Moodmojee Menampilkan Minuman Unik dan Sedap
12/06/2018 08:40:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pihak Anchor Food Professional telah pun melancarkan kempennya yang terbaru iaitu Moodmoojee.
Kempen Moodmojee ini menampilkan 6 minuman bercirikan kesukaan rakyat Malaysia yang baru dengan menggunakan produk tenusunya.
Di dalam kempen Moodmojee ini, pihak Anchor telah bekerjasama dengan 15 outlet makanan dan minuman di seluruh Malaysia. Minuman yang berasaskan kopi, teh dan kopi ini mampu memberi "Mood Booster" kepada peminumnya.
Kempen ini bukanlah yang pertama ditampilkan oleh pihak Anchor kerana sebelum ini pihak Anchor pernah menjalankan kempen seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor TravelCakes.
Pengurus Jualan National Chua Chern Shian yakin bahawa penggemar kopi, teh dan coklat pasti akan menyukai minuman baru ini.
Menurut beliau, minuman tenusu sangat popular di negara Barat. Oleh itu, kali ini mereka ingin menggabungkan pelbagai bahan bagi menghasilkan minuman yang mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Enam minuman yang dimaksudkan ialah Lemon Mint Meringue, White Chocoffee, Kaya-nika Fusion, Pom and Grey Twist, Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise. Semua minuman ini dihasilkan dengan menggunakan produk tenusu Anchor termasuklah susu penuh krim, keju krim dan juga krim putar.
Semua pengusaha juga diberikan kursus dalam menghasilkan semua minuman ini bagi memastikan rasa yang sama di semua outlet.
Untuk pengetahuan, semua produk yang digunakan di dalam penghasilan minuman ini telah pun berada di dalam pasaran Malaysia sejak tahun 70-an lagi. Kini pihak Anchor ingin mempelbagaikan cara yang lebih kreatif untuk menarik lebih ramai menikmatinya.
Moodmojee di Overstepped Sungai Petani
Baru-baru ini, pihak Anchor Food Professional telah mengadakan kempen Moodmojee di Overstepped Cafe, Taman Sejati dan Overstepped Cafe Perdana Height di Sungai Petani.
Tahukah anda, produk Anchor yang seringkali digunakan di dalam makanan ini, telah digunakan dalam minuman.
Ia kedengaran pelik bukan tetapi ianya telah menghasilkan minuman yang unik dan sedap.
Antara minuman yang dimaksudkan ada di dalam kempen ini. Eyda juga sempat merasai sendiri 3 jenis minuman iaitu Lemon Mint Meringue, White Chocoffee dan Kaya-nika Fusion.
Minuman Lemon Mint Meringue mirip rasa lemon yang berkrim kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, meringue (telur putih) dan ditambah dengan biskut lemon di atasnya.
Minuman White Chocoffee sesuai bagi yang meminati kopi dan coklat kerana minuman ini menggabungkan keduanya kopi putih dan coklat disamping Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream dan juga bersama mentega kacang.
Minuman Kaya-nika Fusion pula mirip rasa cendol kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, lapisan kaya, gula melaka, pulut dan kacang merah.
Kempen ini telah bermula November 2018 hingga Januari 2019.
Jadinya penduduk sekitar Sungai Petani bolehlah merasai sendiri minuman yang telah diperkenalkan ini.
Outlet yang turut sama dalam minuman Moodmojee
Hoon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor
Gafe Cafe - Semenyih, Selangor
Love Tea F & B - Kulai, Johor
Living Room - Johor Bahru
Cofeology Cafe & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka
Overstepped - Sungai Petani, Kedah
La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah
Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang
HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Pulau Pinang
La Taste - Butterworth, Pulau Pinang
Family Confectionary - Kampar, Perak
Baker's Hut - Seri Manning, Perak
Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah
Chub's Grill - Kota Kinabalu, Sabah
Cafe, Chiu - Kota Kinabalu, Sabah
Lucky Bean - Kota Kinabalu, Sabah
18 comments
Mengiurkan...
ReplyDeletetu laa, sampai boleh repeat skali lagi
DeleteMemang nampak unik dan menyelerakan..
ReplyDeletememang unik kan tak sangka bahan yang kita guna untuk penyediaan makanan dan desert digunakan dalam penyediaan minuman. sedap ni shahida, sampai dah ulang p minum.
DeleteSiap ada daun pandan lagi tu. .
ReplyDeleteSemua nmpk menarik aih. .
tu tambah lagi unik dan sedap ZF
Deleteperghhhh air white chococoffee tuuuuu! tergoda sungguh lahai hehehe
ReplyDeletesedap air white chocoffee tu, cukup rasa.
Deleteuuuish tengok gambar2 tu menggoda haih.. nampak hipstuuur =D
ReplyDeletememang hipster sangat SYM. apapun kombinasi dia memang terbaik, sedap sangat.
DeleteAduhai,...air-air tu semua memancing selera!
ReplyDeletememang memancing selera pun sampaikan Eyda p repeat lagi minum air tu.
DeleteSelamat Tahun Baru 2019, Eyda! Maaf lama tak jengah Eyda di sini.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2019 Farrah. Tak apa, faham Farrah pun sibuk, saya pun bukan selalu update blog.
Deleteadui sedapnya, terliur tengok semua jenis minuman ni, setanding rasa dan presentationnya
ReplyDeleteselamat tahun baru juga buat Aju Mohit. betul tu, rasa dia seiringan dengan persembahannya.
Deletebkt beruang ada la.
ReplyDeletekebetulan aida lom lagi jengah restoran tu. boleh la dijadikan alasan ni.
Ya ada kat Bukit Beruang ja. Kalau tak salah, offer ni sampai 31 Januari ni saja. Kena p cepat tu.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..