan" ini merupakan gelaran bagi nenek di negeri Pahang. Mendengarkan perkataan Tok Wan, pastinya kita akan teringat keenakan masakan orang-orang lama.

Tidak lengkap rasanya menu buffet Ramdhan tanpa Kambing Golek. Pastinya menu ini menjadi antara tarikan pengunjung.



Bukan itu saja, pelbagai menu tradisi turut disajikan di sini.














Bagi peminat kerabu, pelbagai jenis kerabu boleh anda nikmati bersama juadah yang lain.



Ikan kering turut menambahkan selera untuk anda nikmati hidangan berbuka.





Pasembur dan tauhu sumbat juga turut ada disajikan untuk anda.




Bagi peminat ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal termasuk budu anda boleh dapatkannya di sini.




Satu kelainan menu buffet Ramadhan kali ini, pihak Vistana Hotel Penang menampilkan hidangan Nasi Kerabu. Rasanya yang cukup, pastinya membuatkan anda berselera menikmati Nasi Kerabu ini.





Tidak ketinggalan Laksa Penang pastinya menambat peminat laksa untuk menikmatinya.



Tidak dilupakan Nasi Ayam juga ada untuk anda nikmati.



Selesai saja makan hidangan utama, apa kata anda jamah Murtabak, pelbagai jenis Bubur, kuih muih dan juga desert.
























Harga Buffet Ramadan Vistana Penang



Dewasa RM70 nett

Kanak-kanak (4-12tahun) RM30 nett



Untuk tempahan sila hubungi



Tel: +604-6468000

Whatsapp: +0186880010

Email: vispg@ytlhotels.com.my




VISTANA HOTEL PENANG

Blog yang Diikuti