5km Possible Fun Run PDRM Kuala Muda 2018
11/19/2018 12:55:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti biasa larian untuk kesihatan masih lagi Eyda buat. Tapi kali ni larian secara fun run saja.
Pada mulanya Eyda menolak untuk daftar larian nih memandangkan esoknya Eyda ada larian di Kuala Kangsar. Tapi memandangkan kawan-kawan Eyda ajak, Eyda pun setuju untuk daftar demi kawan-kawan.
Nasib laa larian fun run jer, jadinya boleh buat secara santai sedikit. Kalau competitive tak boleh laa terlalu santai sangat. Tak pasal jadi antara yang terakhir pula, hahaha.
Okay sudah-sudah laa membebel kan. Nak cerita di hari kejadian. Pagi tu jalan agak basah sebab malam sebelum tu hujan.
Apapun masa event cuaca agak baik. Eyda sampai sana sekitar jam 6.45 pagi. Eyda sampai lebih kurang dengan Farah. Acara pagi tu bermula dengan zumba.
Zumba |
Tapi Eyda dengan Farah buat hal sendiri kat belakang. Sempat laa wefie dan warming up cara kami sendiri. Tak mampu nak ikut step zumba yang agak laju, nanti tak pasal-pasal sakit badan sendiri.
Acara larian dimulakan sekitar jam 7.30 pagi. Cuaca pun mulai cerah, ramai juga yang sertai larian ni termasuklah budak sekolah. Kalau ikutkan pendaftaran dibuka kepada 1,000 orang sahaja.
Memulakan acara larian |
Antara peserta larian |
Medal dan sijil penyertaan |
Gembira dengan medal terbaru |
Tabik Eyda kat Farah dan Nida nih, sebab walaupun kurang sihat diaorang sertai juga larian kali ini. Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.
10 comments
Wah.. rajinnya akak joint fun run.. medal tu cantik.. bertambah koleksi madel akak ye..
ReplyDeleteBanyak jugak larian yang akak join tahun ni Shahida.. Bukan saja fun run, yang 10km pun ada..
Deletetahniah kak eyda banyak dapat medal
ReplyDeleteterima kasih Ekin. Alhamdulillah berkat kerajinan buat aktiviti sihat, dah banyak medal akak dah kumpul sekrang.
Deleterajinnya.... mia ni baru je mula berjinak.. walking dulu...
ReplyDeletesementara tengah rajin nak buat aktiviti sihat macam ni.. bagus tu Mialiana, mula dengan walking, lepas tu jogging skit2, lama nanti boleh laa berlari skit2..
DeleteTahniah. Santai-santai okay sikit. kalau competitive kejar pulun habis lah kan.
ReplyDeleteterima kasih azhafizah, ya sesekali santai macam ni pun best. betul competitive kena pulun jugak laa nak elakkan jadi antara yang terakhir..
Deleteakak dan lari2 ini berpisah tiada =D
ReplyDeleteseronok berlari nih SYM. kena plak dapat jumpa kawan-kawan yang sealiran yang sama.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..