Promosi Kari Kepala Ikan Sempena Bulan Kemerdekaan | The Light Hotel, Penang

8/07/2018 04:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap saja masa berlalu dan kini kita telah pun berada di bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos.

Pada tahun ini kita akan meraikan Kemerdekaan negara yang ke 61 dan juga Hari Malaysia pada bulan hadapan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, pihak The Light Hotel, Pulau Pinang mengadakan promosi Kari Kepala Ikan atau Authentic Claypot Fish Head Curry Set. Bagi penggemar kari dan juga kari kepala ikan tidak seharusnya melepaskan peluang ini.


AUTHENTIC CLAYPOT FISH HEAD CURRY SET

Untuk promosi ini, pihak The Light Hotel mengetengahkan menu Kari Kepala Ikan Merah sebagai menu utama. Menu ini disajikan oleh Chef Halim Mohamad iaitu Executive Chef di sini. Beliau menggunakan rempah yang diadun sendiri untuk membangkitkan rasa yang lebih enak.

Chef Halim Mohamad bersama menu Authentic Claypot Fish Head Curry Set
Menu yang disajikan bersama Kari Kepala Ikan dan juga menu ala carte yang boleh ditambah bersama set kari kepala ikan.

Menu yang disajikan di dalam Authentic Claypot Fish Head Curry Set


Promosi Authentic Claypot Fish Head Curry Set 

Promosi Authentic Claypot Fish Head Curry Set ini akan bermula pada 8 Ogos hingga 16 Ogos 2018 dengan harga serendah RM130 per set yang mengandungi Kari Kepala Ikan Merah, 2 jenis sayuran dan 4 hidangan nasi Basmati.

Bukan itu saja, anda akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk menu ala carte. Voucher boleh dibeli dalam tempoh 8 Ogos hingga 16 September 2018. Selepas tarikh itu, harga menu adalah seperti biasa.

Anda boleh menikmati hidangan ini ketika hidangan waktu makan tengahari atau makan malam.

Kari Kepala Ikan Merah

Chinese Style Mixed Vegetable with Oyster Sauce

Stir Fried Water Spinach with Sambal Shrimp Paste

Stir Fried Wing Bean with Sambal Shrimp Paste

Untuk hidangan Sambal Udang, Kari Ketam bersama Mantau, Sotong Rojak Goreng dan Ayam Kampung Goreng anda boleh pilih sebagai menu tambahan secara ala carte.

Prawn Sambal

Crab Curry

Mantau


Deep Fried Giant Squid (Sotong Rojak)


Deep Fried Ayam Kampung

HARGA PROMOSI AUNTHENTIC CLAYPOT FISH HEAD CURRY SET

Senarai harga Aunthentic Claypot Fish Head Curry Set dan juga menu yang dihidangkan secara ala carte.





Hidangan ini disajikan setiap hari untuk makan tengahari dan juga makan malam iaitu dari jam 12.00 tengahari - 2.30 petang dan 7.00 - 10.00 malam.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi 04-382 1111 atau email ke info@thelighthotelpg.com





You Might Also Like

8 comments

  1. Lamanya tak makan kari kepala ikan! Dap dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan sesekali makan kari kepala ikan macam nih.

      Delete
  2. sedapnya..dah telan air liur bergelen2 ni. Sayang betul tak dapat hadir haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap karinya Murni, itulah klu p hari tu tambah meriah jadinya.

      Delete
  3. Fuhh.. terbuka selera tengok sajian tu. Promosi menarik dan berbaloi sgt ni.. best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tuan empunya entry pun berselera tengok. Promosi yang terbaik untuk dinikmati.

      Delete
  4. ok terus lapar lepas tgk entry ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan pantang tengok gambar makanan, tiba-tiba ja boleh lapar balik.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti