Plantar Fascitis : Perit Di Tumit Dan Tapak Kaki Selepas Berlari
9/07/2018 04:08:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama betul Eyda senyap dalam penulisan di blog sendiri kan.
Sebenarnya banyak bahan nak dikongsikan, tapi kekangan masa agak mencemburui. Hari ini pun Eyda nak berkongsi tulisan seorang doktor berkaitan dengan sakit atau perit pada tumit dan tapak kaki selepas berlari.
Eyda pasti pastinya ada yang mengalaminya. Pastinya korang mencari penyebab dan juga cara untuk mengatasinya.
Di sini Eyda ingin kongsikan tulisan doktor Fadly Khairie dari Facebook beliau. Beliau biasanya menulis melalui pengalaman beliau sendiri yang turut sama aktif dalam aktivti sukan.
Saya
teringat pernah satu ketika saya baru habiskan 10km saya dengan catatan
masa terbaik. Malam itu saya balik tersenyum riang. Keesokan paginya
saya bangun dari tidur tiba-tiba tumit saya sangat sakit apabila tapak
kaki menyentuh lantai.
Ini
mesti plantar fascitis, fikir saya dalam hati. Plantar fascitis
merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh pelari-pelari
baik pelari rekreasi mahupun pelari-pelari professional mahupun
pelari-pelari ultra marathon. 4 hingga 10 daripada 100 pelari ada
mengalami keadaan ini. Malah 10 daripada 100 ultramarathoner turut
mengalami masalah ini.
APA ITU PLANTAR FASCITIS?
Plantar
fascitis adalah radang pada lapisan tisu yang ada di tapak kaki. Ia
biasanya digambarkan dengan rasa sakit yang tiba-tiba terutama ketika
hendak memulakan untuk berjalan atau berlari. Kadang kala ia juga boleh
datang dengan lebam dan merah di tapak kaki.
SIAPA YANG LEBIH MUDAH MENDAPAT PLANTAR FASCITIS?
- Mereka yang salah latihan: terlalu cepat tingkatkan jarak atau terlalu cepat tingkat kelajuan atau pace
- Masalah biomekanikal: kelemahan atau kurang fleksibel otot yang menyokong buku lali atau permukaan tapak kaki
- Overpronation atau oversupination
- Berat badan yang berat
- Kasut yang tidak sesuai
RAWATAN
- Kebanyakan plantar fascitis boleh sembuh dengan sendirinya
- Ais, cryotheraphy boleh mengurangkan kesakitan
- Stretching dan tapping juga dapat membantu mengurangkan kesakitan (rujuk gambar)
- Sekiranya sakit berterusan atau menganggu pergerakan berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut (memastikan bukan stress fracture, ubat tahan sakit, suntikan steroid mahupun pembedahan)
PENCEGAHAN
- Kurangkan berat badan atau pilih kasut lari dengan cushioning yang bersesuaian
- Pilih kasut yang sesuai sekiranya anda flat foot atau high arch
- Selang selikan larian dengan rehat, aktiviti kurang impak (berenang, berbasikal) atau stretching
- Lakukan stretching atau regangan untuk menguatkan otot-otot yang menyokong buku lali dan tapak kaki
- Naikkan jarak larian dan pace larian tahap demi tahap
Saya
sendiri perasan plantar fascitis sudah tiada lagi setelah saya mulakan
latihan ke arah half marathon saya. Samada kerana berat saya yang
menurun waktu itu atau stretching saya menjadi atau otot yang menyokong
sudah cukup fleksibel dan kuat atau mungkin kesemuanya sekali.
Semoga ia membantu rakan-rakan pelari yang mengalami masalah ini. Jangan putus asa ya!
Dr Fadly Khairie
Marathoner anda
#runwithm3
2 comments
Xlari pon rasa sakit jugak. .Hihi. .
ReplyDeleteMybe byk berjalan dlm warehouse kot. .
banyak berjalan atau tapak kasut yang kurang lembut pun memainkan peranan Zarul Farhana.. kadangkala berat yang lebih pun membebankan kaki, ada member yang dah turunkan sedikit berat badan baru hilang rasa sakit tu..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..