minuman

Moodmojee Menampilkan Minuman Unik dan Sedap

12/06/2018 08:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pihak Anchor Food Professional telah pun melancarkan kempennya yang terbaru iaitu Moodmoojee.


Kempen Moodmojee ini menampilkan 6 minuman bercirikan kesukaan rakyat Malaysia yang baru dengan menggunakan produk tenusunya.

Di dalam kempen Moodmojee ini, pihak Anchor telah bekerjasama dengan 15 outlet makanan dan minuman di seluruh Malaysia. Minuman yang berasaskan kopi, teh dan kopi ini mampu memberi "Mood Booster" kepada peminumnya.

Kempen ini bukanlah yang pertama ditampilkan oleh pihak Anchor kerana sebelum ini pihak Anchor pernah menjalankan kempen seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor TravelCakes.



Pengurus Jualan National Chua Chern Shian yakin bahawa penggemar kopi, teh dan coklat pasti akan menyukai minuman baru ini.

Menurut beliau, minuman tenusu sangat popular di negara Barat. Oleh itu, kali ini mereka ingin menggabungkan pelbagai bahan bagi menghasilkan minuman yang mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Enam minuman yang dimaksudkan ialah Lemon Mint Meringue, White Chocoffee, Kaya-nika Fusion, Pom and Grey Twist,  Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise. Semua minuman ini dihasilkan dengan menggunakan produk tenusu Anchor termasuklah susu penuh krim, keju krim dan juga krim putar.

Semua pengusaha juga diberikan kursus dalam menghasilkan semua minuman ini bagi memastikan rasa yang sama di semua outlet.

Untuk pengetahuan, semua produk yang digunakan di dalam penghasilan minuman ini telah pun berada di dalam pasaran Malaysia sejak tahun 70-an lagi. Kini pihak Anchor ingin mempelbagaikan cara yang lebih kreatif untuk menarik lebih ramai menikmatinya.

Moodmojee di Overstepped Sungai Petani

Baru-baru ini, pihak Anchor Food Professional telah mengadakan kempen Moodmojee di Overstepped Cafe, Taman Sejati dan Overstepped Cafe Perdana Height di Sungai Petani.

Tahukah anda, produk Anchor yang seringkali digunakan di dalam makanan ini, telah digunakan dalam minuman.

Ia kedengaran pelik bukan tetapi ianya telah menghasilkan minuman yang unik dan sedap.

Antara minuman yang dimaksudkan ada di dalam kempen ini. Eyda juga sempat merasai sendiri 3 jenis minuman iaitu Lemon Mint Meringue, White Chocoffee dan Kaya-nika Fusion.


Minuman Lemon Mint Meringue mirip rasa lemon yang berkrim kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, meringue (telur putih) dan ditambah dengan biskut lemon di atasnya.


Minuman White Chocoffee sesuai bagi yang meminati kopi dan coklat kerana minuman ini menggabungkan keduanya kopi putih dan coklat disamping Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream dan juga bersama mentega kacang.


Minuman Kaya-nika Fusion pula mirip rasa cendol kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, lapisan kaya,  gula melaka, pulut dan kacang merah.

Kempen ini telah bermula November 2018 hingga Januari 2019.

Jadinya penduduk sekitar Sungai Petani bolehlah merasai sendiri minuman yang telah diperkenalkan ini.

Outlet yang turut sama dalam minuman Moodmojee 

Hoon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor

Gafe Cafe - Semenyih, Selangor

Love Tea F & B - Kulai, Johor

Living Room - Johor Bahru

Cofeology Cafe & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka

Overstepped - Sungai Petani, Kedah

La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah

Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang

HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Pulau Pinang

La Taste - Butterworth, Pulau Pinang

Family Confectionary - Kampar, Perak

Baker's Hut - Seri Manning, Perak

Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah

Chub's Grill - Kota Kinabalu, Sabah

Cafe, Chiu - Kota Kinabalu, Sabah

Lucky Bean - Kota Kinabalu, Sabah


Blog yang Diikuti